RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, December 15, 2009

Dulu dan sekarang

14 Disember...melapor diri diJabatan Kesihatan Negeri Perak...
Disini la saya akan bertugas mulai hari ini..
Saya ditempatkan di Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta..
Unit ni agak baru dalam Kementerian Kesihatan..dulu dikenali dengan nama unit perlesenan..
Pendaftaran dan perlesenan serta pemeriksaan klinik dan hospital swasta serta pusat hemodialisis ada lah tugas dan tanggung jawap unit ni.
Hari ni berkenalan dengan staf unit ni yang seramai 7 orang je...boss kami Dr. Zainab sedang mengerjakan haji.
Keadaan pejabat selesa, Semua staf ok...dan hari ni saya kena baca 2 buku undang2 dan akta yang memang boring untuk mereka2 yang tak suka membaca..he..he...
Tengahari ,makan dikafetaria bangunan Tabung Haji...jumpa ramai kawan2 lama..sama2 bertugas diHospital Batu Gajah dulu...masing2 dah naik pangkat..dan masing2 jugak ramai dah ada menantu dan cucu,
Cepat sungguh masa berlalu...
Dulu masing2 bertugas dan anak2 masih kecil, masalah utama masa tu ialah penjagaan anak2 masa bekerja..ada yang hantar kerumah penjaga, ada yang mengambil pembantu tinggal dirumah, hantar kekampung dijaga mak atau mak mertua..ada jugak yang hantar ke nurseri..Saya lagi la susah, suami saya seorang tentera, selalu tiada dirumah..dan saya tak pernah ikut beliau bertugas dimana sekali pun...jadi isteri tentera kena lah berkorban..
Sendiri la menghantar dan mengambil anak...kena la berdikari...Alhamdulillah,semua nya dah berlalu..anak2 pun dah berjaya dalam pelajaran masing2..dah bekerja pun semua nya...

No comments:

Post a Comment