Sunyi tanpa anak2....hanya seorang dirumah buat kawan dan buat begaduh....
lepas solat kul 5.40 petang, anak yang dah lama tak mesej ,lama tak call,lama tak datang rumah tiba2 call dari tempat keja....Mungkin dah tak tau nak buat pe2 atau dah tak de nak cakap pe2 dengan makwe,jadi teringat kat mama...
Masih ingat rupa nya pada mama yang dah tua dan tak beharga ni...masih ingat rupa nya pada mama yang selalu ingat dan sayang pada anak2.....ialah kadang2 satu kesalahan atau keburukan yang kita buat akan menghapuskan seribu kebaikan yang pernah kita berikan.....manusia tak lari dari membuat kesalahan dan kesilapan...
tapi sebenarnya saya dah bersedia dengan seribu kemungkinan..kata orang dulu2...anak udang tak sama dengan anak tenggiri...tapi bagi saya udang atau tenggiri bila dah dimasak akan jadi lauk juga...dimakan bersama nasi ....
Yang pasti mama sentiasa mendoakan anak2 mama...doakan yang terbaik,yang bahagia...tak kira anak udang ke, atau anak tenggiri...he..he...
Malam dah kul 11,anak dari Ampang call...sebab seharian tak de kawan nak bercakap,nak ketawa....jadi buat la lawak tengah2 malam ni...gelak sakan jugak..ceria lah sikit...eh..ketawa tu penawar duka..ketawa tu awet muda...ketawa akan menghapuskan segala kesepian dan kesunyian...Ketawa akan menceriakan suasana....pengubat hati lara....
RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Monday, March 22, 2010
Isnin yang kelabu...
Eh...ni pe hal cucur kucai atas printer pulak..
Tengok budak2 ni..buat keja sambil makan...
takpe,janji hasilkan keja yang bagus...
Isnin,memandu sendirian ketempat keja..
sebenarnya akan menghantar keta anak yang perlu dicat sedikit kerana tergesel hari tu..
sekarang pukul 7 pagi maseh gelap...
jadi masuk pejabat,kunci pintu,takut jugak sorang2 awal2 begini...
sunyi kerana kawan keja yang sebilik dengan saya mengambil cuti kerana kurang sihat,jadi hari ni saya kurang bercakap sampai la kepukul 2.30 petang waktu perjumpaan KIK.
Buat la apa2 keja yang patut dibuat,masukkan gambar dan carta2 semua nya dibuat oleh ahli KIK yang muda2 dan pandai IT...
belum apa2 lagi,dah masuk sepinggan goreng pisang dan cucur kucai dalam bilik...
ada teh panas jugak...jadi buat keja sambil makan...
Walau pun dah dua petang hujan mencurah dibandaraya Ipoh tapi suasana maseh panas....kelabu dan kelam...
balik kerumah memang seronok bermalas2 je membaca surat kabar,memang malas nak kemana2 walau pun membeli barang dapo dipasaraya.
jadi masak serba ringkas,makan sikit2 dan rehat2 je....
Labels:
Macam2
Saturday, March 20, 2010
Hujung minggu yang ceria dgn anak2..
Air dah mula naik depan rumah...he..he..kejap je sebab hujan lebat
Gelagat anak2 dimeja makan...tido ape?

Susun bata?Buat rumah ke.... apa budak dua beradik ni buat...

Em..m..sedap nya...tengok la sape yang masak...
Anak sape la ni...rajin sangat memasak..
Susun bata?Buat rumah ke.... apa budak dua beradik ni buat...
Em..m..sedap nya...tengok la sape yang masak...
Jumaat,Sabtu,Ahad......
Bercadang untuk kemall,tengok2 dan beli hp baru..yang diguna sekarang dah lama dan dah hampir tak boleh diguna ,kali ni nak beli handphone paling murah...janji boleh terima dan buat call, terima dan hantar mesej,tu je...
Tapi malas pulak,tak ada hp pun ok kut..maseh boleh hidup..he..he...
Memasak itu ini untuk anak2 yang balik bercuti dan request itu ini..yang larat masak,masak la..bergurau..bergaduh..itu la keja kami anak beranak...engkau kata aku,aku kata engkau..he..he...
Sebagai seorang ibu,masa berkualiti begini bersama2 anak amat beharga...
tiga hari ni,tiga CD filem kami tengok bersama,mula2 LASKAR PELANGI...best sangat,filem dari novel ini lebeh menarik menonton filem nya..novel LASKAR PELANGI ni saya beli dah lama masa diJakarta dulu....Aiza beli CD pulak..
mengalir jugak airmata diakhir cerita..em..m..kalau la ada duit ingin sekali keBelitung...cantik tempat tu..pernah baca tentang Belitung dalam novel KEBERANGKATAN ditulis oleh NH DINI...
Dah cari dalam internet...ada pakej untuk yang ingin melawat Pulau Belitung...menjejaki lokasi penggambaran filem LASKAR PELANGI...
Malam sabtu tengok pulak Adnan Sempit....tapi tak sepenuh hati sebab banyak benda lain nak dibuat ditambah mata pulak mengantuk.....dan Petang sabtu tengok CD The Blind Side...Sandra Bullock yang berlakon,cantik la dia,suka tengok dia berlakon..
Hampir maghrib,anak2 semua keluar dan hujan turun mencurah...risau hati tengok air dah mula naik kat depan rumah..hati berdoa semuga air tak terus naik...risau sangat... air sungai Pinji belakang rumah kami dah naik ketebing...jangan banjir ya....itu lah doa dan harapan,tapi Alhamdulillah,semua nya ok je...
Dalam risau dan hujan lebat sempat la mengukus kek cawan coklat untuk anak2 bawa balik keKL esok.
malam kemajlis doa selamat rumah jiran yang akan berangkat menunaikan umrah...Amer anak jiran yang teruk dalam kemalangan jalan raya dulu akan bersama keluarga keTanah Suci..Amer nampak dah sihat sekarang,dah ceria...semua nya kuasa Allah....
Labels:
Macam2
Friday, March 19, 2010
Seharian mendengar taklimat
Khamis seharian berada dalam bilik mesyuarat.Mendengar taklimat KIK..banyak benda yang dipelajari..harapan Bos kami terlalu tinggi..InsyaALLAH,kami buat yang terbaik..kalah menang adat bertanding janji semua nya siap seperti dijadualkan.
Semua nampak bersemangat...
Balik kerumah memang leteh,seharian dalam bilik berhawa dingin buat badan terasa lemah...
Anak yang dah sebulan tak balik,mendapat cuti selepas bertugas malam...hilang rindu...Aiza pun akan balik esok,ramai2 kat rumah ,riuh rendah suara diaorang bergurau dan bergaduh buat hati rasa bahagia...
Labels:
Macam2
Wednesday, March 17, 2010
Rabu yang memenatkan
3 orang bersama pemandu kami membelah lebuhraya menuju selatan negeri Perak untuk bertugas..
Dalam perjalanan mata hampir terlelap..mengantuk la pulak...
Mula2 diTanjung Malim, kemudian bergerak keutara iaitu bandar Proton...kat Behrang....
jakun la pulak tengok beratus kereta Proton dilonggok2 bertindih2 macam sampah...rasa nya macam tin nak dikemekkan...untuk pe ek?
seronok jugak tengok bandar proton macam Putrajaya mula2 dulu..sunyi dan mendamaikan...tasik kat pinggir kawasan perumahan tu pun cantik...
tapi yang da biasa tinggal dibandar tentu terasa sunyi dan..tak boleh hidup kut...
iala .....jauh dari segala kemudahan...ada la kedai beberapa buah yang dibuka.
Kami kemudian ke Slim River dan Temoh..
akhir sekali bertugas diKampar hingga jam 5 petang...
Balik dah leteh,sampai Ipoh hampir jam 6 petang dan sampai rumah dah ada tetamu..
bancuh air untuk tetamu dari Kelantan dan sembang2 kejap sebelum kePasar Malam,Rapat Setia..beli nasi kerabu kat situ,sayuran dan buahbuahan...
9 malam dah bentang Narita...tak tido dalam bilik..panas...best nya dapat baring2...

Tuesday, March 16, 2010
Kalau hati ku sedang rindu...
Gaya Adam dimuka pintu...tunggu sape tu..
Adam bersama mama dan papa di Jogja...

Adam bersama mama dan papa di Jogja...
Selasa..pagi keTapah,Temoh dan Kampar...
singgah makan capati diSimpang jalan masuk ke Lata Kinjang...
makan kueteow goreng jugak...
bertugas disana dan balik keIpoh hampir 1.30 ptg..leteh..
mengantuk..
Malam berbual dengan Adam yang dah pandai bercakap macam budak2 berusia 4..5 ..tahun, pada hal dia baru berusia 1 tahun lebeh...
rindu sangat kat Adam...
rindu sangat kat anak2...kalau hati ku sedang rindu..pada siapa ku mengadu
kerna hati bertanya selalu
mengalir lah air mata ku..
rindu..
mengapa rindu hati ku ....
tiada tertahan ..
kau tinggalkan aku seorang...
Labels:
Macam2
Monday, March 15, 2010
Lawak giler...
Isnin...
betugas macam biasa..
pagi ni kat kawasan pejabat sesak dengan kereta ibubapa dan sedaramara Jururawat yang datang melapo diri...meriah dan riuh rendah...
tengahari mengantuk sangat...kepala pun berat,mungkin tak cukup tido malam sebab panas...jadi tepat pukul 1 tghari baring2 dalam surau..
terlelap jugak beberapa minit
petang meeting KIK kat tingkat 5...sampai hampir 5 baru habis...
balik rumah sempat la mencabut2 rumput kat belakang rumah sebelum senja.
bakar sampah..cangkul2 sikit dan siram pokok yang kering layu dek panas...
Penyakit M datang menyerang...tak ada hati pun nak kedapo...makan bakso je yang dibeli suami kat kedai Wak Es depan rumah kami...tapi entah la..tak berapa sedap pulak bakso dia kali ni..
Masa kat Jakarta dulu,punya la teringin nak makan bakso yang berlambak2 dijual sepanjang jalan..bermacam bakso ada..dari kecil sampai sebesar telo angsa..tapi tak berani pulak nak makan..
tak tahu tahap kebersihan yang memasak nya,takut perut meragam ,jadi tengok je la...tapi Ailia tak peduli..disebatnya jugak bakso tu...berguling2 nak jugak..nasib perut tak meragam..he..he...
yang best dalam bakso daging tu ada pulak telo ayam..tu sebab bakso tu besar...
Kat sana, eko lembu dipanggil buntut..jadi kalau sup eko dipanggil sup buntut..kalau gerai tu Pak Aji yang punya jadi la sup buntut Pak Aji..lawak giler...ki..ki..
Yang pasti diaorang kat Indonesia pandai pendekkan 2 perkataan jadi satu...contoh kalau pesakit tu cirit birit dan muntah kat sana dipanggil muntaber..iaitu muntah ..berak..
Kalau lanjut usia dipanggil lansia , kalau Jakarta pusat disebut Jakpus dan Jakarta tengah pulak Jakten....dan macam2 lagi yang lawak dan pelik2 bunyi nya...

Subscribe to:
Posts (Atom)