Dah macam hutan pemandangan kat tepi rumah kami ni.....
Bercuti hujung minggu..banyak sekali aktiviti yang perlu dibuat...pokok tanaman ditepi rumah dah jadi macam hutan ....potong daun2 yang dah kekunuingan..bubuh baja...cangkul2 sikit ..dah keluar peluh....
Hari ni Sabtu,Ida dan anak2 keLost World of Tambun..mandi manda disitu....walau pun tak jauh hanya kira2 5km je dari rumah kami tapi saya tak pernah pun masuk disitu kecuali menghantar sedara2 yang ingin mandi disitu...Harap2 Arman dan Juliana kan enjoy dan seronok....
Lost World of Tambun memang cantik,terletak dicelah2 bukit dan gunung batu kapur tertua didunia.....kehijauan persekitaran memang mendamaikan....memang ramai pelancung yang kesitu,tapi kami yang dekat ni pun tak pernah pegi..nanti la bila ada masa boleh la bersantai mandi2 disitu.....
No comments:
Post a Comment