RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, June 7, 2010

Banyak nya jemputan...

Selasa,bertugas dalam pejabat..banyak yang perlu dihantar e-mail..maklumat dan lapuran,lepas tu mengemas laci2 pejabat....
Mesej Aida,maseh demam dan nasihatkan dia keklinik...bila jauh2 macam ni ,risau kalau anak2 demam dan tak sihat..
Seorang diri(semua kawan sepejabat ada tugas diluar- 2 orang bertugas diPenang) pegi makan dikafetaria polis...makan nasi walau pun awal lagi..tengahari boleh rihat je kat pejabat..panas kalau keluar....jadi tengahari..lelapkan mata sekejap..tapi memang tak boleh tido...off aircond panas..on pulak sejuk sangat....macamana tu..sape nak jawap?
Balik nanti nak siapkan bahan untuk masak kue yang ditempah kawan untuk majlis pertunangan anak dia sabtu ni...sebenarnya memang berhajat nak bagi je kue tu...
cuti ekolah ni ramai yang bertunang dan melangsungkan perkahwinan..masa balik kampung ahad lepas,sepanjang jalan ada yang buat kenduri kawen..bunga manggar kiri kanan jalan bermacam warna..berkilat2 kena sinaran matahari..tapi rasa nya majlis kenduri paling besar dan meriah ialah diseberang jalan depan stesyen Petronas Bagan Serai...banyak nya khemah dan banyak nya kereta tepi jalan...meriah sungguh...anak sape eh...
Apa2 pun yang dah melangsungkan perkahwinan semuga berbahagia....termasuk yang menjemput saya tapi ada yang tak dapat hadirkan diri..banyak sangat jemputan ..tak terpergi..selatan utara...timur barat...itu belum majlis bertunang..berkhatan..naik buaian dan lain2 lagi.
Bila ramai yang buat kenduri..yang jadi korban ialah ayam..he..he...semua lauk ayam...

No comments:

Post a Comment