Sepanjang 10 hari ini..yang paling hangat diperkatakan dimana2 ialah kehilangan peswat MAS MH 370.
Masa mula2 dapat berita pagi sabtu iaitu pagi kehilangan pesawat ni,reaksi kami dalam w'ap Family Yusof ialah bertanyakan tentang anak sedara kami Kapten Ahmad Husni..
Noni dimana?betugas tak dan kemana??Alhamdullah Noni menjawap dia bercuti dan ada dirumah..lepas tu hanya yang dapat dibuat ialah berdoa semuga semua nya selamat...
Sepanjang minggu ni..bermacam berita yang dipaparkan tentang pesawat yang hilang...dalam facebook toksah cakap le..masing2 tunjuk pandai...naik menyampah pulak baca..last2 tutup je fb..jgn baca apa2..nak tahu apa2 berita tengok tv...
Yang paling menyampah tengok minah saleh dari Australia yang tunjuk gambar bersama co-pilot yang hilang tu..dalam kokpit lagi..
saja je cari publisiti murahan...siap tulis tajukm pilotb playboy lagi..so what??pelik ke...alah...budak tu bujang dan gaji pun banyak....biar lah..itu hal peribadi dia...ikut suka le dia nak playboy ke apa....hak dia...
Kata Ara adik kami yang menjadi kru kabin selama puluhan tahun dipelbagai syarikat penerbangan ....bukan senang2 nak masuk dalam kokpit tu....siap ada kata laluan lagi untuk pilot bukak pintu dan bagi kru kabin masuk untuk hantar makanan dan minuman...kamera pun ada ...
dan yang paling memalukan..ada pulak bomoh beraksi perkara yang tak masuk akal diKLIA tu..seluruh dunia tengok..memalukan!!
Apa2 pun hanya doa kepada MU YA ALLAH ..semuga semua nya akan selamat walau dimana dan apa yang berlaku...semuga semua pencarian akan berakhir...akan menemui pesawat tu dengan secepat mungkin..AMIN...
No comments:
Post a Comment