Setelah seminggu raya berlalu baru dapat mengadap komputer ni diBandarTasek Permaisuri Cheras....oh..leteh nya, 3 hari beraya diAirHitam Bahau..lepas tu keMelaka..macam nak demam ni...badan pun dah bertambah berat...makan2....mana nak tahan tengok rendang negeri 9 dan saknika macam lagi makanan dikampong..Lemak cili api bacang muda dengan keli salai buat makan bertambah 2 kali...lebeh2 lagi suami dan anak keletehan mengikut anak sedara memetik sawit dikebun...apa lagi ..perut pun lapo....
mula2 bermalam dirumah kakak Ipar..lepas tu di Hotel kat Kuala Pilah....Selesa Inn..selesa dan berbaloi lah dengan harga bilik yang murah sangat...
lepas tu jalan2 diSeremban...singgah kat Juasseh beli puyuh dan daging salai yang banyak dijual kat situ..makan ramai daging salai dengan sos kicap cili api yang pedas bukan main....Jalan 2 pulak kat Seri Menanti yang sunyi.....cantik sungguh rumah2 penduduk sepanjang jalan yang kami temui..teringin nak singgah dan ambik gambo tapi tak de sape pun yang kami kenal kat situ...cantik2rumah kat situ...
Bersama anak kami yang bekerja diKuala Pilah..kami terus berangkat keMelaka...hujan renyai menyambut kami diAlor Gajah..singggah diKlebang Besar rumah kawan suami...seronok pulak berborak dengan orang Melaka yang ramah sangat2..
Kat Melaka jalan sesak lebeh2 lagi diBandar Hilir...ramai sungguh pelancong..pusing2...dapat la parking kat betul2 depan makam Hang Kasturi..lepas masuksekejap tengok makam kami 5 beranak menyusuri JONKER WALK...jalan2 sambil singgah kesatu dua kedai...dan anak2 apa lagi..beli la T'Shirt dan cenderamata kat situ..jalan2 kat situ bau harum tart nenas nyonya Melaka buat perut teras lapo...banyak sekali kedai2 kecil nyonya Melaka yang membakar dan menjual tart nenas disitu...banyak kedai yang menjual cenderamata ..tapi mungkin sebab panas dan leteh kami sekejap je disitu..singgah sekejap diHospital Melaka...tunjuk kat anak2 Kolej tempat saya belajar dulu dan akhir nya kami balik melalui tol Air Keroh dan singgah menghantar anak kami sebelum balik keKL melalui Lebuhraya baru Kajang - Seremban atau LEKAS....
Sebab hari hujan...perut pun lapo..anak bancuh teh panas dan cicah biskut krim kraker..sedap...dapat la jumpa bekas student saya kat situ...Terima kasih ya keropok Kelantan tu..
Sejam dah sampai Kajang dan terus ke Bangi menghantar baju yang dibeli untuk Adam...ada tetamu dirumah Aidil iaitu kakak dan abang ipar saya bersama anak2 ...sembang2 kejap dan balik kerumah Aiza dan tido disitu...
Pagi ni baru kerumah Azhar di Bandar Tasek Permaisuri..akan balik keIpoh esok sebab malam ni akan berjumpa anak sedara dari Johor yang akan terbang keManchester Isnin ni...belajar disana...Tahniah ya Salmah..!!!Gambo2 di negeri 9 dan Melaka akan ditempek balik Ipoh esok....
No comments:
Post a Comment