RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, March 17, 2013

Terima kasih..

 Pemandangan belakang rumah .....kolam untuk memancing..sejuk je kat sini....
 Ini rumah jiran sekampung yang diberi olih kerajaan BN..Jiran ni orang susah..pendapatan kecik,keja kilang je...takde rumah sendiri..Alhamdulilah....comel a..rumah ni ...untuk berteduh hingga hujung nyawa..Terima kasih..
 Ini pulak roti inti kelapa...licin jugak...
 Macam2 bentuk roti hotdog....semua nya licin disebat anak2 sedara..sedapkan makan ngan mayonis dan cili sos...

Naikan bendera negeri..

Bertugas macam biasa ,tapi minggu ni sibuk dengan persediaan dan persiapan untuk satu kursus yang unit kami anjurkan..kursus 4 hari yang akan dihadiri oleh peserta dari zon utara ..Perlis,Penang,Kedah dan Perak...Jadi akan berkampung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Ulu Kinta...

Sepanjang minggu ni,Alif yang accident berihat dirumah kami....mesti boring la tak pegi sekolah...sabtu baru Bibah dan Azhar sekeluarga datang mengambil Alif..ha..ha..ha..budak MCKK ni ..lain kali takde lesen jangan nak cuba bawak moto..kan dah cedera kopak sana sini...

Hujung minggu Aiza dan Nain balik keIpoh....biasa la...makan kat kedai itu ini...yeay..y...takpayah masak...makan mee kecap la..nasi dua ringgit la...nasi goreng ikan rebus la...em..m...yang pasti berat badan bertambah sekilo hujung minggu ni..dan malam ahad semua nya kestadium tengok hoki..Malaysia lawan India...siap beli bendera Malaysia..tapi seri la 1-1...malam esok perlawanan akhir Malaysia lawan Australia pulak...

Sepanjang minggu ni jugak masak roti sampai 3 kali...seronok sebab Alif habiskan roti tu ..jadi berbaloi la buat roti kelapa dan hotdog tu...
o..o..jiran2 dah ramai naikan bendera didepan rumah masing2..ni bukan bendera Malaysia..tapi bendera bulan mengmbang dan mata putih biru tu la...tinggi berkibo2 ditiup angin ..tapi ada juga yang naikan berdera BN..berkibo2 jugak...he..he..dah pakat ngan suami esok nak naikan bendera gak...bendera Negeri 9...ate...suami teman orang nogori...

Friday, March 8, 2013

Sepanjang minggu..

Banyak yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ni...paling ditunggu berita sepanjang minggu ni ialah berita2 tekini pencerobohan pengganas dari Filipina....salam takziah dan simpati untuk keluarga anggota polis yang terbunuh.....
Tentu lah mereka yang terkorban telah sedaya upaya menjalankan tugas yang diamanahkan..tapi mereka diserang hendap tanpa dapat mempertahankan diri.....gugur mereka sebagai wira negara...
Dulu masa suami bertugas sebagai tentera..setiap kali masuk hutan untuk bertugas,hanya doa yang mengiringi ...
Dan paling gempar bagi kami warga kesihatan negeri Perak awal minggu ni ialah peristiwa Dr.Mohd Yassim yang diserang dan ditetak oleh Juru x-ray hospital Taiping...
Dr Yassim ialah pengarah hospital Taiping...saya pernah la keja dengan beliau,dan memang la sedeh sebab beliau memang tidak begitu sihat pada masa kejadian berlaku dan terpaksa mempertahankan diri dari serangan kakitangan beliau yang sedang naik angin....guna parang panjang lagi..memang ngeri....Dr Yassim cedera parah dalam serangan ni..
Sedeh jugak lah baca bermacam komen  selepas perkara ni berlaku...yang pasti kami warga kesihatan Perak tahu apa sebenar nya terjadi dan tahu keadaan suspek yang telah melarikan diri itu...dengo cerita dah menyerah diri pun..
semuga Dr Yassim akan segera sembuh..yang lain2 biarlah polis yang jalankan tugas mereka...lepas ni mana2staf yang tunjukkan perangai atau kelakuan yang luarbiasa kena la dirujuk kepakar2 yang bersesuaian..
jangan dah berlaku sesuatu ,baru nak salahkan orang tu orang ni....

Sunday, March 3, 2013

Jom meroti

Takziah..untuk keluarga 2 orang anggota polis yang terbunuh diSabah gara2 keganasan  penceroboh dari Filipina yang memberontak dan menceroboh Lahad Datu..
Kat Ipoh sebab hujan lebat berlaku banjir lumpur diTaman Kledang...memang minggu ni hujan setiap hari..kejap lebat dan kejap dah berenti....lepas tu mendung berganti ngan panas..
Minggu ni banyak bertugas diluar..leteh ...badan pun rasa macam nak demam bila dah kena hujan..

Esok dah sabtu...suami akan bertugas ...jadi kat rumah sorang2 boleh la habiskan masa dalam studio sepanjang hari..yeayy.. apa kata kita meroti pulak..lama dah tak meroti...em..m..nanti cari resipi roti terbaik punya..dan boleh makan roti sampai kenyang..muahahaa..
Nanti kalau jadi buat roti nya..Insya ALLAH akan ditempek kan disini...

Terima lah keputusan rakyat

Hujan sehari dua ni diIpoh...ada tempat diutara Perak yang banjir...dan diKelantan dan Trengganu jugak.
dan yang pasti pilihan raya tak lama lagi..
Bendera 3..4..rupa dah berkibo2 merata2 Ipoh..kat simpang2...rasa terganggu jugak untuk yang memandu kenderaan..
Tengok bendera parti2 ni berkibo..riso jugak hati..ialah la hari ngundi dah dekat ni..tunggu parlimen bubar je...
Yang meriso kan ialah saya kena bertugas hari ngundi nanti..jadi Ketua Tempat Mengundi lagi...tugas rasa nya ok..tapi rasa nya ini pilihan raya paling panas..mintak2 dijauhi segala yang tidak kita inginkan..biarla semua nya berjalan dengan tenang...amin..
Yang menang nanti...jalankan lah tugas dan tanggungjawap yang diamanahkan oleh rakyat..yang kalah terima lah kekalahan..semua nya rakyat yang tentukan....
Kalau dah bertanding mesti ada kalah menang..kalau dua dua nak menang macaman kan?

Catatan orang malas..

Sabtu bangun pukul 3 pagi...sebab suami kena keja pukul 4 pagi  kalahkan orang pegi noreh getah ..mak ai awai bebeno..jadi lepas suami pegi,memang tak boleh lena sampai pagi..jadi akibat nya kepala pening sepanjang hari...baring je kemana  pun rancangan nya hari sabtu tu terpaksa dibatalkan termasuk la hajat hati nak shopping dan makan kenduri...

Lapo je,pegi dapo godek2 apa yang ada ...makan dan baring balik ..itu le bila badan dah tua ni...memang teruk beno kalau tak cukup tido...

Dapat tau Aidil operate mata diPrince Court ...pagi ni dah balik rumah..cepat ya......semuga cepat sembuh...kalau operate mata memang kena rihat banyak2....dan ikut la nasihat Doktor ya...petang dapat tau dah kena masuk hospital balik...budak2  dua orang tu Aiza tolong tengok...

Jadi semua nya tak dapat pegi makan kenduri diKayangan Height rumah maklong..
Ahad pulak lepas sarapan pegi rumah mak..beli le apa2 yang patut...tengahari masak simple2 je,Adik dan Jejai pun makan dirumah..Petang hujan lebat disekitar Gunung Rapat sampai pokok banyak tumbang,Alhamdulillah kat rumah kami hujan sikit je...jap lagi kalau takde pe2 boleh la pegi joging atau berbasikal..jom..sape nak ikut!!