RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, June 30, 2010

Happy Birthday..Ku Iman!

Hari ni 30 Jun hari lahir anak sedara saya Tengku Muhammad Iman Ismail.....HAPPY BIRTHDAY...!DAH BECO YA....dan nak ambik SPM tahun ni..semuga berjaya....nanti beli kek ek....mama kat Jeddah tu beli pe?...kongsi sikit...
Keja dalam pejabat je...ngadap komputer..petang hujan..oh..sejuk..sejuk sangat....
Balik petang goreng lauk pekasam makan nasi panas2...oh...esok kena buat kek...kalau rajin la untuk yang nak bertunang..he..he..jodoh dah sampai...tergelak dengar anak tu cakap macam tu...
Tak pe kita buat kek cantik2...tak pun order je...he..he..harap wkend ni semua anak2 yang disayang dan dirindu akan berkumpul ramai2 kat rumah diIpoh....buat pulut kuning jugak untuk yang nak sambut hari jadi Julai dan Ogos ni..ops..s..s..September?Ogos kan posa?..balik ek...

Tuesday, June 29, 2010

Sehari diManjung

Berbincang dulu sebelum mula bertugas .... Bertugas diManjung...penat tapi banyak dapat pengelaman baru..
Hiasan dalam Kafe Kilo Yankee....
Ada gambo2 lama jugak...jadi kenangan pemilik Kafe...

Kilo Yankee Kafe...keli masak cabai dia sedap...







Pagi ini bersama pegawai Kementerian dariPutrajaya,kami bertugas diIpoh dan Manjung...penat tapi tugas tetap dilaksanakan...berkenalan dengan Doktor yang begitu peramah dan berjiwa sentimental...aktif dan berkreativiti..(beliau bertugas dalam tentera sebelum ni )seronok tengok beliau berjaya membuka klinik yang maju dan berjaya..Pendek kata penduduk Manjung mengenali Doktor yang peramah dan berjaya ini...

kami kemudian dibelanja makan oleh Dr Yasmin diKafe Kilo Yankee kat Sutera Venice..
Kafe ni ada barang2 hiasan cantik dan ada gambar2 lama yang jadi kenangan jugak..eh..ada gambo Dr Yasmin masa kecil...masa sekolah rendah...

makan tengahari lauk keli masak cabai..sedap...

Semuga terus berjaya Dr Yasmin!...



singgah beli buahtangan dari Lumut dan balik kepejabat dah hampir 6 lebeh...balik kerumah masak nasi dan goreng ikan kurau masin yang dibeli kat Lumut...



Bersama Ailia kami makan berdua dengan penuh berselera..perut lapo sebeno nya..he..he..

Monday, June 28, 2010

Menyayangi orang lain?

Penat nya hari Isnin ni sebab semalam dilanda banjir kilat..walau pun air tak masuk dalam rumah tapi mengubah 3 buah kereta keluar dari garage memang penat jugak..iala..ditengah hujan lebat...macam rasa nak demam..
Tengahari keHospital Raja Permaisuri Bainun.....ada hal kat situ tapi pukul 2.30 petang baru balik..
Bersama Doktor Z keluar bertugas distesyen 18....sekejap je...balik kerumah dah leteh sangat..
Blend buah2 strawberi yang maseh banyak dalam peti sejuk...berbuka puasa ngan jus strawberi...lepas bukak puasa rehat kejap dan menonton tv ....esok akan bertugas diManjung bersama pegawai dari Putrajaya..
Demam...jangan la demam...jadi telan 2 bijik panadol...
Membaca majalah yang maseh banyak belum berkesempatan membaca...terbaca satu artikel yang ada pertanyaan bagaimana nak melupakan orang yang kita sayang?sebab orang tu dah tak sayang kita...terfikir jugak macamana ya..boleh ke kita lupakan orang kita sayang?..kalau saya jawapan pada pertanyaan itu ialah...untuk melupakan orang yang kita sayang ialah dengan menyayangi orang lain....
ada rencana untuk hilangkan stres jugak...ada cerpen dari penulis baru yang tak pernah dengar nama dia..baca jugak tulisan penulis terkenal A.Jalil Ali....kelako baca tulisan beliau...em.m..akhir nya..z..zz..z.z...zzz...zzzzzzzzzz

Sunday, June 27, 2010

Banjir kilat...

Jalan kat depan rumah kami...kalau masa kecik dulu best gak main air ni... Ni kat tepi rumah...baru segar pokok bunga dapat mandi puas2..he..he..


Petang ahad...hujan lebat turun diBandaraya Ipoh..sungai Pinji belakang rumah kami dah macam laut..dan kami juga dilanda banjir kilat...kemas lah apa yang patut takut air masuk rumah pulak...dalam pad atu sempat la rebus ubi keledek yang dibeli diCameron Highland...sedap ubi kecik2 sebesar jari tu...suami pulak bersama jiran sibuk menengok kalau2 ada longkang yang tersumbat dan melambatkan pergerakan air...dah macam pekerja MBI pulak...selalu kalau banjir kilat ni..dalam 30 minit akan ok..tapi ubah jugak kereta dan motosikal..takut jugak air naik tinggi..semua jiran2 pun mengubah kereta masing2 keluar dari garage masing2 keatas jalan depan rumah..
Alhamdulillah...setelah hampir 30 minit semua nya ok...

Saturday, June 26, 2010

Tayang pokok kat rumah....

Rojak cucur udang....
Aloe vera ni untuk kecemasan.. kena air panas ke..he..he...ambik isi daun aloevera ni dan masak ngan gula tebu...sedap nya... Satu pasu dua jenis tanaman..

Pokok bunga ni ditanam dalam bakul buah laici...


Kat tepi pagar belakang rumah...



Pokok bird's nest kesayangan kami..masa tanam dulu besar jari je daun dia...





Bunga ni kalau ditanam dalam pasu gantung memang cantk.....






Pokok sepit ketam kat tepi pagar.....







Petang ni suami mesin rumput kat halaman rumah kami..depan tepi dan belakang umah...dan saya menyiram la pokok2 bunga yang ada...kat sini ditempekkan pokok2 tanaman yang ada kat rumah kami...

mencangkul la kebun kami kat belakang umah..menanam anak2 keladi yang dicangkul dari rimbunan keladi yang dah lama ditanam..dah banyak anak2 keladi tu..lepas tu menyemai biji cili api...menanam pulak serai...hu..hu..hu..anak2 betik yang ditanam Kanasingam minggu lepas semua nya dah mati...

Dapat call dari Aiza...sedang makan dengan adik dia diKL..hello..!jangan lupa kita kat Ipoh ek...makan baik2....ada cerita bagus bagitau ya...


Berpeluh jugak menolong suami menyapu rumput2 yang dimesin...malam dah keluarkan ikan dari peti ais tapi suami tak bagi masak..teringin makan capati pulak kat gerai sebelah traficlight Simpang Pulai..makan jugak cucur udang dan rojak..sepinggan berkongsi berdua...ralit melihat kenderaan yang banyak kat situ...kerata yang keluar kat tol Simpang Pulai akan melalui jalan tu untuk terus keBandaraya Ipoh...Begitu jugak kenderaan yang naik dan turun dari Cameron Highland..


Kat gerai kami makan tu,popular dengan capati nya yang sedap..dijual oleh orang Melayu jadi pengunjung pun ramai orang melayu yang teringin nak makan capati buatan bangsa sendiri...seugama...


Sekarang ramai yang berhati2 walau makan dikedai mamak...entah la..kadang2 tengok rasa sangsi dengan bangsa dan ugama toke dan pekerja kat situ..apa2 pun semua nya terpulang lah masing2 buat pilihan untuk makan dimana...orang lain mungkin boleh dan suka..tapi ntah la saya memang tak suka makan diRestoren mamak,mungkin selera tak sesuai disitu..sekali dalam setahun mungkin la..itu pun kalau takde gerai atau restoren lain...

Leteh macamana pun kalau boleh masak sendiri kat rumah...kalau suami tak benarkan masak dan ajak makan diluar..tak berdaya la nak tolak..mungkin dia kesian tengok saya leteh dan terpaksa berpeluh didapo pulak...sedangkan yang nak makan berdua je...buat penat je..lepas tu nak basuh periuk pulak...bagus jugak ek..






Lepas makan capati ...balik kerumah dan rileks2 menonton perlawanan bola...

Friday, June 25, 2010

Ramai2 buat landskap..?

Ni dia cili api cantik yang dibuat pokok hiasan...
Pagi sabtu bersama suami keluar membayar bil2 dan terus keKamdar...beli kain..dan anta ke taylor..(tempah baju raya weh...)

lepas tu shopping2 jap kat GreenTown Suria...apa lagi beli tudung kat Ariani..2 helai je...beli baju pun 2 helai je...

balik dah tengahari dan makan je kat Foodcourt Megoplex..senang nya hidup tak payah masak kalau leteh..

terjumpa kawan masa sekolah dulu..dah 30 tahun tak jumpa..."awak maseh macam dulu...tak berubah..."ya ka?tanya saya ..takkan lah setelah 30 tahun tak berubah...(dalam hati bangga jugak...)ki..ki..ki...

Balik rumah tak masak pe2...beli nasi tomato ayam panggang untuk Ailia...dan berihat la sampai petang..cadang nak kekebun belakang rumah..nak semai cili api yang diambil beneh nya dari Cameron Highland kemarin...sebenar nya cili api tu untuk hiasan sebab buah dia yang cantik...Kalau digantung pasu cili api tu pun cantik sebab batang2 dia yang kecil dan lembut akan berjuntai kebawah dengan buah dia yang merah dan comel2...cantik tu...
Sebenar nya menanam pokok untuk hiasan depan rumah memang memerlukan masa...memerlukan kesabaran..tapi hasil nya cantik..kalau kat kawasan perumahan..tengok la kalau rumah takde tanam apa2 pokok bunga atau hiasan..tak berseri je nampaknya...berbanding dengan rumah yang ada tanaman hiasan...
Kat rumah kami ada la sikit2 pokok hiasan...sebenar nya balik keja dah leteh,ujung minggu pulak ada je hal lain..tapi daripada takde...jadi la untuk sejukkan mata memandang...nak buat landskap macam orang tu memang tak berdaya..Apa lagi untuk upah orang..sayang pulak duit yang ada sikit2 tu..takpe..tunggu je anak2 bercuti,boleh ramai2 buat landskap..

Kat rumah dah...

Malam ni berada dirumah semula setelah 2 malam berada diCameron Highland...
Alhamdulillah...kursus ni benar2 memberi banyak pengetahuan kepada saya...apa yang tak faham semakin faham...
Semuga semua yang berkursus tidak sia2kan pengetahuan dan pengelaman yang diperolehi...Terima kasih banyak2 kepada fasilitator yang begitu sabo mengajar kami....
Kepada Puan Nurul...jangan bosan ya mengajar kami yang maseh terkial2 ni nak siapkan projek...Teman dah bukak blog mike...hensem weh abang mike...he..he..puji ikhlas ni...padan bebeno dengan mike....ate idak ke nak tulis apa2 lagi kat blog tu... gambo kawen?
Bersembang kejap dengan anak yang call dari KP..ceria je suara mama dengar..ada apa2 ke?rahsia ek...sori,mama tak jadi pegi KP,Babah ada keja pulak..nanti ma pegi ya..rindu kat semua anak2 dan Adam....
Sebelum rileks2 baca Kosmo,sempat memasak puding cendol yang ditempah Datin Seriander...
Malam ni jugak meriah sungguh dengan perlawanan bola sepak Brazil lawan Portugal...Ailia awal2 lagi dah duk depan skrin beso kat Mc'D depan rumah kami..macam2 gaya la yang menonton...ada yang cat muka?...ha..ha..tapi duk depan TV je..gaya je macam berada diAfrika...

Selamat tinggal Cameron Highland..

Kemalangan masa turun dari Cameron Highland.... Kabus....
Kabus....


Sejuk....




Kat sini berkursus 3 hari...





Menjamu selera dengan steamboat....makan kenyang2 lepas tu mengantuk...he..he.












Seharian berkursus disambung kemalam...pukul 7 malam menjamu selera dengan steamboat...tau la bersama kawan2 ramai2 tu ralit makan sambil bersembang ..mengantuk jugak mendengar ceramah....tapi tahankan mata..banyak pengetahuan yang diajar ...banyak ilmu yang dapat dari fasilitator yang berpengelaman...

Pagi Jumaat hari terakhir berkursus...Tengahari dalam perjalanan balik singgah lagi membeli buahtangan untuk jiran dan kawan2 pejabat...sejuk sungguh masa leka membeli strawberi..angin bertiup bersama kabus ..sejuk...tak nampak apa2 masa berada dalam kabus....

hujan lebat mengiringi kami turun dari Cameron Highland...

Dalam perjalanan ada dua kemalangan yang kami temui....dan yang memandu dan menumpang Waja hitam yang terbalik 4 tayar keatas tu...semuga semua nya selamat...bukan tak hendak berhenti dan bagi pertolongan tapi jalan kat situ sangat merbahaya...selekoh menurun bukit tu memang dilarang berhenti ditambah hujan dan ini akan membahayakan semua orang...Lagi pun dah ada beberapa kenderaan yang berhenti....takut sesakkan jalan yang merbahaya tu..






Sampai rumah maseh hujan....

Thursday, June 24, 2010

Kursus lagi.....

Ala..ala..ala.la...orang serius siapkan tugasan...sempat pulak Shahrul ni berposing...



Ni dia semua peserta kursus


Eh...belum ready la....






Pemandangan dari bilik hotel






Sejuk..sejuk...berkursus dimalam hari



Dapat mesej dari student saya Syuk bertanya kabo...lama budak2 ni tak hubungi saya...bukak la blog mama ..boleh berbual pun kat situ..

Grup Syuk ni sedang menunggu keputusan final exam..semuga berjaya semua nya...





Wednesday, June 23, 2010

Ke Cameron Highlands...

Em..m...manis bersari.... Bunga2 cantik...





Baby carrot...comel2...





Ini periuk kera....boleh buat tanaman hiasan..


Pokok strawberi pun boleh dibeli..tanam kat rumah....


Kawan2 dari Hospital Batu Gajah yang sama2 berkursus...

Murah..murah..mari beli strawberi...




Sebelum sampai Cameron Highland singgah bergambar kat tepi jalan...




Sepanjang jalan Aziz berkaraoke menghiburkan kami....


Pagi kepejabat seperti biasa...pukul 8 Ina PA Timbalan Pengarah call suruh kebilik meeting..ingatkan ada apa rupa nya perjumpaan semua staf untuk program SEDIA MEMBANTU...8.40 Kawan dari Batu Gajah yang ingin menumpang kenderaan kami untuk keCameron Highland sampai ..sama2 berkursus..jam 9 pagi bertolak keCameron Highland..singgah di Simpang Pulai untuk sarapan dan dalam perjalanan dihiburkan olih Aziz yang berkaraoke sampai keBrincang..Kami pun tumpang berkaraoke sama...suami saya yang menghantar kami pun tumpang sekaki..he..he...

Sebab sampai awal, singgah kat gerai jual buahan dan sayuran kat Brincang...beli la strawberi dan lain2..lepas tu kami ronda2 dulu kat Tanah Rata...sebelum tu keHospital Sultanah Hajjah Kalsom..Singgah kat pejabat pos dan sempat poskan poskad ....untuk abe Na...






Sampai diHotel terus check in dan apa lagi baring2 dulu ...kursus akan bermula jam 8 malam..

Tuesday, June 22, 2010

Nyaman nya jus strawberi...

Strawberi ni dijual 3 peket 10 ringgit......1 peket diblender dapat 2 gelas..1 gelas 5 ringgit...eh..untung besar ni...kat ladang strawberi 1 gelas dijual 8 ringgit...
Selasa bertugas dengan badan yang rasa demam dan ditambah aircond yang sejuk giler...off aircond panas pulak...lama2 pakai jaket,pakai setokin...

Siapkan kerja sebanyak yang boleh...masukkan data dan kemaskini data terkini sebelum pergi berkursus esok...kursus lagi?...

Ya..esok akan berkursus diCameron highlands selama 3 hari...akan berada diHotel Rossa Pasadena hingga Jumaat...

Tengok jadual kursus pun tak ketat sangat ..ok..je..

Jadi malam ni...iron baju ..kemas barang2 yang akan dibawa..harap akan dapat mencatat jugak blog ni masa disana...

Cadang nak bawak blender kecik saya ..he..he...blend strawberi. dalam bilik hotel....yang besar dan segar...sedap nya.....nyaman nya....dipetik terus dari ladang...jangan jeles..

Kalau ada yang teringin..he..he..bisnes..segelas 5 ringgit...murah tu....kat ladang 8 ringgit...

Gambo terekslusif...

Pagi Isnin Adam sempat bermain dengan wan sebelum dihantar Aida kerumah penjaga Adam...tak sampai hati tengok dia menangis tak mau masuk dalam kereta..tapi nak buat macamana kan..Adam..nanti wan dan tokma datang lagi ya..
Sayu hati tengok dia menangis...

Aiza menghantar kami ke terminal bas Kajang...parking keta susah pulak...rupa nya ramai yang menghantar anak2 kePLKN..pusing beberapa kali baru dapat parking..Sarapan dulu kat restoren Selera Bonda ...restoren Shamsul rau rau punya...nasi lemak sedap tapi kena tunggu sudu ngan garpu pulak..eh..pekerja kat situ baru sampai dari India kut..mintak air lain,bawak air lain ..tak tau atau tak paham ..tulis la..2 jenis air pun tak boleh ingat..

Lama nya tak naik bas...seronok jugak naik bas ekspres ni..datang tumpang anak,balik naik bas..bagus idea ni...tak payah susah2 nak memandu...boleh tido lagi..rileks2..
Sampai Ipoh dah tengahari,Ailia datang ambik dan terus pegi makan tengahari di restoren Terimba..
Balik rumah dah boleh baring2..oh...rasa nak demam,leteh memasak dan berjalan semalam...
Malam ada permintaan untuk siarkan gambo terekslusif ..sape eh...?punya lah cari gambo ...dari tahun lalu sampai hari ni... ....jadi disiarkan la gambo terekslusif tu hanya beberapa minit..tapi membawa makna besar dan tersendiri....
Semuga niat suci dimakbulkan ALLAH..AMIN..yang buruk tu semua dari diri ini..tapi yang elok semua dari ALLAH....

Monday, June 21, 2010

Sedap nya donat...

Adam tak sabo menunggu mama ngan auntie Jaja memilih donat..
Cepat la mama...

Ha...a..ni dia donat dah sampai...yummy..yummy...

Ni..donat free...sedap...tapi kopi tu panas la..


Ramai pelancong berbaris menunggu giliran menaiki bot...


Adam bersama Wan...best gak naik bot ek...




Awal pagi dah mula memasak untuk Aiza diKajang..macam2 la yang dipesan...nanti adik dia Kanasingam akan hantar on da way balik keKP..
Tapi abah pulak tiba2 teringin nak keBangi..rindu sangat kat Adam...apa lagi macam lipas kudung la saya memasak..Alhamdulilah...Kana la yang membantu saya memotong itu ini..lobak masin..kacang panjang..tolong tengok kut maseh ada tulang ikan kat isi ikan yang nak dibuat laksa Pangkor...berpeluh2..last sekali dia la menumbuk sambal tomato untuk kakak dia yang dah menalipon berkali2 tak sabo dengar kami akan ke Bangi...

Lepas habis memasak keluarkan pulak tupperware dan bekas untuk diisi makanan dan..hampir jam 11 pagi bertolak ke Bangi...dan anak kesayangan kami pulak teringin nak makan bubur kacang..abah start moto terus ke Billion..beli kacang hijau...

Sampai diBangi dah 1 lebeh..apa lagi makan la...dan sementara tu..saya buat la bubur kacang hijau...


Lepas anak bertolak balik keKP, kami berihat sekejap dan kemudian membawa Adam ke The Mines... mula2 ke kedai buku PT Gramedia..banyak buku Indonesia dijual kat situ..Aiza beli la buku kat situ..dan kemudian kekedai mainan..ha..a..membeli mainan backhoe untuk Adam..guna remote control..mula2.takut lepas tu dah ok...jalan2 lagi kat situ dan singgah makan kat Big Apple sambil menikmati donat dan kopi panas sambil melihat bot2 dipenuhi pelancong berulang alik kat terusan disitu...
Balik rumah dah malam...Wan melayan Adam bermain backhoe samapi terlena...
Alhamdulillah anak yang balik keKP pun dah selamat sampai..

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari bapa..

Ni pulak nasi lemak ayam kampong.. Tauge rangup dimakan ngan nasi ayam...


Eh..dah jadi model pokok pulak...!!






Dua beradik yang jadi model limau Tambun Ipoh mali...








Petang sabtu keluar bersama anak2 ...mula2 pergi membeli limau Tambun yang di pesan kawan2 anak diNegeri 9...sekarang limau Tambun dah mahal ..jenuh la bertawar tapi maseh mahal...last2 beli la 4 biji dan budak 2 beradik tu sempat jugak posing jadi model limau Tambun..

Mencari jugak pokok hiasan yang ingin dibeli Aiza tapi intai2 kat nursery takde pun pokok cantik tu..ronda2 kat Ariani tengok tudung terbaharu tapi semua koleksi dah ada,cuma Ailia membeli sehelai..mintak mama belanja.....

Hampir senja sampai kat Restoren Serai..hajat hati bersama anak2 ingin meraikan hari Bapa yang akan disambut esok..masa parking kereta eh..ada pulak pokok2 hiasan yang kami cari ditanam kat tepi jalan disitu...cantik pokok tu...bertambah cantik dalam suasana remang2 senja...ceh..jadi model lagi...

sempat la Ailia dan abang nya bergambo disitu..

Makan dan meraikan suami sempena hari bapa..tapi yang ingin dimakan dah takde..sate itik dah tak dijual...jadi makan sate Kajang yang boleh tahan la sedap dan nasi ayam tauge..berkongsi makan dengan anak dan suami....sedap jugak dan akhir nya semua mintak nasi lemak ayam kampong...
oh...kenyang sangat...

Apa2 pun selamat hari bapa untuk suami dari mama dan anak2...semuga terus menjadi babah yang baik dan semuga sihat sejahtera selalu....