Kalau petang2 tak hujan...banyak aktiviti boleh dibuat selepas balik keja..samada berkebun dibelakang rumah...cabut2 rumput je sebenarnya..he..he..atau berbasikal dikejiranan kami...mula2 hari tu berbasikal hingga keairport yang tak la jauh dari rumah kami...berpeluh jugak tapi leteh nya hinggakan pukul 8 malam dah macam nak terlelap...snggah gak kat airport ambik pemplet FIREFLY yang buat penerbangan dari Ipoh ke Medan...oh.airport Sultan Azlan sedang dinaik taraf....
Kat pejabat bertugas macam biasa..sekarang ni tengah heboh la pasal skim baru untuk kami kakitangan kerajaan...ada yang nak pencen awal dan ada jugak yang nak keja sampai 60 tahun..larat ke..jangan bawak tongkat kepejabat udah la ya....
Hujung minggu ni takde rancangan kemana2..leteh keJohor pun belum habis...tapi apa yang pasti pagi2 sabtu kalau takde apa2 hal akan kekebun tengok durian durian mak sebenarnya...tak banyak pun......kalau ada rezeki ada lah..kalau orang lain dah kutip takde rezeki la nampak nya....itu sebab tak pernah terfikir nak beli kebun2 ni...bukan boleh tunggu pun kalau ada buah..nak makan beli je.....makan pun tak banyak mana...
Hari ni bawak bekalan kek kukus kepejabat....jap je licin tupperware...yang mintak resepi tu..buat ya...senang je...
RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Thursday, December 15, 2011
Monday, December 12, 2011
Bercuti 6 hari...
Bercuti 6 hari,banyak sekali aktiviti yang dibuat..pagi Khamis bersama Ailia ke Sungai Buluh..jumpa mak...lepas tu kerumah Aiza diPutrajaya...tengok Tentang Dhia..dan lepas tu kerumah Aidil pulak ..terubat rindu kat ADam ngan Zara..tido dirumah Aidil ramai2.....Jumaat membawa Adam menaiki komuter keMidvalley sebab nak tengok pameran buku...jadi parking kereta kat stesyen komuter UKM Bangi..nak tergelak tengok galagat Adam yang teruja tapi takut nak naik komuter..punya kuat peluk kaki Tokma ..tanya punya tanya rupa2 nya dia takut pintu komuter tutup sebelum sempat dia masuk..pandai betul..orang dewasa pun ada perasaan macam tu kan..seronok dapat pegi pameran buku..sayang nya tak dapat jumpa Dr.Mahathir yang datang belah petang...
Seronok sanagt tengok banyak novel dibooth Kreatif Enterprise...novel2 disini telah saya mula beli 10..15..tahun dulu...semua novel nya bermutu dan bukan novel picisan...sayang sekali takde novel baru yang dihasilkan pleh penulis yang sungguh diminati iaitu ABDUL TALIB HASSAN...Banyak novel tulisan beliau yang ada dalam simpanan saya...
dah puas tengok2 dan beli novel,kami pegi makan...cari ikan bakar Portugis yang Aiza kata sedap...tapi tak sedap sangant pada selera saya...bau belacan nya menyengat sampai terpaksa basuh tangan berkali2..Adam makan nasi ayam...oh..penat jugak melayan dia yang tak boleh duduk diam...lasak sungguh...
Malam pulak bersama Aiza kami menjejaki dimana ya pasar malam diPutra jaya??dengan bantuan seorang rakan Aiza kami akhir nya sampai jugak dipasar malam yang dikatakan besar dan meriah tu...terletak dipresint 2..depan pejabat perbendaharaan atau pun kementerian kewangan..mak datuk memang besar la pasar malam ni...apa yang best ialah bahagian jualan sayuran..banyak sekali sayur kampung yang dijual...lenguh gak kaki nak habiskan meronda pasar malam yang besar ni.beli jugak 3 helai tudung....Aiza pulak beli telekung dan penapis plastik...sempat makan kueteow jugak untuk mengisi perut yang kosong..ramai sungguh yang makan kueteow kat situ...pendek kata berpeluh jugak nak habiskan meronda seluruh pasar malam ni..baru tau pasar malam ni setiap hari Selasa dan Jumaat...lain kali boleh datang lagi kalau kerumah Aiza...
Pagi2 Sabtu Azhar dan Bibah datang ambik dirumah Aiza.....singgah diJejantas Air Keroh sebab Afiq nak makan KFC..mak ai..berbaris nak order je 40 minit..lama betul...ada pulak mamat tak sekolah yang potong barisan...rasa nak tumbuk kepala dia ya Bib??he..he..he..aku yang tak berbaris pulak naik angin..sampai diMuar dah 2 lebeh,..jem teruk kat Air Keroh..ialah...cuti sekolah dan hujung minggu pulak....DiMuar sempat la ronda2 diBukit Pasir,makan mee bandung ngan sate....santai2 diTanjung Mas...Petang balik kerumah Aiza dan balik keIpoh ngan ETS kul 6.30 dari Kajang...samapi diIpoh 9.30 malam..
Labels:
Macam2
Tuesday, December 6, 2011
Dhia...mati hidup balik..
Bertugas macam biasa lah sehari dua ni.......Boss kami yang dihormati,Dr. Zainab pun dah serah tugas pada 2nd boss kami Dr Faiz....beliau akan bercuti selama hampir 2 tahun untuk belajar lagi...Semuga berjaya dan kami doakan habis belajar nanti datang balik bertugas dengan kami disini...
tengahari Selasa dah pegi makan2 bersama diPAKEEZA....em..m...nama je gah restoren ni....tapi boleh bagi 3 bintang je....makanan tak berapa sedap macam dulu...suasana dalam restoren tu pun agak bising dan tak begitu tenang untuk menikmati makanan....pelayan ramai diimpot,jadi macam ayam ngan itik jugak bercakap nak order itu ini...tunggu pencuci mulut sampai pun ambik masa...ramai la antara kami yang berteka teki..kenapa lambat??Dr Farina kata baru pegi jolok buah kut...he..he...he..Tuan Haji Amin kata baru nak peram buah....dan ramai yang teka buah maseh kat pasar.......he..he..he..jadi la buat lawak nak isi waktu....
Balik rumah..masak ikan yang dibagi Mazila PT kami yang dah pun bertugas semula selepas bercuti bersalin 90 hari,rajin sungguh bersama suami mereka pegi menjala...nak isi waktu yang terluang..ingat tak dalam post yang lepas saya bagitau baby Mazila ni meninggal dunia 2 bulan yang lepas...
Ikan talapia digoreng garing lepas tu ditumis pulak cili api ditumbuk kasar dengan bawang merah,bawang besar dan bawang putih...buh air asam jawa sikit..perasakan dengan garam ,gula dan sedikit sos ikan..pergh...dua orang habis dua eko ikan yang besar tu...macam ni anak toke ikan pun bangkrap!!!
Lepas maghrib tengok TENTANG DHIA kat TV 3..elok2 je cerita ni berjalan lancar...tak la macam cerita SOFFIYA yang lembab tu...tiba2 malam ni cerita jadi tak masuk akal pulak....mula la malas nak tengok..sape suruh tengok??ada aku kesah??ada ke bomoh boleh bagi jantung Dhia berhenti hanya dengan gunakan rambut dan baju je??tau tak kalau jantung dah berhenti mengepam darah..oksijen pun tak sampai keotak dalam masa 2..3..minit je apa yang jadi???ini dah siap bawak balik dari hospital,dah ramai2 orang kampung baca Yassin..Keranda pun dah sampai,dah siap kapan lagi.berapa lama tu??eh..h..boleh hidup balik???memang la semua nya boleh berlaku dengan kehendak ALLAH..tapi drama ni ...hu..hu..hu..nangis la ...guling2 suruh pengarah tarik balik adegan tu...saje je nak bagi saspen...tapi ending cerita ni dah tau..kan ada tunjuk DHIA pegi peluk ZIKIR kat dalam bendang tu??ha..ha..ha..ada aku kesah??
Labels:
Macam2
Sunday, December 4, 2011
Takziah...
Salam takziah untuk Kak Fadhilah..Am dan Nini..dan keluarga..
yang pergi kita doakan..yang maseh ada kena lah teruskan hidup....
semua nya dah selamat....semuga roh Allahyarham dicucuti rahmat..amin..
Labels:
Jiran saya
Saturday, December 3, 2011
KIta hanya merancang..
Ceria nya pengantin baru ni...Azmi dan Adani..
Hari ni Sabtu banyak sekali aktiviti yang dirancang...pagi2 cadang nak kekebun mak..kutip durian dan kait rambutan..lepas tu nak ke Institut Latihan TUDM yang hanya lebeh kurang 500 meter dari rumah kami untuk tengok perbarisan tamat latihan kat situ..saje2 je nak pegi..lepas tu nak pegi makan kenduri ke3 buah rumah...
Tapi ..benar lah kata orang..manusia hanya mampu merancang..ALLAH yang tentukan...semua yang dirancang terpaksa dibatalkan sebab seorang jiran kami yang tinggal didepan rumah telah kembali keRahmatullah..Alfatehah..
Lebeh kurang 2 pagi kami dikejutkan dari tido dengan deringan telefon..dan bersama suami kami kerumah Allahyarham...dan sehingga pukul 6 pagi maseh disitu...dan siang nya sebagai jiran apa yang dapat dibantu ialah memasak untuk keluarga Allahyarham yang tentu lapar dan leteh balik dari tanah perkuburan...jadi bersama dua orang jiran.kami memasak dirumah saya.....banyak jugak la....itu saja yang dapat dibantu dalam masa mereka bersedeh dan terpaksa uruskan hal lain..
Tapi Aiza dan Ailia pegi jugak kerumah sedara dan kawan yang kenduri...wakil kami suami isteri..kepada Adani dan Azmi..Selamat pengantin baru...kepada Dr Aishah jugak...dan pengantin 3 beradik yang bersanding serentak hari ni diSerdang Permai..semuga bahagia dan gembira selalu
Labels:
Macam2
Hari kedua..
Perasmian penutup konferen disempurnakan oleh Dato' Pengarah...balik rumah singgah pasar malam kat Sungai Rokam...tapi takde pulak yang menjual ikan...beli sayo je..
Malam Aiza balik dari Kajang..eh..Kajang dilanda banjir besar ya.....teruk jugak ....sampai tenggelam kereta...tengok berita kat tv....
Aiza yang dalam ETS pun tahu Kajang banjir dari sms kawan2....A'en pun mesej kakak..takut terkandas dimana2..Alhamdulilah..kakak selamat sampai diIpoh pukul 9.30 malam...mama ngan babah yang pegi ambik di stesyen keretapi..balik singgah kat Restoren Serai depan rumah..kakak makan kueteow goreng..mama ngan babah rileks 2je bersantai sambil ralit melihat lalulintas yang sibuk kat depan McD disimpang jalan Lapangan Terbang dekat rumah kami..
Labels:
Macam2
Thursday, December 1, 2011
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Sampai awal boleh la pileh tempat parking yang strategik..he..he..dekat dengan dewan,dekat dengan mesjid...siap pusing kereta mengadap pintu pagar..senang nya nak balik nanti...
KSKB yang terletak dibelakang Hospital Bahagia Ulu Kinta ada lah antara kolej kesihatan yang terbesar yang moden..baru saja digunakan beberapa bulan yang lalu..kolej cantik ni lengkap dengan pelbagai kemudahan yang moden..buat masa ini menempatkan pelatih Jururawat dan Pelatih Penolong Pegawai Perubatan...nanti akan ada pelatih2 kesihatan yang lain jugak...
tapi dengar nay dah ada masalah jugak lah disini..maklum la..pelatih ramai..bercampur lelaki dan perempuan ..seribu kemungkinan boleh berlaku....untuk para pengajar disini ..kena la sabo banyak2 ya...untuk Shah dan Din...bersabo la dengan kerenah pelatih2 anda ya!!!he..he..he...bukan senang jadi pengajar ni ya....
Kalau buat pemeriksaan kat asrama tu macam2 boleh jumpa....beratus pelatih nak dikawal bukan senang..beratus perangai dan kerenah....
Labels:
Macam2
Subscribe to:
Posts (Atom)