
Hari ni Sabtu 28 Mei..ada anak sepupu kawen...sayang nya tak dapat pegi kerana banyak sungguh hal nya....lepas kemas2 rumah keluar bersarapan bersama suami diMegopleks...lepas tu beli barang dapo dan jalan2 kat GreenTown Mall yang penuh sesak ngan orang ramai..cari parking kereta pun berkali2 pusing baru dapat...baru teringat orang baru gaji dan cuti sekolah bermula.....
Kalau pegi kenduri kawen kat utara tu boleh lah singgah kampung..lama tak balik kampung...rindu kat sawah bendang yang indah luas terbentang...rindu kat sungai kecil yang mengalir dikiri kanan jalan dimana disitu la tempat bermain masa kecik2 dulu...Masa kat Holland hari tu...tiba2 teringat kat kampung bila tengok ada parit kecik yang ada pokok telepok tumbuh dipermukaan air nya....macam mimpi pulak tengok pemandangan tu beribu km dari kampung...yang membezakan nya cuma kalau dikampung ditepi parit tu adalah pokok padi..tapi kat Holland pokok bunga tulip...Indah nya ciptaan MU YA ALLAH...