RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, July 28, 2013

Catatan biasa...

Semua nya berjalan macam biasa...dipejabat...dan hari hari yang berlalu..apa yang pasti masa begitu cepat meninggalkan kita..hari ni dah 20 hari berpuasa..dah meriah dengan  lagu hari raya diradio..kat tv pun boleh kata 90% drama yang disiarkan berkisar pada cerita ketuhanan...bulan Ramadan dan hari raya..
Cuaca diBandaraya Ipoh  panas..pokok2 banyak yang layu termasuk pokok2 dibelakang rumah kami...yang merimbun pokok2 buluh madu kami pun banyak daun2 nya berguguran....

Hujung minggu cuti 3 hari semua anak2 balik..riuh rendah dengan Adam dan Zara yang dah pandai menyusun ayat...bercakap tak renti2....macam dah beso...Adam pun dah boleh bercakap dengan petah..pandai menjawap soalan jugak...aktiviti yang pasti ialah memasak untuk berbuka...anak2 mengajak berbuka diluar tapi tak berapa seronok la...seronok memasak sendiri lagi walau pun penat sangat2...petang sabtu berbuka dirumah mak..ramai2..

Aktiviti sebelah siang..anak keUTC...ada yang buat ic baru,ada yang buat pasport..nak berjalan le tu...kejap je dah siap buat pagi ni esok dah boleh ambik...terima kasih kerajaan yang buat UTC ni..menyenangkan rakyat berurusan,tak perlu kepejabat2 yang terletak jauh dan berselerakan...lepas berurusan kat pejabat2 disitu turun bawah dah ada pasar beso Ipoh...beli barang basah pulak untuk masak berbuka..dan ada macam2 kedai kat situ..kedai buah..pokok bunga,,baju,,maklaha,..dan yang budak2 tu singgah lama ialah kedai barang dan peralatan dapo..beli kuali,penapis,pisau ..pembakar ikan..wok..nak goreng kueteow la tu dan saknika benda lagi...tengahari ahad semua balik keKL...Nain pulak balik Melaka sebab mula berkursus 6 bulan disana...
Petang pegi barang2 di Tesco pulak bersama suami..barang keperluan raya sebab malas nak sesak2 last mini Tom.....sape2 ada tengok tak cerita kelako kat Astro yang bertajuk MALANG YANG BERBAU?..he..he..he...dah berkali2 Astro ulang tapi maseh tak jemu2...kelako gila..pandai la Ellie Mazlin buat lawak...udah merapu pasal drama pulak....
Minggu ni yang pasti tempat kerja akan ada ramai yang menghantar biskut raya tempahan....saya akan buat biskut Florentine sehari dua sebelum raya..senang buat biskut terhangat 2013 ni...dan terima kasif jugak untuk BFF suami yang menghantar 5 balang biskut raya semalm ...sedap2 biskut nya...juga seguni kelapa dari kampong..mak ai...masak rendang sakan la tahun ni..seguni kelapa!!!!bayangkan...rendang cili api ayam kampong paling ramai yang mintak dimasakan...emm.m..ada permintaan rendang kerang,,,rendang janutung pisang..yang pelik ni mesti la Aiza yang mintak..semua boleh masak..tapi kena la tolong kupas bawang...mesin kelapa kerja abah ya...InsyaALLAH raya ke4 akan keKelantan..makan kenduri diBunut Susu Pasir Mas....

No comments:

Post a Comment