RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, December 28, 2011

Macam2

Ini delima yang dibeli dipasar Gunung Rapat..meh makan...!!manis dan bersari



Sekarang ni hampir setiap hari Bandaraya Ipoh hujan..kalautak hujan pun cuaca mendung dan langit kelabu...selalu kalau hujan balik keja akan sesak la terutama kat bawah jejantas belakang rumah kami....air sungai Pinji pun keruh dan deras.....
Kat pejabat..sibuk la pasal nak sain borang tawaran gaji baru dan umo persaraan 60 tahun..sain je la kalau rasa nak keja sampai 60 tahun....bagi yang sihat ok je kalau keja sampai umo 60.....
Sekarang ni pejabat pun sunyi je sebab ramai yang bercuti hujung tahun...nak habiskan cuti tahun..
Jumaat akan bercuti untuk kekenduri diKemunting Taiping...mungkin kalau tak penat akan kerumah Aiza dan Aidil hujung minggu ni..belum tau lagi sebab kadang2 kalau leteh memang tak bermaya untuk kemana2...
Kat Johor..Trengganu ,Pahang dan Sarawak nampak nya banjir berulang semula...air pasang buatkan ramai yang terpaksa berpindah..kesian...harap semua nya akan selamat dan baik2 saja...memang penat kalau lepas banjir kena cuci rumah dan barang2..tapi redha je la kerana semua nya adalah dugaan dan yang penting semua nya selamat...
Kat Perak sekarang musim buah...sewmua pokok rambutan berbuah..durian pun banyak...begitu jugak dengan cempedak yang banyak sungguh dijual merata2....tapi yang best buah delima pun banyak...walau pun diimpot,tapi harga dia tak la mahal sangat...

Sunday, December 25, 2011

Sehari diTaiping...

Seronok bertemu kawan2 lama yang dah terpisah bertahun2....ini adalah majlis reunion anggota 6 Askar Melayu Di Raja yang diadakan diTaiping....jadi mengikut suami bersama Aiza dan Adam..tapi sekejap je kami disitu...tinggalkan suami bersembang ngan kawan2..kami bertiga kezoo Taiping..dan keTaman Tasik Taiping yag cantik dan damai....
Masuk zoo harga tiket 12 ringgit,kanak2 8 ringgit..tengok binatang boleh jalan kaki atau boleh jugak naik keretapi yang disediakan...banyak jugak la binatang dizoo ni..tapi kandang yang dah lama patut ditukarkan..dah lama sangat ,dah berkarat dan tak berapa nak nampak binatang kat dalam tu...nasib baik sampai awal..kalau tak masalah parking jugak sebab cuti sekolah ramai pelawat....
Kat Taman Tasik dah ada cruise yang boleh bawak pengunjung mengelilingi tasik..ada basikal air jugak..tapi kena kayuh la ditengah tasik tu...pemandangan memang cantik dan mendamaikan...kalau bawak bekal berkelah ramai2 memang best..bawak je tiko...sebelum balik Ipoh singgah kat restoren kueteow Doli yang terkenal tu..punya la ramai pengunjung macam makan kenduri pulak....tapi kena tahan tunggu....yang tak best order nasik ayam pun lambat..takkan pelanggan order baru masak kut nasi ayam tu..kalau kueteow tu faham la lambat sebab goreng satu..satu....hampir sejam la baru sampai makanan...nak pitam jugak tunggu..pekerja tak ramai...budak2 ramai yang menangis..bosan barangkali..lepas ni mungkin tak pegi lagi kut kerestoren ni sebab lama sangat tunggu makanan sampai...rasa??boleh tahan la..tapi tak sedap sangat kueteow dia...nasi ayam ok...cuma sos cili pulak tak sedap...
Gambar2 lama menjadi kenangan....
Antara nama2 anggota 6 RAMD...he..he..kelakar la baca nama gelaran yang macam2...
Ini buku antara buku yang menyimpan gambar2 lama..
Meh tengok gambo2 lama ni...
Lama sungguh tak jumpa....

Hu..hu..hu..lupa nak ambik gambo kueteow DOLI...dah licin ko...
Disini kami makan kueteow yang terkenal diTaiping...tapi masa menunggu nya lama..lama sangat ..boleh tido dulu....
Pemandangan cantik Taman Tasik Taiping....
Jom pegi sekolah..!!ni sekolah Aiza dulu..
Kat sini bersekolah tinggalkan banyak kenangan..antara nya kek coklat dirampas sang beruk!!!
Adam ngan Tokma diatas keretapi meronda zoo Taiping...Cantik nya ikan...Adam suka tengok la...
Eh...seronok nya Adam jalan2 ngan Jaja...tapi pokok beso tu menakutkan la..tengok dahan2 dia macam tangan orang kan..
Teruja tengok pemandangan kat Taman Tasik Taiping.....
Macam tuan beso ....
Adam pun dah macam budak beso padahal umo baru 3 tahun la...
Ini la ZARA...dah beso kan..dah pandai bergaya depan kamera...he..

Saturday, December 24, 2011

Tahniah!


Kenangan bersama Aliff...



Tahniah untuk Mohamad Aliff Shaifudin ..anak sedara kami yang belajar diMCKK....yang cemerlang dalam PMR..juga untuk yang lain2..TAHNIAH!!

Manis bersari


Ini la rupanya delima yang dijual dipasar pagi di Paris...siap tulis byair lagi..tau la naik kapal terbang..mahal!!!


Malam sabtu pukul 9 malam pegi ambik Aiza di stesyen keretapi...balik dengan ETS dan sampai rumah terus makan nasi bersama sambal tumis ikan bilis..menu wajib...esok pulak Adam akan balik ngan mama,papa dan Zara...rindu nya kat budak berdua tu...dan rindu jugak kat anak diKP yang lama dah tak balik...oh..kena keja malam ya...

Pagi Sabtu macam biasa lah..memasak..kemas2 rumah dan pagi2 lagi dah kepasar..beli ikan dan sayo.....hari ni gak beli buah delima 5 biji 10 ringgit..tak berapa cantik kulit luar delima tu tapi isi nya manis bersari..sedap nya...sekarang memang tengah banyak delima..ada yang dari korea..Thailand...dan lain2 tapi kalau dari Meditranean memang besar dan mahal delima dia....kat Paris dulu masa ronda2 kat pasar pagi memang teruja tengok delima yang dijual..besar dan merah warna kulit dia..sekilo 7 euro...hu..hu..hu..darab la ngan 4..memang menangis tengok harga dia lepas timbang buah tu....delima ni berat sebab isi dia berair...dan telah diketahui bahawa delima banyak khasiat nya....

Thursday, December 22, 2011

Mengacau ASSURA'











eh..macam kenal je budak baju hitam oren tu...



Disini kami berASSURA..



Tengok banyak nya daging yang dah disiat sampai ternganga mulut...


Meh kita gotong royong...semua gambar2 kat atas tu ada lah aktiviti ASSURA' 1 MALAYSIA di PERNAMA Ipoh...

Khamis pagi bertugas diTaiping....agak tertekan bertugas kali ni sebab banyak benda yang rasa tak puas hati dengan seseorang....dalam perjalanan balik sunyi sepi je..masing2 leteh...jadi pejamkan mata...BILA KU TERPEJAM LENA..JASAD KU TIDAK BERDAYA...he..he..he...
Sampai dipejabat ,tak sempat rihat pun ,lepas solat terus ke PERNAMA Jalan Hospital dihantar olih kenderaan jabatan....mana ya semua orang??kan dalam surat tertulis pukul 3 petang??macam ni la selalu nya yang berdegar2 bercakap tak nampak rupa ...jadi sebab lapo bebeno kata orang Perak jadi order la fresh orange ngan nasi goreng kampong kat gerai Ipoh Bistro disitu...kenyang makan baru nampak seorang dua yang datang untuk jaya kan program A ssura' 1 Malaysia....Adalah staf dari Jabatan Hutan,RELA,Tentera ,Imigresen dan lain2 yang datang...jadi tugas kami ialah siapkan bahan untuk memasak ASSURA malam nanti...daging dan ayam yang dah rebus kena siat halus,,kupas bawang,halai,lengkuas..potong serai..jagung..dan saknika bahan lagi..ralit2 sembang dah pukul 5 lebeh...sebab leteh bertugas diTaiping sebelah pagi,jadi 6 .30 petang saya balik bersama suami...bersihkan diri ..lepas Isya' kami berdua pegi balik kesitu..kesian nya kawah Assura Jabatan Kesihatan Negeri Perak tak de sape pun yang tolong kacau....hu..hu..h..mana nama2 orang yang dah tersenarai untuk datang?Nasib la bawak suami,jadi dia la tolong kacau..sampai dah 11 malam mata dah tak boleh dibukak...walau pun suasana ceria kat situ sebab ada jamuan pulut durian...200 biji durian dijamu kat kami....penat...hampir 12 tengahmalam Assura maseh belum masak..
Pagi Jumaat..MB ngan ketua2 Jabatan datang untuk bersama membahagikan Assura....

Monday, December 19, 2011

Semua dah takde...

Punya la bersemangat hari ni...seawal 7 pagi dah bertolak kePejabat Tanah Manjoi.....dah janji ngan Shima kawan sepejabat untuk pegi ambik dan isi borang untuk bertugas dihari mengundi nanti..he..he..he...tak seronok kan terperap dirumah je tunggu keputusan mengundi...jadi sibuk2 kan diri ketempat mengundi sambil bertugas....sekejap je rasa nya 5 tahun...baru je ngundi hari tu...em.m.mm..yang maseh belum berdaftar sebagai pengundi bila lagi??rugi tau tak ngundi...negara kita,kita la patut pilih sape yang akan jadi pemerintah....kita yang tentukan masa depan negara....pilih je parti yang kita suka ..yang dapat menjamin masa depan anak2 dan generasi akan datang....kalau tak suka pada janji2 calun yang pandai bercakap je..jangan la undi dia....senang je kan.....
dah isi borang dengan bersemangat la menghantar nya balik..terima kasih la pada Encik Amir yang melayan dan menerangkan pada kami serba sedikit tentang tugas2 dihari mengundi nanti...nanti ada taklimat pulak ....InsyaALLAH semuga dapat bersama memberi sumbangan dihari pilihan raya nanti....
Khamis 22 Disember akan bertugas diTaiping....petang nya akan pegi ke Kem Tentera dekat PERNAMA (PERWIRA NIAGA)Jalan Hospital..(dulu Jalan Ashby)ada majlis gotong royong memasak bubur Asyura disitu dan pagi Jumaat MB pun akan ikut serta...
Dulu masa suami maseh dalam tentera selalu la pegi kePERNAMA tu...beli barang2 terutama yang diimport macam pinggan mangkuk dan lain2....masa tu tak banyak supermarket lagi....suami paling rajin beli pinggan mangkuk Pyrex kat situ...asal hari gaji je mesti beli..mula2 dulu saya bising gak...tapi dah lama2 dan dah banyak ..berguna jugak la pinggan mangkuk tu kalau buat kenduri atau majlis makan2...tak sia2 beli tu semua kan..sebelum PERNAMA ambik alih.kedai untuk tentera dan keluarga ni dikenali dengan nama NAFFI..barang2 nya semua diimport...teringat kat sabun mandi yang wangi yang kalau cari kat mana2 memang takde....kat UK ada kut...sekarang semua barang2 tu dah takde dijual diPERNAMA..pelanggan pun dah tak ramai macam dulu...mungkin sebab banyak pilihan tempat untuk membeli belah sekarang ni...patut buat sesuatu untuk ceriakan kembali kedai untuk tentera ni......

Saturday, December 17, 2011

Macam jejak kasih..








Gambar2 kat atas ialah kenangan menghantar penganten kemajlis dirumah penganten lelaki.....yang best suami dapat jumpa kawan2 lama masa dalam tentera dulu...macam jejak kasih....dengar nya akan ada reunion 24 dan 25 Disember ni kat kem tentera diTaiping...




Kalau lalu kat mana2 kampung atau taman akan nampak la kertas tunjuk arah rumah orang kenduri kawen..mesti ada dua tiga batang bunga manggar gak.....macam2 la nama penganten yang tertera kat kertas tunjuk arah tu....ramai sungguh yang kawen cuti sekolah ni..ada yang buat kat rumah dan ada jugak yang buat kat dewan...kat Ipoh minggu depan ada penganten akan diraikan di homestay...senang ya....sewa homestay....sewa khemah..dan catering pun datang kat situ..jemputan datang kat situ....buat pelamin je.....
Hari ni Sabtu saya dan suami kemajlis perkahwinan anak seorang kawan lama masa suami dalam tentera dulu...aedeh dan gembira dapat berjumpa kembali setelah bertahun2 berpisah.....macam jejak kasih jugak sebab kawan tu jemput semua kawan2 lama yang ada kat Perak ni untuk sama2 hantar penganten....rombongan penganten sebenar nya dari Setiu Trengganu...menyewa home stay diChepor Indar kat Chemor..jadi kami semua kesitu dulu sebelum berkonvoi pulak kerumah penganten lelaki di Taman Tasek Square...

Thursday, December 15, 2011

Hari2 yang berlalu..

Kalau petang2 tak hujan...banyak aktiviti boleh dibuat selepas balik keja..samada berkebun dibelakang rumah...cabut2 rumput je sebenarnya..he..he..atau berbasikal dikejiranan kami...mula2 hari tu berbasikal hingga keairport yang tak la jauh dari rumah kami...berpeluh jugak tapi leteh nya hinggakan pukul 8 malam dah macam nak terlelap...snggah gak kat airport ambik pemplet FIREFLY yang buat penerbangan dari Ipoh ke Medan...oh.airport Sultan Azlan sedang dinaik taraf....
Kat pejabat bertugas macam biasa..sekarang ni tengah heboh la pasal skim baru untuk kami kakitangan kerajaan...ada yang nak pencen awal dan ada jugak yang nak keja sampai 60 tahun..larat ke..jangan bawak tongkat kepejabat udah la ya....
Hujung minggu ni takde rancangan kemana2..leteh keJohor pun belum habis...tapi apa yang pasti pagi2 sabtu kalau takde apa2 hal akan kekebun tengok durian durian mak sebenarnya...tak banyak pun......kalau ada rezeki ada lah..kalau orang lain dah kutip takde rezeki la nampak nya....itu sebab tak pernah terfikir nak beli kebun2 ni...bukan boleh tunggu pun kalau ada buah..nak makan beli je.....makan pun tak banyak mana...
Hari ni bawak bekalan kek kukus kepejabat....jap je licin tupperware...yang mintak resepi tu..buat ya...senang je...

Monday, December 12, 2011

Bercuti 6 hari...

Samapi di KLl...pohon2 Bushido yang cantik ni menyambut kedatangan ....

Adam tueruja dalam komuter..bertanya itu ini kat auntie Cu...
Eh..Adam takut pintu komuter tutup sebelum Adam masuk ya...he..he..sempat posing ngan auntie Cu....
Tokma ke Adam yang teruja kat gerai buku ni??gerai buku KREATIF ENTERPRISE..banyak novel diberi potongan harga..cari novel tulisan ABDUL TALIB HASAN..tapi takde,kecewa sungguh....

Pandai nya Adam..baru 3 tahun dah pandai..he..he..puji cucu sendiri..
Makn2..time makan..meh makan ngan Adam....

Ini la rupa nya kueteow ...kat gerai pasar malam presint 2....
Mesjid Sultan Mizan atau mesjid besi kat Putrajaya....cantik
Parking kereta untuk kepasar malam kat depan pejabat perbendaharaan disini...
Sampai je di Muar perkara pertama yang dibuat ialah..beli kupang segar..3 kilo 10 ringgit...sedap nya...orang Muar rebus je buh daun kunyit...
Ronda2 kat pekan Bukit Pasir...sempat singgah kat kedai 1Malaysia...eh..harga kicap tu tersilap ke atau memang murah???
Acara menggantung pelamin....
Apam beras yang mekar dan merah menyala...
Ini la toke kue apam ..orang Kampung Sungai Terap Bukit Pasir,Muar mesti kenal kan...
Bunga pahar untuk tetamu....
Ini la rupa nya anak sedara ..Raihana Athirah yang berkhatam Qur'an...bersama sepupu2...
Ini la rumah Hajjah Timah yang mengada kan majlis berkhatam Qur'an cucu tersayang....best la duk kampung...
Makan mee Bandung Muar...bagi 3 bintang..rasa sedap lagi kuah yang selalu dibeli pes nya oleh Bibah...yang ni kurang sedap...

Disisni makan mee Bandung ngan sate...sate daging nya sedap tapi terlebeh manis...terlebeh gula kut...
Apa hal anak2 sedara tergelak tengok nama kedai ni??
Durian terbesar diJohor..jom kongsi ramai2....nak bukak ngan pe durian ni..besau nau..
Kat Muar boleh ronda persisiran sungai ngan feri kecik ni....tambang 10 ringgit..kanak2 5 ringgit je...
Pemandangan di Tanjung Mas Muar...

Bercuti 6 hari,banyak sekali aktiviti yang dibuat..pagi Khamis bersama Ailia ke Sungai Buluh..jumpa mak...lepas tu kerumah Aiza diPutrajaya...tengok Tentang Dhia..dan lepas tu kerumah Aidil pulak ..terubat rindu kat ADam ngan Zara..tido dirumah Aidil ramai2.....Jumaat membawa Adam menaiki komuter keMidvalley sebab nak tengok pameran buku...jadi parking kereta kat stesyen komuter UKM Bangi..nak tergelak tengok galagat Adam yang teruja tapi takut nak naik komuter..punya kuat peluk kaki Tokma ..tanya punya tanya rupa2 nya dia takut pintu komuter tutup sebelum sempat dia masuk..pandai betul..orang dewasa pun ada perasaan macam tu kan..seronok dapat pegi pameran buku..sayang nya tak dapat jumpa Dr.Mahathir yang datang belah petang...
Seronok sanagt tengok banyak novel dibooth Kreatif Enterprise...novel2 disini telah saya mula beli 10..15..tahun dulu...semua novel nya bermutu dan bukan novel picisan...sayang sekali takde novel baru yang dihasilkan pleh penulis yang sungguh diminati iaitu ABDUL TALIB HASSAN...Banyak novel tulisan beliau yang ada dalam simpanan saya...
dah puas tengok2 dan beli novel,kami pegi makan...cari ikan bakar Portugis yang Aiza kata sedap...tapi tak sedap sangant pada selera saya...bau belacan nya menyengat sampai terpaksa basuh tangan berkali2..Adam makan nasi ayam...oh..penat jugak melayan dia yang tak boleh duduk diam...lasak sungguh...
Malam pulak bersama Aiza kami menjejaki dimana ya pasar malam diPutra jaya??dengan bantuan seorang rakan Aiza kami akhir nya sampai jugak dipasar malam yang dikatakan besar dan meriah tu...terletak dipresint 2..depan pejabat perbendaharaan atau pun kementerian kewangan..mak datuk memang besar la pasar malam ni...apa yang best ialah bahagian jualan sayuran..banyak sekali sayur kampung yang dijual...lenguh gak kaki nak habiskan meronda pasar malam yang besar ni.beli jugak 3 helai tudung....Aiza pulak beli telekung dan penapis plastik...sempat makan kueteow jugak untuk mengisi perut yang kosong..ramai sungguh yang makan kueteow kat situ...pendek kata berpeluh jugak nak habiskan meronda seluruh pasar malam ni..baru tau pasar malam ni setiap hari Selasa dan Jumaat...lain kali boleh datang lagi kalau kerumah Aiza...
Pagi2 Sabtu Azhar dan Bibah datang ambik dirumah Aiza.....singgah diJejantas Air Keroh sebab Afiq nak makan KFC..mak ai..berbaris nak order je 40 minit..lama betul...ada pulak mamat tak sekolah yang potong barisan...rasa nak tumbuk kepala dia ya Bib??he..he..he..aku yang tak berbaris pulak naik angin..sampai diMuar dah 2 lebeh,..jem teruk kat Air Keroh..ialah...cuti sekolah dan hujung minggu pulak....DiMuar sempat la ronda2 diBukit Pasir,makan mee bandung ngan sate....santai2 diTanjung Mas...Petang balik kerumah Aiza dan balik keIpoh ngan ETS kul 6.30 dari Kajang...samapi diIpoh 9.30 malam..