RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, December 3, 2011

KIta hanya merancang..


Ceria nya pengantin baru ni...Azmi dan Adani..





Hari ni Sabtu banyak sekali aktiviti yang dirancang...pagi2 cadang nak kekebun mak..kutip durian dan kait rambutan..lepas tu nak ke Institut Latihan TUDM yang hanya lebeh kurang 500 meter dari rumah kami untuk tengok perbarisan tamat latihan kat situ..saje2 je nak pegi..lepas tu nak pegi makan kenduri ke3 buah rumah...
Tapi ..benar lah kata orang..manusia hanya mampu merancang..ALLAH yang tentukan...semua yang dirancang terpaksa dibatalkan sebab seorang jiran kami yang tinggal didepan rumah telah kembali keRahmatullah..Alfatehah..
Lebeh kurang 2 pagi kami dikejutkan dari tido dengan deringan telefon..dan bersama suami kami kerumah Allahyarham...dan sehingga pukul 6 pagi maseh disitu...dan siang nya sebagai jiran apa yang dapat dibantu ialah memasak untuk keluarga Allahyarham yang tentu lapar dan leteh balik dari tanah perkuburan...jadi bersama dua orang jiran.kami memasak dirumah saya.....banyak jugak la....itu saja yang dapat dibantu dalam masa mereka bersedeh dan terpaksa uruskan hal lain..
Tapi Aiza dan Ailia pegi jugak kerumah sedara dan kawan yang kenduri...wakil kami suami isteri..kepada Adani dan Azmi..Selamat pengantin baru...kepada Dr Aishah jugak...dan pengantin 3 beradik yang bersanding serentak hari ni diSerdang Permai..semuga bahagia dan gembira selalu

No comments:

Post a Comment