RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, June 30, 2010

Happy Birthday..Ku Iman!

Hari ni 30 Jun hari lahir anak sedara saya Tengku Muhammad Iman Ismail.....HAPPY BIRTHDAY...!DAH BECO YA....dan nak ambik SPM tahun ni..semuga berjaya....nanti beli kek ek....mama kat Jeddah tu beli pe?...kongsi sikit...
Keja dalam pejabat je...ngadap komputer..petang hujan..oh..sejuk..sejuk sangat....
Balik petang goreng lauk pekasam makan nasi panas2...oh...esok kena buat kek...kalau rajin la untuk yang nak bertunang..he..he..jodoh dah sampai...tergelak dengar anak tu cakap macam tu...
Tak pe kita buat kek cantik2...tak pun order je...he..he..harap wkend ni semua anak2 yang disayang dan dirindu akan berkumpul ramai2 kat rumah diIpoh....buat pulut kuning jugak untuk yang nak sambut hari jadi Julai dan Ogos ni..ops..s..s..September?Ogos kan posa?..balik ek...

Tuesday, June 29, 2010

Sehari diManjung

Berbincang dulu sebelum mula bertugas .... Bertugas diManjung...penat tapi banyak dapat pengelaman baru..
Hiasan dalam Kafe Kilo Yankee....
Ada gambo2 lama jugak...jadi kenangan pemilik Kafe...

Kilo Yankee Kafe...keli masak cabai dia sedap...







Pagi ini bersama pegawai Kementerian dariPutrajaya,kami bertugas diIpoh dan Manjung...penat tapi tugas tetap dilaksanakan...berkenalan dengan Doktor yang begitu peramah dan berjiwa sentimental...aktif dan berkreativiti..(beliau bertugas dalam tentera sebelum ni )seronok tengok beliau berjaya membuka klinik yang maju dan berjaya..Pendek kata penduduk Manjung mengenali Doktor yang peramah dan berjaya ini...

kami kemudian dibelanja makan oleh Dr Yasmin diKafe Kilo Yankee kat Sutera Venice..
Kafe ni ada barang2 hiasan cantik dan ada gambar2 lama yang jadi kenangan jugak..eh..ada gambo Dr Yasmin masa kecil...masa sekolah rendah...

makan tengahari lauk keli masak cabai..sedap...

Semuga terus berjaya Dr Yasmin!...



singgah beli buahtangan dari Lumut dan balik kepejabat dah hampir 6 lebeh...balik kerumah masak nasi dan goreng ikan kurau masin yang dibeli kat Lumut...



Bersama Ailia kami makan berdua dengan penuh berselera..perut lapo sebeno nya..he..he..

Monday, June 28, 2010

Menyayangi orang lain?

Penat nya hari Isnin ni sebab semalam dilanda banjir kilat..walau pun air tak masuk dalam rumah tapi mengubah 3 buah kereta keluar dari garage memang penat jugak..iala..ditengah hujan lebat...macam rasa nak demam..
Tengahari keHospital Raja Permaisuri Bainun.....ada hal kat situ tapi pukul 2.30 petang baru balik..
Bersama Doktor Z keluar bertugas distesyen 18....sekejap je...balik kerumah dah leteh sangat..
Blend buah2 strawberi yang maseh banyak dalam peti sejuk...berbuka puasa ngan jus strawberi...lepas bukak puasa rehat kejap dan menonton tv ....esok akan bertugas diManjung bersama pegawai dari Putrajaya..
Demam...jangan la demam...jadi telan 2 bijik panadol...
Membaca majalah yang maseh banyak belum berkesempatan membaca...terbaca satu artikel yang ada pertanyaan bagaimana nak melupakan orang yang kita sayang?sebab orang tu dah tak sayang kita...terfikir jugak macamana ya..boleh ke kita lupakan orang kita sayang?..kalau saya jawapan pada pertanyaan itu ialah...untuk melupakan orang yang kita sayang ialah dengan menyayangi orang lain....
ada rencana untuk hilangkan stres jugak...ada cerpen dari penulis baru yang tak pernah dengar nama dia..baca jugak tulisan penulis terkenal A.Jalil Ali....kelako baca tulisan beliau...em.m..akhir nya..z..zz..z.z...zzz...zzzzzzzzzz

Sunday, June 27, 2010

Banjir kilat...

Jalan kat depan rumah kami...kalau masa kecik dulu best gak main air ni... Ni kat tepi rumah...baru segar pokok bunga dapat mandi puas2..he..he..


Petang ahad...hujan lebat turun diBandaraya Ipoh..sungai Pinji belakang rumah kami dah macam laut..dan kami juga dilanda banjir kilat...kemas lah apa yang patut takut air masuk rumah pulak...dalam pad atu sempat la rebus ubi keledek yang dibeli diCameron Highland...sedap ubi kecik2 sebesar jari tu...suami pulak bersama jiran sibuk menengok kalau2 ada longkang yang tersumbat dan melambatkan pergerakan air...dah macam pekerja MBI pulak...selalu kalau banjir kilat ni..dalam 30 minit akan ok..tapi ubah jugak kereta dan motosikal..takut jugak air naik tinggi..semua jiran2 pun mengubah kereta masing2 keluar dari garage masing2 keatas jalan depan rumah..
Alhamdulillah...setelah hampir 30 minit semua nya ok...

Saturday, June 26, 2010

Tayang pokok kat rumah....

Rojak cucur udang....
Aloe vera ni untuk kecemasan.. kena air panas ke..he..he...ambik isi daun aloevera ni dan masak ngan gula tebu...sedap nya... Satu pasu dua jenis tanaman..

Pokok bunga ni ditanam dalam bakul buah laici...


Kat tepi pagar belakang rumah...



Pokok bird's nest kesayangan kami..masa tanam dulu besar jari je daun dia...





Bunga ni kalau ditanam dalam pasu gantung memang cantk.....






Pokok sepit ketam kat tepi pagar.....







Petang ni suami mesin rumput kat halaman rumah kami..depan tepi dan belakang umah...dan saya menyiram la pokok2 bunga yang ada...kat sini ditempekkan pokok2 tanaman yang ada kat rumah kami...

mencangkul la kebun kami kat belakang umah..menanam anak2 keladi yang dicangkul dari rimbunan keladi yang dah lama ditanam..dah banyak anak2 keladi tu..lepas tu menyemai biji cili api...menanam pulak serai...hu..hu..hu..anak2 betik yang ditanam Kanasingam minggu lepas semua nya dah mati...

Dapat call dari Aiza...sedang makan dengan adik dia diKL..hello..!jangan lupa kita kat Ipoh ek...makan baik2....ada cerita bagus bagitau ya...


Berpeluh jugak menolong suami menyapu rumput2 yang dimesin...malam dah keluarkan ikan dari peti ais tapi suami tak bagi masak..teringin makan capati pulak kat gerai sebelah traficlight Simpang Pulai..makan jugak cucur udang dan rojak..sepinggan berkongsi berdua...ralit melihat kenderaan yang banyak kat situ...kerata yang keluar kat tol Simpang Pulai akan melalui jalan tu untuk terus keBandaraya Ipoh...Begitu jugak kenderaan yang naik dan turun dari Cameron Highland..


Kat gerai kami makan tu,popular dengan capati nya yang sedap..dijual oleh orang Melayu jadi pengunjung pun ramai orang melayu yang teringin nak makan capati buatan bangsa sendiri...seugama...


Sekarang ramai yang berhati2 walau makan dikedai mamak...entah la..kadang2 tengok rasa sangsi dengan bangsa dan ugama toke dan pekerja kat situ..apa2 pun semua nya terpulang lah masing2 buat pilihan untuk makan dimana...orang lain mungkin boleh dan suka..tapi ntah la saya memang tak suka makan diRestoren mamak,mungkin selera tak sesuai disitu..sekali dalam setahun mungkin la..itu pun kalau takde gerai atau restoren lain...

Leteh macamana pun kalau boleh masak sendiri kat rumah...kalau suami tak benarkan masak dan ajak makan diluar..tak berdaya la nak tolak..mungkin dia kesian tengok saya leteh dan terpaksa berpeluh didapo pulak...sedangkan yang nak makan berdua je...buat penat je..lepas tu nak basuh periuk pulak...bagus jugak ek..






Lepas makan capati ...balik kerumah dan rileks2 menonton perlawanan bola...

Friday, June 25, 2010

Ramai2 buat landskap..?

Ni dia cili api cantik yang dibuat pokok hiasan...
Pagi sabtu bersama suami keluar membayar bil2 dan terus keKamdar...beli kain..dan anta ke taylor..(tempah baju raya weh...)

lepas tu shopping2 jap kat GreenTown Suria...apa lagi beli tudung kat Ariani..2 helai je...beli baju pun 2 helai je...

balik dah tengahari dan makan je kat Foodcourt Megoplex..senang nya hidup tak payah masak kalau leteh..

terjumpa kawan masa sekolah dulu..dah 30 tahun tak jumpa..."awak maseh macam dulu...tak berubah..."ya ka?tanya saya ..takkan lah setelah 30 tahun tak berubah...(dalam hati bangga jugak...)ki..ki..ki...

Balik rumah tak masak pe2...beli nasi tomato ayam panggang untuk Ailia...dan berihat la sampai petang..cadang nak kekebun belakang rumah..nak semai cili api yang diambil beneh nya dari Cameron Highland kemarin...sebenar nya cili api tu untuk hiasan sebab buah dia yang cantik...Kalau digantung pasu cili api tu pun cantik sebab batang2 dia yang kecil dan lembut akan berjuntai kebawah dengan buah dia yang merah dan comel2...cantik tu...
Sebenar nya menanam pokok untuk hiasan depan rumah memang memerlukan masa...memerlukan kesabaran..tapi hasil nya cantik..kalau kat kawasan perumahan..tengok la kalau rumah takde tanam apa2 pokok bunga atau hiasan..tak berseri je nampaknya...berbanding dengan rumah yang ada tanaman hiasan...
Kat rumah kami ada la sikit2 pokok hiasan...sebenar nya balik keja dah leteh,ujung minggu pulak ada je hal lain..tapi daripada takde...jadi la untuk sejukkan mata memandang...nak buat landskap macam orang tu memang tak berdaya..Apa lagi untuk upah orang..sayang pulak duit yang ada sikit2 tu..takpe..tunggu je anak2 bercuti,boleh ramai2 buat landskap..

Kat rumah dah...

Malam ni berada dirumah semula setelah 2 malam berada diCameron Highland...
Alhamdulillah...kursus ni benar2 memberi banyak pengetahuan kepada saya...apa yang tak faham semakin faham...
Semuga semua yang berkursus tidak sia2kan pengetahuan dan pengelaman yang diperolehi...Terima kasih banyak2 kepada fasilitator yang begitu sabo mengajar kami....
Kepada Puan Nurul...jangan bosan ya mengajar kami yang maseh terkial2 ni nak siapkan projek...Teman dah bukak blog mike...hensem weh abang mike...he..he..puji ikhlas ni...padan bebeno dengan mike....ate idak ke nak tulis apa2 lagi kat blog tu... gambo kawen?
Bersembang kejap dengan anak yang call dari KP..ceria je suara mama dengar..ada apa2 ke?rahsia ek...sori,mama tak jadi pegi KP,Babah ada keja pulak..nanti ma pegi ya..rindu kat semua anak2 dan Adam....
Sebelum rileks2 baca Kosmo,sempat memasak puding cendol yang ditempah Datin Seriander...
Malam ni jugak meriah sungguh dengan perlawanan bola sepak Brazil lawan Portugal...Ailia awal2 lagi dah duk depan skrin beso kat Mc'D depan rumah kami..macam2 gaya la yang menonton...ada yang cat muka?...ha..ha..tapi duk depan TV je..gaya je macam berada diAfrika...