RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, September 4, 2013

Dah tak sabo...

Sehari dua lepas nampak ada macam jerebu diIpoh....Bukit kledang yang nampak terang dari tingkap pejabat pun nampak kelabu2 gitu...dan Alhamdulilah petang nya hujan lebat...harap2 esok cerah macam biasa....bendera yang dipasang untuk sambutan 31 ogos maseh berkibar dipersekitaran pejabat...cantik berkibar ditiup angin..

3 hari ni saya keseorangan dirumah..suami kena kerja diPutrajaya....jadi balik rumah ..kunci pintu depan dan duk lepak kat belakang rumah....best sangat sebab angin petang sejuk je bertiup dicelah2 pokok buluh madu kami yang dah nampak subur balik selepas kering dek panas matahari beberapa minggu lepas....

Duduk2 sambil baca kosmo dan dengar ADILA dari Klasik Nasional....ADILA ni singkatan dari aku dia dan lagu...dimana pendengar mencoret kan kenangan lalu dan boleh pilih pulak lagu2 yang menjadi kenangan...memang layan habis la bagi orang macam  kami yang dah nak senja ni....

Kalau larat petang2 macam ni selalu bersihkan kebun kami yang sekangkang kera tu..he..he..kecik bebeno la kalau tengok saiz kera tu..pandai2 je orang dulu nak bezakan sesuatu...
Sekarang ni pokok roselle yang saya tanam sedang berbuah lebat dan bunga dia segar dan cantek...ada 3 pokok dan selang dua hari ken akutip buah2 dia....sedap sungguh bila dah dibuat jus dan dibubuh kiub ais batu tu banyak2....cerah dunia...masam2 manis giteww...

Pagi tadi keklinik Simee ambik darah untuk pemerikasaan gula...saje je...harap2 keputusan nya ok ...dan terjumpa la ramai kawan2 lama yang sama2 keja dulu...sempat borak2 sambil minum bawah pokok payung Indonesia yang saya tanam 5..6..tahun dulu masa keja disitu..dah tinggi dan rendang memayungi kawasan sekitar...

Dan dipejabat hari ni sunyi je sebab dari unit saya tinggal 3 orang je sebab yang lain2 pegi kePD menghadiri konvensyen 3 hari...2 tahun lepas saya dah pegi kePenang ,biarlah staf baru pulak pegi..jemu sangat dah pegi kursus dan bengkel serta konvensyen ni....ini pun ada dua lagi kursus sedang menanti ..dan dua2 nama saya dah naik dan tertulis dipapan kenyataan...satu diLangkawi dan satu lagi di Timah Tasoh Perlis.... mak oi..i..bila la masa dan ketika nya akan pencen ni...??dah tak sabo nak jadi pesara..ha..ha..ha....


No comments:

Post a Comment