RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, May 9, 2012

Ipoh....bila akan berubah??

Kalau la ada sedara mara yang datang berjalan kerumah diipoh,memang kadang2 tak tau nak bawak diaorang berjalan kemana...kalau macam Melaka tu memang la seronok..macam2 ada..tapi Ipoh??bila la Ipoh nak ada tempat2 menarik ya.... 
kalau ada sedara datang biasa la,kami akan bawak ke Gua Kek Lock Thong....jalan2 diTaman Botani...atau mandi2 diLost World of Tambun....dulu kalau ipo2 saya datang,dia orang suka beli pasu2 hiasan diJalan Kuala Kangsar...jadi kesitu la kami pegi...kalau jauh sikit kePangko la..atau jalan2 di Taiping dan sejak jalan ke Cameron Highlands dah dekat rumah kami...kesana la kami bawak diaorang......minggu lepas masa dalam perjalanan ketempat keja dan berenti di lampu Isyarat Jalan Sultan Iskandar..tiba2 saya ternampak ada bengunan kedai disitu yang telah dicat warna merah....oh..cantik .....dan dua tiga hari lepas tu ternampak kedai disebelah pulak megecat dengan warna lain yang cantik....eh...cantik nya...warna jingga..kuning...hijau...biru...ungu....tengok gambo2 ni..tapi sayang nya kereta berenti kat jalan di bahagian belakang kedai....daalm hati berdoa semuga esok2...kedai2 disebelah tu akan dicat baru jugak.....cat..cat..dan lepas ni tentu Ipoh akan berubah wajah..cantik bewarna warni...tentu ada daya penarik.....ha..a...Datuk Bandar Ipoh....cari la penaja dari syarikat cat..biar diaorang taja cat..dan warna warni kan Bandaraya Ipoh yang kelam dan tak bermaya ni....biar kalau orang datang Ipoh nampak ceria...ramai yang bergambo dikedai2 cantik bewarna warni ni.....angan2 je...harap2 jadi kenyataan..Datuk Bandar tak kata pe pun!!
Posted by Picasa

Bersemangat berkaraoke

Bunga2 berkembang....nyaman nya.... 
Orkid cantik bewarna biru..... 
Meh la minum teh ngan kami..... 
 
Ini pulak Doktor Khairul..Pengarah Hospital Selama berkaraoke..tengok tu anak2 pun nunggu kat sebelah.... 
Lagi gambo2 kenangan diCH...Ini la rupe nya mak2 budak berkaraoke....bersemangat !! 
Posted by Picasa

Tuesday, May 8, 2012

Mc sehari...

Balik dari CH..hidung dah rasa gatal2 dan suara pun dah lain...sah la nak dapat selsema....pegi CH kali ni memang sejuk...jadi sampai rumah cepat2 telan vit c dan sapu la vicks banyak2 kat hidung....Isnin keja  macam biasa...tapi selasa dah tak sihat...jumpa Doktor diKlinik Simee....Dapat UTI rupanya.....nak sakit memang kejap je...mc sehari...balik rumah rehat2 je....minum air banyak2...makan antibiotik..rasa lega sikit..petang kerumah mak,mak balik kampong sebab Ara balik dari Jeddah.. bercuti 2 minggu..beli beras kat Billion untuk mak..sembang2 ngan jiran mak....ajak mak tinggal ngan kami diIpoh..tapi macam biasa la.....ajakan tinggal ajakan..saya pun ntah la tua2 esok nak ke tinggal ngan anak2..mesti selesa dirumah sendiri kecuali la kalau dah tak larat terbaring,terpaksa la redha je kalau ada anak yang nak menjaga....semuga Allah memberi kesihatan yang baik.....amin...
Balik dari rumah mak dah malam....tengok tv jap,dah tido....

Sunday, May 6, 2012

Jom minum teh....

 
Kursus kali ni boleh bawak keluarga..jenuh la melayan budak2 nakal ni.... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jom santai2 minum teh kat ladang teh BOH CH......... 
Posted by Picasa

Jom KeCameron Highlands

Petang Jumaat berjanji ngan kawan2 pejabat untuk berkonvoi keCameron Highlands..oleh sebab kursus kali ni digalakkan bawak keluarga jadi meriah la kami beramai2 keCH...Alhamdulilah sebab hari Jumaat pelancong belum ramai,perjalanan takde halangan dan kenderaan tak banyak...cuma sepanjang perjalanan cuaca mendung ..sampai kat atas kabus dan awan bersatu jadikan jarak penglihatan terhad....sampai hotel checkin dan terus makan....malam ni cuma ada majlis suai kenal dan games untuk eratkan silatulrahim..dah berkumpul tak sangka rupa nya ramai dan besar nya keluarga bahagian perubatan JKN Perak...yang maseh muda2 tu bawak anak2 kecik dan baby....riuh rendah dan ceria..
Pagi Sabtu mula berkursus...santai je..sampai kul 1 dah habis..lepas makan kami  berpakat menyewa van untuk ronda2 CH....yang meronda dengan kereta sendiri pun ramai tapi saya,suami dan Ailia menyewa van dengan beberapa orang kawan...banyak pakej yang ditawarkan..ada yang melawat 6 tempat..bayaran 25 ringgit seorang..ada pejej 60 ringgit dan melawat sehari suntuk kemerata tempat termasuk perkampungan orang asli dan masuk hutan..macam2 pekej ada...gunakan pekej ni senang....kita naik je van dan tak payah perlu nak fikirkan parking yang sentiasa penuh.....tak perlu bersesak dengan pelancong lain..lagi pun tak perlu nak pusing dari satu tempat ke satu tempat lain..telefon je...van akan datang ambik kat depan hotel....cuma masa nak balik ,dah petang jalan menuju Tanah Rata sesak teruk..pelancong dah mula sampai dari bawah....pasar malam kat Brincang iaitu depan balai polis,buatkan jalan sesak...ramai yang suka2 hati je parking kereta ditepi jalan....yang sakit hati dalam sesak dan jem tu ada jugak malaun tak sekolah dan tak sabo memotong barisan  dari kanan dan kiri jalan.....tak de kesedaran sivik langsung..orang lain boleh beratur...dia pulak tak boleh..pentingkan diri sendiri!!sekali dah  tak tahan tengok diaorang yang laju memotong kat sebelah kanan sampai kereta dari depan terpaksa ketepi mengelak..kami ramai2 meboo..o...pemandu tu...pucat kejap!.. MPCH patut fikirkan untuk memindahkan pasar malam dan gerai2 kat tepi jalan tu ke tempat yang lebeh  sesuai....polis sorang pun tak nampak masa waktu sesak tu..sebab tu ramai yang berani memotong sesuka hati....bayangkan dari simpang ladang teh BOH di Sungai Palas nak kehotel Heritage diTanah Rata memakan masa hampir 2 jam!!kalau tak sesak dalam 15...20 minit je....nak kata serik tak la..tapi hati sakit dan terpikir...apa pehak MBCH...juga polis buat....perkara ni berlaku setiap kali hujung minggu dan cuti....pasar malam Brincang tu memang tak sesuai ditepi jalan tu....

Kabus sepanjang  jalan...


 heritage hotel CH

Jadi buat panduan sape2 yang nak keCH BERCUTI..KALAU NAK ELAKKAN SESAK..PANDAI2 LA CARI WAKTU UNTUK MELAWAT TEMPAT2 MENARIK DISANA..BAWAK ANAK KECIK LAGI HARU...YA LAH BERJAM2 SESAK DALAM KERETA.MEMANG MERIMASKAN...KALAU NAK PEGI HUJUNG MINGGU,PERGI LA HARI JUMAAT..DAH BOLEH BAWAK KELUARGA MELAWAT TEMPAT2 MENARIK..MASA NI TAK RAMAI LAGI PELANCONG...KALAU SAMPAI PETANG DISANA DAN SEBELUM CHECK IN HOTEL...SINGGAH LAH DULU KAT PASAR MALAM BRINCANG TU..ESOK DAH TAK PAYAH PEGI..DAH JIMAT WAKTU...PAGI2 SABTU...MULA LA MELAWAT TEMPAT YANG JAUH DARI BRINCANG DULU DAN MENYUSUR BALIK KEHOTEL HALA KETANAH RATA...SEELOK NYA SEWA LA HOTEL KAT BRINCANG ATAU SEPANJANG JALAN KETANAH RATA TU..HOTEL MEMANG BANYAK ..PILEH JE....PETANG MEMANG SESAK TAU ...BERSEDIA LA DENGAN AIR DAN MAKANAN DALAM KERETA....DAN KALAU TAK HENDAK SESAK WAKTU BALIK,KELUAR LA DARI HOTEL SEBELUM PUKUL 10 PAGI......MASA PEGI MELAWAT2 TU BELI LA SIAP2 APA YANG TERINGIN...JAGUNG KE...STRAWBERI KE...BUAH TANGAN LAIN KE....JADI KALAU DAPAT TURUN KEBAWAH SEBELUM PUKUL 11 PAGI TU MEMANG KIRA OK LA..LEPAS TU...BERSEDIA LA UNTUK BERGERAK PERLAHAN ATAU TAK BERGERAK LANGSUNG BERJAM2.....He..he..he..ini cerita dari pengelaman saya sendiri..,kalau cuti am lain macam cuti raya ke..raya cina ke.....bersedia la dari semua segi...mau berasap enjin kereta tau ....sesak dan jem giler kata budak2 la...

Thursday, May 3, 2012

Jom naik CH

Jumaat..bertugas macam biasa....petang ni akan keCameron Highlands berkursus 3 hari disana.....kursus kali ni kami semua boleh bawak keluarga..InsyaALLAH akan bawak suami dan Ailia...akan tinggal diHeritage...nanti akan tempek gambo2 pemandangan cantik ditanah tinggi yang indah pemandangan nya..... kali ni nak pegi ladang teh dan minum2 teh panas kat situ....selalu pegi singgah minum kat cafe teh BOH kat tepi jalan tu....heran ya,teh kat situ sedap je,balik rumah bancuh teh yang sama atk sedap pulak..mungkin sejuk kut buatkan semua nya sedap..kalau nak ikut,petang ni pukul 5 kita berkonvoi ramai2...tunggu kat trafic light Simpang Pulai ke CH tu ya....jom kita naik cameron Hihglands!!
Eh...Adam ngan Wan ya...pegi tengok pameran buku kat PWTC eh..Balik dari Singapura hari tu singgah diKuala Pilah....tukar balik kereta ngan anak kat sana...kalau kat Pilah ni tak sah la kalau tak beli daging salai..itik salai dan ikan keli salai...sedap sangat ya kalau dimakan panas2 dan dicicah sambal cili padi berkicap...tapi kat satu gerai tu takde sambal.....jadi beli daging,bawak bali rumah dan masak lemak cili padi..pergh...!!sedap sungguh ....esok panaskan lemak cili padi tu dan buat cuco ikan bilis pulak,..cicah pulak ngan kuah yang dah pekat tu...mak oi..i....sepinggan habis sekelip mata...