RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, May 23, 2009

Pengenalan dan Selayang Pandang

Salam semua,blog ini dibina untuk menumpahkan segala rasa dan catitan peristiwa kehidupan seharian buat tatapan insan2 tersayang serta anda juga...juga untuk sama2 kita berkongsi cerita dan kenangan,paling istimewa berkongsi resipi masakan kegemaran keluarga kecil saya dan anak2 students saya....

Jika kebetulan nama anda tercatit atau gambar anda saya masukkan didalam blog ini izinkan lah kerana tiada niat lain selain untuk tatapan dan kenangan...kata orang melupakan kan seseorang lebeh mudah dari melupakan kenangan....dan sebagai manusia biasa tentu lah sukar untuk kita menghapuskan kenangan...

Apa2 yang saya catitkan adalah dari pengelaman dan pemerhatian saya terhadap orang2 yang saya temui seharihari, peristiwa dari persekitaran yang boleh dijadikan pengajaran dan tauladan juga tentu lah peristiwa lucu yang menceriakan warnawarna kehidupan.

Saya seorang isteri dan ibu yang bekerja,masa banyak dihabiskan ditempat kerja,hanya berada dirumah selepas jam 5.30 petang setiap hari kecuali sabtu dan ahad,itu pun kadang2 ada juga tugas menanti dihujung minggu.

Suami saya bekas seorang tentera dan sekarang bertugas dalam jabatan kesihatan jugak.Alhamdullihah kami saling memahami dalam tugas masing2,anak2 pun dah habis belajar dan bekerja kecuali anak bungsu saya yang sedang praktikal sekarang.Keluarga kecil saya bertambah meriah dengan kehadiran 3 orang anak angkat kami yang kami sayang saperti anak sendiri.. juga bertambah seri dengan kehadiran menantu sulung kami yang dikasihi dan bertambah ceria dengn kehadiran permata hati kami sekeluarga...cucu sulung ,Mohd. Wira Adam.Semuga kebahagiaan ini berkekalan...

No comments:

Post a Comment