RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, May 22, 2011

Tengok NURKASIH..

Pagi Sabtu menghantar Suhaida anak sedara saya kestesyen bas Medan Gopeng...Sebelum tu kami bertiga bersama Aiza bersarapan digerai mee kari yang terkenal diIpoh..tak suka kuah mee kari yang lemak tu saya cuma makan bihun sup...lepas tu kestesyen keretapi untuk membeli tiket Aiza yang balik keKL petang Ahad..selepas menghantar Suhaida balik keKedah,kami keARIANI..Aiza ingin membeli tudung untuk hadiah harijadi Mija kawan sepejabat.
masa nak balik start kereta pulak tak boleh...ni mesti bateri kong...menalipon suami yang datang membawa bateri baru...lepas tu keJUSCO sekejap ,Aiza membeli tiket wayang..malam ni nak tengok NURKASIH ...
balik kerumah sempat la memasak dan makan bersama suami dan anak2 ...Malam keluar menonton NURKASIH..ramai jugak la yang menonton..penuh panggung...Eh...NurAmina tu asyik nangis je kan..kejap2 berkerut muka..kejap2 dah keluar airmata...
sebelum tido sempat la tengok berita anak2 yatim yang ramai meninggal kerana tertimbus tanah gelongsor diHulu Langat..takziah ya...muda sangat lagi mereka yang meninggal...tapi semua nya telah ditentukan NYA..
Pagi Ahad ...memasak masakan kegemaran anak2 dan dapat call dari adik saya Azhar mereka akan singgah 2 kereta dirumah tengahari nanti...jadi memasak la lagi untuk tetamu yang akan datang...pukul 1 Aiza balik keKL dihantar Ailia kestesyen keretapi...
dan hampir pukul 3 barulah adik saya Azhar sampai..meriah la rumah kami bila ramai2 begini...seronok la bersembang sambil makan2...lepas Asar baru diaorang balik dan macam biasa la rumah kami akan sunyi balik....

No comments:

Post a Comment