Tak pe la,keja dimana pun sama je kan..dan ramalan ku benar belaka..he..he..he...
Tengahari Sabtu bertolak keKL,singgah diJalan Tuanku Abd.Rahman dan jumpa Aiza disitu..tengok2 baju dan tudung,tapi tak begitu selesa nak bershopping...ramai sungguh yang bershopping....lagi pun ada pasar malam disitu..sesak ngan orang ramai...yang menarik kat pasar malam ni banyak sekali makanan baru yang kita tak pernah jumpa sebelum ni dijual..semua nya gara2 pendatang dari Indonesia yang ramai berniaga disitu,jadi makanan dari Indonesia banyak dijual ....terjumpa penyanyi Aizat ...eh..kurus nya dia..dulu masa masuk AF dia gemok....boleh pulak kurus macam ni....mungkin bediet dan bersenam...ambik la gambo dengan dia buat kenangan..baik orang nya..tak sombong..tapi memang kurus la..pucat jugak nampak muka dia....
Lapo sangat ramai2 kami singgah makan nasi Arab diBangi..boleh la tahan nasi dan makanan dia....
petang singgah dirumah Aidil..hilang rindu kat Zara dan Adam..dan malam bermalam dirumah Aiza..
Ahad kami bertolak keKuala Pilah,menjemput anak disitu untuk bersama kami makan kenduri anak sedara diGemencheh...meriah la kenduri disitu sebab nampak nya penduduk disitu bergotong royong....lauk2 nya pun boleh tahan sedap ..ada gulai lemak cili api dan acar timun yang sedap dan pertama kali kami makan... Aidil pun bawak Zara makan kenduri...seronok sungguh Zara berjumpa mak dan ayah sedara...
Kat rumah kenduri pun jumpa jugak adik beradik belah suami...semuga anak sedara yang kawen bebahagia hingga akhir hayat...kawen ngan orang sebelah taman..senang balik beraya kan...
Lepas makan kenduri kami bercuti 2 hari diMelaka....ramai yang becuti disana....Petang Isnin balik kerumah Aiza dan malam kerumah Ara yang bercuti 2 bulan..keluar ramai2 dan makan2 sambil sembang2...
Tengahari Isnin dah bertolak balik ke Ipoh....
No comments:
Post a Comment