RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, December 6, 2013

Salam simpati dari kami..

Cuaca diIpoh tak menentu...yang pasti redup sepanjang hari...ada kala hujan renyai dan lebat jugak...
Bekerja pun macam biasa ...suasana dipejabat pun agak sunyi..ramai 7ang bercuti dihujung tahun..

Banjir yang berlaku dibeberapa negeri memang teruk...simpati pada mereka yang terlibat..harta benda dah tak dihiraukan...yang penting nyawa ahli keluarga mesti diselamatkan...
Call Datin Cheng kawan yang bertugas diKuantan tapi kawan pejabat kata beliau kena bertugas dibilik gerakan banjir...salam simpati dari kami..hanya doa dapat dipohon semuga banjir ini akan pulih dan semua nya baik2 saja..

Oh ya...lupa nak ucap tahniah kat anak sedara yang bagitau dah lulus ujian untuk  memandu kereta setelah gagal 2 kali..dah ada lesen boleh le tolong mama ya...Wah..Ara adik saya yang kerja diMadagascar dah balik KL dan mula buat kue untuk bisnes...kue2 melayu yang sedap2 dan pernah dulu hantar kehotel2 sekitar KL bersama kakak sulung kami.

Semuga apa yang diusahakan akan mendapat berkat dan rezeki yang melimpah....harap akan lebeh maju dan berjaya..nanti le teman pencen nanti..boleh le nolong mana yang patut ya...sapa2 yang berminat nak oder kue boleh le kefb kuih melayu dan nyonya..

Sabtu dan ahad hingga Januari dah ada jemputan kenduri kawen yang menunggu...esok 7 Disember ada 2 jemputan..diDewan Bandaran Ipoh dan dekat rumah kami...Sabtu 14 Disember di Taiping dan Serdang Kedah...21 Disember diBatu Pahat Johor..ini mesti pegi sebab anak kakak yang kawen..25 Disember Eka anak Ida 1001 resipi bloger masak terkenal tu kawen diDewan Felda...
Eh..4 Januari pun ada..makan kenduri sana sini ..pendekata  gantung periuk kuali...
Selamat pengantin baru untuk semua pasanagan pengantin baru....

No comments:

Post a Comment