RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, July 2, 2011

Terengganu, aku akan datang..

Jumaat,pagi meraikan hari ulang tahun kelahiran penyelia kami...ada kek..dan lepas nyanyi lagu panjang umur yang diraikan menangis terharu...semuga sihat sejahtera selalu...9 lebeh bertugas di sebuah pusat hemodialisis diJalan Gopeng..lepas tu kesebuah lagi pusat hemodialisis disekitar Ipoh...balik singgah makan diSabar Menanti...waktu makan berihat dipejabat je..malasnya nak balik kerumah meredah jalan raya yang sibuk...petang ketingkat 5 Tabung Haji mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput..ceramah berkenaan AL QURAN memang menarik dan menginsafkan...boleh ke menghafal satu surah seminggu??ustaz tu kata boleh....janji hendak dengan tak hendak je...
Malam makan nasi goreng sardin yang dimasak Ailia..sedap la jugak...tapi abah bertambah ....sepinggan...malam rihat2 je dan pukul 9 malam suami bertolak keKelantan bertugas 3 hari disana.
Pagi Sabtu kebank dan beli apa2 barang dapo yang dah habis..kemas2 rumah dan menyapu halaman dibelakang rumah..esok Ahad pagi akan bertolak keTerngganu kerana akan berkursus 3 hari disana..lama nya tak keTerengganu...yang terbayang dikepala ialah sata yang sedap dan terasa isi ikan nya...InsyaALLAH...akan dapat catatkan banyak pengelaman diKuala Terengganu nanti....harap juga akan ada yang menjual sata yang sedap tu.....

No comments:

Post a Comment