Rasa nak ambik cuti ari ni..leteh sangat....balik dari KL,masak sikit2 sebab sepupu maseh dirumah....diaorang sekeluarga ke Uitm Seri Manjung melawat anak sedara yang belajo disitu..lepas masak,rilek2 jap dan ada tetamu datang kerumah...sepupu pulak balik keKedah ..hujan maseh turun sampai kepagi..
memandu sendirian kepejabat kerana suami bertugas di Johor....
hujan turun sekejap2 dan langit kelabu sepanjang hari....dan hari ni Ailia mula bertugas....
dan hari ni kawan2 pejabat yang bertugas diTeluk Intan membeli keladi untuk dibuat sayur...sedap nya keladi dimasam asam pedas..ada pulak lauk ikan pekasam..pergh....mesti makan bertambah2...nasi pulak panas2 berasap....
esok boleh la masak nasi..goreng pekasam yang dibawa sepupu dari Kedah....harap2 yang beli keladi dah masak dan bawak kepejabat esok...ha..ha...angan2 je....
Sepanjang April ni banyak sungguh kursus dan aktiviti yang akan melibatkan kami dipejabat....kebanyakan nya akan dijalankan diKedah dan Pulau Pinang dan diPerak jugak....bulan Mei pun banyak aktiviti....
Yang pasti 2 minggu terakhir April saya akan bercuti dan insyaALLAH...akan bersama suami dan Aiza akan terbang keEropah....harap semua nya akan berjalan seperti dirancang....Insya ALLAH....
Oh...menonton berita malam ni ada berita pendedahan sesuatu yang pasti akan hangat.....serta penuh kontraversi...semuga smeua yang benar akan ditunjukkan ALLAH..
ada gambar2 serangan Amerika keatas Libya jugak...kesian orang awam yang tak bersalah terbunuh dan cedera....kesian pada kanak2....
masa menjaga kakak di Hospital Jumaat lepas...sempat lah membaca buku 'DARI BEIRUT KEJURUSALEM ' yang ditulis oleh Dr Ang yang pernah berkhidmat membantu mangsa keganasan Israel dan Regim Yahudi diPalestine....banyak sekali pengajaran yang terdapat dalam buku tu...Dr. Ang yang berugama kristian begitu terharu dan tersentuh melihat penyeksaan yang dilakukan keatas penduduk Palestine terutama kanak2...dia begitu marah dan kecewa menyaksikan tubuh2 kecik remuk dan hancur diseksa....mayat2 bergelimpangan di kem Satilla.....yang pernah digemparkan dengan kejadian penyembelihan beramai2..tapi semua nya sudah dilupakan dunia....sedeh dan kecewa sangat baca pendedahan yang ditulis beliau...kesian manusia tak berdosa jadi mangsa peperangan....
No comments:
Post a Comment