RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, June 30, 2009

Catatan dikem PLKN 30 Jun 09

Satu hasrat,satu semangat , satu tekad, tanggungjawap bersama
Posing depan klinik...

Wajah ceria anak2 Malaysia yang merdeka


Rileks2 depan klinik,bawah pokok kelapa sawit membelakangi tasik









Pagi Selasa, keadaan dikem macam biasa.Pagi ni Tuan Komandan kem merasmikan kursus siri ke 3 tahun 2009.Siri ni pelateh tak ramai,dua ratus orang lebeh je dan ada 3 kompeni.





Pagi sementara tunggu pekerja membersihkan klinik,kami duduk2 depan klinik ditepi tasik kecil yang cantik dikelilingi pokok2 kelapa sawit.










Pelateh yang datang untuk dapatkan rawatan tak begitu ramai...aduan pun yang ringan2 je...sakit perut,pening dan sakit kepala.





Petang dari pukul 5 hingga 8 esok pagi saya on call bersama seorang Pembantu Perubatan.Bermakna mesti berada diklinik atau dalam kawasan kem jika ada kes kecemasan.Harap2 semua wira dan wirawati akan berada dalam keadaan sihat.





Makanan yang disediakan untuk para pelateh ,Jurulateh dan kaki tangan memang memuaskan.sedap atau tidak itu mengikut citarasa masing2..kadang2 kawan kita kata tak sedap tapi kita makan sedap pulak....yang penting bersih ...










Jam 8 malam hujan turun dengan agak lebat,dalam hati berdoa supaya tidak blackout...tidak ada perkara yang tidak diingini..










Teringat anak dirumah,walau pun dah besar,tapi hati tetap teringat dan risau..harap semua nya ok.

Monday, June 29, 2009

Sunyi ditengah keriuhan


Pemandangan cantik didepan kem PLKN,Gopeng.Mendamaikan hati...



Pagi2 bertolak semula kekemPLKN,seawal 5 pagi terjaga dari tido dan menggoreng mihun untuk ditinggalkan dan memasak nasi serta menggoreng ayam.Penat tapi itu lah saya yang akan memasak dulu untuk anak2 kalau akan kemana2.


Sampai dikem jam 7.30 pagi,bersama rakan setugas bersarapan mihun didewan makan.Memulakan tugas dengan ramainya wira dan wirawati yang mengadu sakit hari ini.




Demam,batuk,selsema,sakit yang ringan2.....petang berehat dibilik sekejap dan balik semula keklinik.Bawa laptop keklinik dapat lah mencatat serba sedikit...terasa sepi,sunyi dan rindu...entah lah mungkin sebab perubahan usia membuatkan hati kadang2 tak tenang dan keliru...teringat pada semua yang dikasihi..suami,anak2..dalam sepi kadang2 air mata mengalir tanpa disedari..duduk ditepi kolam didepan klinik,angin bertiup kencang, daun2 buluh yang kering gugur kebumi...pemandangan cantik didepan klinik dan telatah para pelatih PLKN ini menceriakan sedikit hati yang sepi..


Adik menalipon dan mengusik saya ...babah demam rindu mama....sebenarnya suami saya memang dah selsema pagi tadi.Minggu ni asyik bertugas luar,kePerlis,Pulau Pinang,kena pulak cuaca panas sejuk,akhirnya dapat selsema.


Cuaca persekitaran panas,para pelatih PLKN yang beriadah dipadang nampak penat dan merah padam muka masing2 dek pancaran matahari.Tapi nama pun remaja..semua diaorang tak kisah,malah nampak enjoy dan seronok.sorak dan keriuhan menandakan kegembiraan mereka sebagai anak Malaysia yang merdeka.Gelak tawa dan gurau senda mereka menceriakan suasana tapi hati ini tetap sunyi...
Malam semua pelateh ada aktiviti di dewan,menyanyi lagu2 patriotik dan paling menyentuh hti bila mereka menyanyi ramai2 lagu Warisan Bangsa yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman.Sayu dan menaikkan semangat untuk lebeh mencintai bangsa dan negara.

Sunday, June 28, 2009

Catatan dikem PLKN

Time solat, semua kesurau...bawak bendera kumpulan lagi....
Petang sabtu bebas pakai pakaian biasa..macam nak pegi tengok konsert...

Membasuh tray selepas makan,kat rumah mungkin tak pernah buat


Diklinik ni saya bertugas dikem PLKN






Jumaat....mula bertugas dikem PLKN,pengelaman baru,kawan2 baru.Sampai seawal 7.30 pagi diiringi hujan renyai2 dari Ipoh.Selepas serah menyerah tugas oleh rakan setugas terdahulu dan berkenalan dengan staf diklinik termasuk petugas dari angkatan tentera,saya menghantar dua orang wirawati PLKN ke klinik Kampar untuk berjumpa Doktor.




Sepanjang jalan banyak gerai menjual durian,wangi bau durian menusuk hidung....balik semula kekem jam 12.30 tghari dan terus kedewan makan ...seronoktengok wira dan wirawati membasuh pinggan dan kemudian kena periksa pulak samada bersih atau tidak....memang ramai yang menentang masa program ni mula diperkenalka dulu,tapi memang banyak kebaikan dan faedah dari program ini yang dapat kita saksikan.




Sabtu dan Ahad saya kena on call ,bermakna tak boleh tinggalkan klinik kerana takut ada kes kecemasan...tapi semua yang datang kes biasa je,saperti demam,pening,batuk dan selsema.Terhibur tengok telatah wira dan wirawati PLKN ni,ya lah budak2...nakal2 dan kelakar...

Bertugas bersama Pembantu Perubatan yang on call jugak dan tak ada masaalah yang dihadapi.
Selepas on call cuti sehari dan dapat balik kerumah.macam biasa, pagi memasak untuk suami dan anak2..lepas tu cuba tido sebab mengantuk sangat tapi,tak boleh tido...mungkin dah dua malam tak berapa nak tido,mata pun jadi keliru...

Esok pagi2 akan bertolak ke kem semula,mungkin Jumaat baru dapat mencatat semula catatan rindu mama ni..

Thursday, June 25, 2009

Sambal membunuh mama

Petang ni macam tak cukup masa ...nak kemas barang2 untuk keKem PLKN, kebank, melawat ibu saya dikampung ,beli sikit barang makanan untuk ditinggalkan dalam peti ais dan macam2 lagi.
Alhamdulilah,bertolak pagi2 esok dihantar oleh kenderaan jabatan.Mungkin tak berkesempatan untuk mencatat catatan baru minggu ni.InsyaAllah, minggu depan akan ada catatan baru dan tentunya pengelaman dikem PLKN akan saya kongsikan bersama.

Masak tengahari pun simple2 je...Dua orang anak saya yang dirumah ni,ada sambal membunuh dah cukup...sambal membunuh?..mana tak membunuh kalau pedas macam nak mati,tapi sedaa...ppp.Kalau anak2 tak nak pedas sangat dia orang akan kata sambal pengsan je mama...atau hari ni jangan membunuh,cedera ja.....sambal ni tahan 2..3...hari..hari2 ada pun tak pe.Masak pun senang dan kejap je dah siap.Pendek kata semua anak2 saya suka malah kawan serumah kakak((anak kedua saya) pun selalu pesan kalau tau saya nak ke Kajang.Tak de nasi diaoarang makan ngan roti je.
Ni resepi sambal membunuh,cuba lah...

SAMBAL MEMBUNUH MAMA

Bahan ditumbuk kasar:

1 cawan ikan bilis dibersihkan-buang kepala dan isi perut dan dibelah2
1 cawan cili api kampong yang kecik2 tu...
2 bawang besar

Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk ni,kacau2 sampai garing sikit.Masukkan sikit serbuk kunyit,air asam jawa,garam dan gula.Kacau2 kejap dah boleh angkat dan makan.Serbuk kunyit untuk cantikkan sambal ni.kalau tak nak membunuh dan nak pengsan atau cedera je, kurangkan la cili api tu..Nanti ada gambar saya tempekkan ya...
Aduh...sedapnya makan ngan nasi panas2.....
Untuk Mija diKajang yang suka sangat sambal membunuh ni,bersabar lah dengan dugaan ALLAH ,InsayaAllah,ada rezeki akan ada lah cahaya mata nanti.....

Tuesday, June 23, 2009

Bibir mesra jiwa parah

Minggu ni bertugas dibilik rawatan unit pesakit luar,sesekali bertukar angin begini terasa seronok pula. Dah 6 tahun bertugas diPusat Pemulihan Psikososial,banyak benda yang dah lupa dan terpaksa refresh balik.

Selasa dan Khamis hari ambik darah pesakit .Ramai sekali sampai seratus orang lebeh.Kalau masa kat wad hospital dan bertugas malam ,bila tolak je troli nak ambik darah,ada pesakit yang nakal2 tu akan kata ha...a..drakula datang dah nak hisap darah...sabo je la....mulut mau manis...kadang2 kerja kat hospital atau klinik ni dan berhadapan dengan pelbagai ragam pesakit dan sedara mara diaorang ..mula la nak nyanyi lagu 60an...BIBIR MESRA JIWA PARAH nyanyian Zam Zam....ha...ha...ha...mana tak nya,bukan boleh cakap silap sikit,masuk surat khabar la jawap nya atau ugut nak komplen kat orang tu,orang ni,Jadi walau pun diaorang yang salah terpaksa juga cakap elok2,lembut2,walau pun hakikat nya...Tuhan je yang tahu.

Rasa tak sehat,malam2 batuk dan sakit tekak.Ambik antibiotik,tapi maseh susah nak menelan,tonsil merah dan bengkak,harap akan ok sebelum Jumaat ni,sebab Jumaat dah kena lapur diri untuk bertugas dikem PLKN.



Pesakit pun ramai yang demam,kanak2 sekolah pun..ramai yang kena ambik darah dan hantar kemakmal,beberapa kawasan di Ipoh dah ada kes demam denggi.

Oh...terasa kelam kabut jugak dengan H1N1,denggi lagi..masa melawat rumah pesakit maseh ada yang tahap kebersihan sangat mengecewakan.Macamana ya nak bagitau supaya jaga kebersihan, jangan buang sampah merata2, jangan biarkan tin kosong ditempat sampah dan air bertakung dimerata tempat.

Tengok sungai2 dipenuhi sampah dan bermacam benda,kotor sangat.Kenapa la buang sampah merata2 dan dalam sungai?.



Malam suami saya kestadium tengok perlawanan bola sepak antara Perak dengan Negeri Sembilan.Dulu saya dengan anak2 rajin jugak ikut,bukan seronok tengok pemain dipadang tapi seronok tengok gelagat penonton lebeh2 lagi penyokong fanatik pasukan Perak..macam2 ragam,yang wanita pun tak kurang jugak jerit pekik nya...ada suami tu duk diam je..tapi si isteri siap berdiri dan menjerit.....yang kelakar semua nya dalam loghat Perak yang pelbagai.

Negeri Perak dah ada 10 daerah sekarang,kalau penonton dari utara Perak iaitu daerah Krian,telo percakapan dia orang macam orang Kedah,daerah Kuala Kangsar lain pulak telo cakap nya,yang seronok dengar kalau dari Perak tengah iaitu daerah Parit...tapi saya tak suka dengar penyokong sesuatu pasukan menjerit2 perkataan yang tak sedap didengar.Memang la seronok kalau kita menjerit menyokong atau beri perangsang,tapi kalau maki hamun tu memang tak sedap nak dengar.Pernah sekali penonton baling air sampai kena penjaga garisan kat tepi padang tu pitam..tak patut betul kan?Sekarang saya dah tak rajin ikut kestadium lagi...

Sunday, June 21, 2009

Pizza mama

Dah masak.....em..m...sedapnya pizza mama
Meriah nya pizza mama......yummy...yummy.....belum bakar lagi ni...

Bahan untuk ditabur atas pizza dah siap dihiris-nenas,cili,isi ketam,hotdog dan cendawan butang.




Ahad 21 Jun 2009,hari mengundi untuk ahli2 koperasi kakitangan kerajaan Ipoh (KAKIP)Seawal jam 8 pagi jalan masuk ke Sek Anderson dah sesak dengan motorsikal dan kereta.Untuk memilih anggota jawatan kuasa audit dalaman dan anggota lembaga ,pertandingan memang macam mengundi pilihan raya jugak. Siap ada poster dan perayu undi dipintu masuk.

Masa ni kawan2 yang dah lama tak jumpa,boleh jumpa .Lepas memangkah kertas undi,dapat duit makan 40 ringgit...Pegi sarapan nasi lemak kat Old Town ,habis 20 ringgit....ha...ha...ha...masuk jadi ahli kopersi ni banyak faedah nya selain menyimpan duit,kalau kita ada apa2 hal dan sesak sangat orang kata boleh la meminjam dari koperasi.Yang kita pinjam tu duit kita juga ,kadar faedah pun rendah.Anak2 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga diberi derma pelajaran.



Petang ,keju mozarrella yang anak kedua (Kakak)saya beli maseh ada dalam peti ais.Ingin memasak pizza,tapi kena beli cili benggala (Cili cameron Highland yang besar tu) dulu baru pedas dan sedap.Resipi pizza yang simple ni pun jadi kegemaran anak2 dan students saya.Bahan2 nya pun tak banyak,kalau untuk sebiji pizza yang dibakar dalam tray 10 inci ,resipi nya macam dibawah ni.Kalau nak buat banyak,tambah kan aje sukatan bahan2 nya.

PIZZA MAMA

Bahan doh(base)

300 gm tepung high protein atau tepung gandum
1 biji telur kecil
50 gm marjerin
1 sudu kecil yis kering
1 sudu susu pekat
100-120 ml airsuam
sedikit garam

Cara:

Susu kacau dalam air suam, masukkan yis-tunggu sekejap sehingga yis naik atau berbuih.
Masukan tepung dan garam dalam besen,masukan telur yang dipukul sikit dan marjerin.
Gaul dengan hujung jari hingga jadi macam serbuk.
Masukan yis tadi sedikit sedikit dan diuli hingga rata dan tak melekat ditangan.Ketepikan.

Bahan untuk tabur diatasnya:

(Mengikut kegemaran masing2 ) saperti ;
Isi ayam-potong kecil masak sekejap dalam kuali dan campur serbuk lada hitam sikit.
Hotdog -dipotong2
Isi ketam-yang dijual memanjang diluar nya warna merah
Cendawan butang dalam tin dihiris
Nenas dipotong kecil



Cili Cameron Highlands dihiris .



Sedikit daun oregano kering.



Mozarella cheese-lagi banyak lagi sedaaaaap



Doh tepung tadi ditarik2 sehingga muat tray 10 inci tadi.



Dengan menggunakan belakang sudu sapu dan ratakan cili sos dan tomato sos


Taburlah bahan tabur tadi sehingga habis.



Akhir sekali tabur mozarella cheese.



Bakar lah dalam oven selama 30-40 minit, suhu 180 C
Masa makan boleh lah tambah sos cili diatas nya kalau suka pedas.

Friday, June 19, 2009

Gua KLT

Sesekali bawak pts dan students saya ketempat begini,boleh hilangkan stres,sebab pegi tak dirancang,jadi masuk gua pakai unifom,ha...ha...
Pintu untuk masuk kedalam gua KLT

Ni saya yg berposing dgn students saya digua KLT


Tengok students saya ,sempat berposing dalam gua KLT..siap pakai unifom lagi..



Kolam teratai, dikeliling nya ada joging trek

Sabtu,cuti ujung minggu.Selalu nya masa dihabiskan didapo memasak apa2 yang anak2 nak makan.Kalau tak buat apa2 awal pagi mendaki bukit kledang,lepas tu kepasar,balik kemas2 rumah dan memasak.Kalau rajin sebelah petang pegi jalan2 kat Kinta City,window shopping.Atau dengan anak2 jiran memancing ikan keli dikolam yang kami usahakan sesama jiran,em...mm..sedap nya makan ikan keli masak lemak cili api.Ya la,ikan yang dibela sendiri dan tahu apa yang kita bagi makan ...
Dibandaraya Ipoh selalu warga nya berjoging di Padang Polo,tapi ramai sangat dan tak selesa.Dekat rumah saya kira2 1 km je ada satu lagi tempat menarik untuk berjoging atau berkreaksi.Ramai yang tak tau tempat cantik ni..untuk sampai ketrek joging nya,kita kena masuk kedalam gua dgn mendaki tangga. Trek joging nya disebelah sana gua.Kawasan ni telah diwartakan sebagai salah satu tempat pelancongan diIpoh,tempat ni dijaga rapi dan bersih.Ada landskap yang cantik dan ada tasik bunga teratai (Teringat lagu nyanyian Fauziah Latif -Teratai layu ditasik madu)


Kalau ada sedara atau kawan2 datang kerumah saya mesti saya bawak diaorang kesini, budak2 memang suka sebab ada kolam dengan beratus kura2 didalam nya,juga dapat tengok gua dan bukit batu kapo yang hanya terdapat diIpoh,dan ada juga sikit2 diPerlis. Memang seronok berjoging disini kerana hawa nya yang dingin dan nyaman.Ada laluan refleksologi untuk yang ingin mencuba dan kita juga boleh bergambar didalam gua yang cantik dengan cahaya lampu limpah.Nama gua ni KEK LOOK THONG atau kami panggil Gua KLT je.
Dekat je ngan rumah saya,kena lintas jalan kat Gunung Rapat tu dan masuk ke Rapat Setia.Nak berkelah dengan keluarga pun boleh sebab ada pokok2 besar tepi tasik.Redup dan nyaman.










Thursday, June 18, 2009

Anak2 yang rajin

Ini anak saya yang selalu mengejutkan saya didapo...buat lawak la tu...


Selepas bercuti tiga hari,pagi ni ketempat kerja macam biasa.Sampai ditempat kerja dapat surat untuk bertugas di kem PLKN minggu depan..semua staf yang nama naik kena pegi ikut giliran.

Perasaan berbelah bagi,boleh ke saya bertugas disana,tahu diri ni bukan sihat sangat,takut budak2 tu yang kena rawat saya pulak..seronok nak pegi pun ada untuk dapatkan pengelaman.Bukan semua orang ada peluang untuk bertugas dalam Program Latihan Khidmat Negara tu...


Apa2 pun saya akan pegi dan bertugas sebaik mungkin.Suami dan anak2 tak ada masaalah untuk ditinggalkan, yang ada dirumah cuma anak bungsu saya adik dan abang nya Shafeeq.Abah diaorang ada pandai2 la nak makan minum...adik dah 21 tahun dan shafeeq 23 tahun.Dah pandai jaga diri masing2.InsyaAllah,balik dari sana nanti saya ceritakan pengelaman dan apa saja yang boleh kita berkongsi bersama.
Balik kerumah dah terfikir nak masak apa untuk berbuka puasa.Puasa untuk temankan adik yang menggantikan puasa tahun lepas.Ain teman baik adik datang rumah terus dari pejabat sebab keluarga dia keKuala Lumpur.Ain pun berpuasa.

Tengok dalam peti ais ada ayam..keluarkan ayam,kupas bawang,kupas kentang,keluarkan serbuk kari daging dan tomato.Tumbuk bawang,hancurkan tomato,10 minit dah msak kari ayam tanpa santan,dan lawan nya roti jala.Sekejap lepas bancuh dah boleh masak...em..m..makan roti jala dengan kari ayam, makan banyak pun tak pe,kari tu tak ada santan ..Tak ada kolestrol,abah ngan semua orang boleh makan banyak..kata saya berulang kali,sebenar nya nak umpan supaya suami saya dan budak2 tu makan habis dan saya senang nak basuh periuk...ha..ha..ha...




Walaupun dah hujan ujung minggu lepas tapi maseh rasa panas,lebeh2 lagi waktu malam.Kami selalu lepak2 depan tv diruang tamu, pasang dua kipas siling laju2.Kadang2 tertido sampai pagi.


Waktu suami saya membasuh kereta dan jiran sebelah rumah kami pun basuh kereta ,terdengar suami saya berkata...panas kan sekarang,tak boleh tido dalam bilik.Jiran saja diam dan senyum je...masuk dalam rumah saya kata kat suami ...abang perasan tak abang Dollah tu tadi diam je bila abang kata panas?Ya ke?tak perasan pun,kenapa dia diam je ek?......tanya suami saya.Sebab rumah dia kan ada aircond?sebab tu dia dia tak ngaku panas...ha...ha...ha....


Buat lawak la pulak...teringat kat nak saya diKelantan yang memang pandai buat lawak,kadang2 kalau saya tengah memasak didapo,senyap2 je dia datang.Selalu la saya terkejut dan mengurut dada,dia akan cepat2 bagi salam..Assalamualaikum! kuat2 pulak tu...nak marah pun tak jadi bila dia buat lawak macam tu.tapi anak2 lelaki saya (anak angkat) semua nya rajin menolong saya didapo.Kalau memasak ada saja yang ditolong,pendek kata saya tak penat kat dapo kalau diorang ada...selain tolong memasak ,anak2 ni rajin la juga tolong buang sampah,sapu dan cuci longkang,malah tolong angkat baju dari ampaian dan siap tolong lipat sekali.Bercucuk tanam pun rajin jugak,serai,cili api,kunyit,semua ditanam dalam pasu dan menjadi pulak tu.Bertuah lah sape yang jadi menantu saya..ha...ha...ha...

Tuesday, June 16, 2009

Muafakat bawa berkat

Comel nya dia....anak jiran saya enjoy sangat berposing depan kamera saya.
Cuti begini berkesempatan berbual dengan jiran yang memang lama tak bersua muka,maklum lah,jiran yang jadi guru awal lagi dah meninggalkan rumah,yang kerja waktu pejabat pulak akan hanya berada dirumah selepas 5 petang.

Kemas itu ini,masak untuk makan malam serba sikit dah masuk maghrib....yang hanya ada dirumah dikejiranan kami ni ialah jiran2 (YB)yang bersara.....he...he...


Saya sangat bertuah kerana jiran2 yang terdekat(satu jalan) semua nya baik2 dan saling memahami.Kalau ada kenduri kendara kami saling tolong menolong,selalu jugak kami adakan sambutan dan jamuan hari raya, terutama raya korban dimana sama2 kami mengorbankan lembu dan kemudian memasak beramai2.Memang susah nak cari jiran macam jiran2 saya ni.


Kalau buat apa2 majlis memang senang, jiran saya ada yang bekerja diBank jadi hal2 bank rujuk kat dia.Ada doktor dan jururawat jugak.....ni hal2 sakitpening boleh rujuk. Ada pegawai Tentera, ada Pensyarah Institiut Perguruan, ada kerja ngan Telekom..hal talipon cari lah jiran ni,ada cikgu sekolah....ha...boleh nak tanya pasal sekolah anak2. Ada ustaz,yang ni tak boleh lari sebab apa2 majlis dia akan diminta baca doa...yang best Setiausaha bolasepak Perak duk depan rumah saya,selalu la dapat tiket masuk stadium percuma kalau ada perlawanan bola sepak...terima kasih ya Am.....@Bobby.....muda,hensem dan masih bujang..

Malaysia yang terbaik

Bersama suami dilapangan terbang Soekarno -Hatta , Tangerang ,Jakarta
Teksi di Jakarta kebanyakan nya Toyota Vios




Posing bersama suami dan anak membelakangi kawah gunung berapi diTangkuban perahu,Bandung.





Anak sekecil ini sudah terpaksa mencari rezeki bersama ibu yang kurang upaya-dijalan raya Puncak Bandung.





Adik berposing kat kereta Savvy diPuncak, Bandung.





Hotel Alia dikawasan Cikini, Jakarta.






Anak bungsu saya gembira nama hotel tempat kami tinggal sama dgn nama dia...



Terjaga seawal 4 pagi kerana suami terpaksa bertolak awal ke Putrajaya dan sampai jam 8 pagi.Selalu kalau dah terjaga memang susah untuk tido balik,mata terkebil2 ,pusing kiri kanan sampai terdengar bang subuh dari surau berhampiran.


Menggoreng nasi semalam ,tapi adik sudah bertolak ketempat praktikal nya,selalu memang anak2 jarang bersarapan pagi,tapi saya memasak juga apa2 yang ada.Terasa leteh kerana terjaga awal,sewaktu anak saya shafeeq balik dari bertugas shif malam mata saya dah tak boleh bukak...

Tengahari memasak yang ringkas2 je,teringat anak saya Nain diKelantan,menghantar msj bertanya kabar.msj anak saya Hilmie juga, mengingatkan dia supaya makan dulu sebelum tido sebab dia akan cepat gastrik kalau perut kosong.Selalu nya kalau bertugas shif malam seharian dia akan tido..tak ingat makan lagi..

Tak da sesiapa dirumah,saya mengadap laptop,seronok membaca blogger dari Indonesia...entah kenapa rasa nya mereka begitu kreatif dalam banyak perkara..


Masa berada diJakarta dan Bandung bulan Disember lepas saya terbaca ayat2 ini tertulis ditepi sebuah taman TAMAN KU,TAMAN MU,TAMAN KITA SEMUA, MARILAH KITA PELIHARA.

Pada sebuah taman lain saya lihat ayat ini terpampang untuk mengingatkan warga Jakarta supaya menjaga kebersihan sekitar JANGAN KOTORI KAMI,CUKUP KALIAN SAJA YANG KOTOR...kreatif kan ayat yang mereka gunakan.Dengan penduduk Jakarta seramai penduduk Malaysia perkara pertama yang kita dapat lihat ialah kesesakan jalan raya yang teruk,tapi warga Jakarta nampak rileks je,mungkin dah biasa dan yang patut dipuji kalau jalan raya 3 lorong(Di Indonesia di panggil jalur),mereka tetap memandu dalam lorong masing2,tak ada yang mencelah masuk kekiri atau kanan...

Kalau bas atau kenderaan lain membuat pusingan ,mereka dengan tertib akan berhenti memberi jalan...papan tanda tepi lebuhraya yang agak lucu bunyi nya ialah HINDARI MELAMUN DISAAT MENGEMUDI...kalau di Malaysia mungkin ditulis BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT atau BERHATI2 DIJALAN RAYA. Sementara lorong lebuhraya paling kiri ditulis JALUR LAMBAT (kita panggil LORONG PERLAHAN) dan lorong kanan dipanggil JALUR UNTUK YANG INGIN MENDAHULUI (KITA PANGGIL LORONG MEMOTONG)

Dan mungkin kerana rakyat nya yang ramai ,hidup pun menjadi sukar.Anak kecil juga turut mencari rezeki untuk keluarga dengan berjualan apa saja. Tak kurang juga yang meminta simpati dari orang ramai.
Sepanjang jalan dipenuhi gerai dan kereta tolak berjualan makanan.Yang paling seronok waktu diJakarta ialah anak bungsu saya Ailia atau adik sebab dia ada hotel disana...ha...ha...kami tinggal diHotel Alia dikawasan Cikini.
Itu lah serba sedikit coretan dan pengelaman masa diJakarta dan Bandung,masih banyak sebenarnya cerita dan pengelaman yang ingin saya coretkan ,InsayaAllah dilain masa saya catitkan untuk renungan dan sama2 kita kongsi pengelaman, apa pun Malaysia tetap yang terbaik!








Monday, June 15, 2009

Sama2 renungkan

Ops....tinggi nya nak daki Bukit Kledang....
Mendaki Bukit Kledang,ni baru kat kaki Bukit....

Tengok adik...enjoy nya minum petang kat belakang rumah kami


Santai2 sambil minum petang,dua anak saya berbual sambil minum petang



Mengambil cuti 3 hari sehingga Rabu.Ingin rileks2 dirumah selepas hampir 6 bulan tidak bercuti panjang lagi pun sekarang students saya sedang cuti semester jadi dia orang tak ada datang untuk penempatan klinikal ditempat saya.

Hajat hati nak rileks2 tapi macam biasa jam 5 pagi dah terjaga,bangun terus kedapo,apa lagi kemas2 sikit dan memasak...kemas2 sikit kat dalam bilik,susun2 baju sikit.nak keluar,cuaca masih panas,cuma pagi Isnin bersama suami dan anak, Shafeeq kami mendaki Bukit Kledang.Dah lama tak mendaki,terasa penat,tapi kedinginan pagi meniup semangat untuk mendakiSempat merakam pemandangan cantik bandaraya Ipoh dari kejauhan.Walau pun Isnin hari berkerj tapi hati terasa kagum dengan pendaki setia bukit Kledang iaitu kaum cina....tak kira tua muda mereka menjaga kesihatan,membawa anak2 kecil mendaki juga .

Yang perempuan walau pun telah usia emas tapi masih gigih mendaki,terfikir jugak dimana ibu2 bangsa kita diwaktu ini?Rasa nya tentu lah sedang sibuk menguruskan cucu dirumah...memang ramai pasangan bangsa kita yang bekerja menghantar anak untuk dijaga oleh ibu sendiri.Malah ada yang bawa ibu tinggal dirumah mereka malah sanggup meninggalkan bapa masing2 dikampung....
Mengenangkan ini hati terasa sayu...walau pun ibu masing2 sanggup menjaga cucu masing2 tapi bagaimana dengan tanggung jawap terhadap suami dikampung?
Saya ada seorang kenalan yang membawa ibu tinggal bersama mereka dibandar untuk menjaga anak2,tapi satu sen pun tak bagi duit pada ibu,alasan nya ibu sendiri tak payah lah bayar.....sedeh,cuba fikir kalau hantar untuk orang lain jaga anak kita, kita bayar duit kan,ibu sendiri pun kena la bagi jugak. Ibu kita nak ambik ke tidak itu lain cerita.Yang kesian nya kadang2 kena jaga 3 4 orang cucu dari pagi kepetang...tentu lah masa untuk diri sendiri pun terabai...sama2 lah kita renungkan...

Balik dari mendaki bukit Kledang saya memasak simple2 je untuk makan tengahari,lepas tu rileks2 sampai jam 5 petang terus kedapo memasak cucur jagung kegemaran anak2,kebetulan anak saya Hilmie pun datang,saya menggoreng bihun kegemaran dia sekali.Begini lah saya,akan memasak makanan yang suami atau anak2 suka.Kalau ada 3 anak dirumah ,3 jenis lah yang saya masak mengikut kegemaran diaorang.Kadang2 memang penat, tapi saya jenis yang tak boleh dengar anak nak makan apa2,pasti saya masak ...

Anak saya Hilmie merungut kenapa tak ajak dia mendaki bukit,sebenar nya saya serba salah nak ajak dan kejutkan dia pagi2 sebab ahad dia bertugas shif petang,tentu leteh...Petang ni kami sekeluarga minum petang dibelakang rumah kami yang mengadap sungai Pinji dibawah redupan pokok kelapa dan belimbing.Angin bertiup kencang,bayangkan kita duduk tepi laut kata anak2...

Saturday, June 13, 2009

Permata hati


Ini Mohd. Wira Adam,permata hati kami sekeluarga








Sabtu...hari ni ada dua jemputan kenduri kawin.Mula2 ke Manjoi dan lepas tu keDewan St.John.Esok mungkin hari akhir orang buat kenduri sebab Isnin dah mula bersekolah selepas bercuti 2 minggu.Ramai sungguh yang melangsungkan perkawinan cuti sekolah ni.





Balik dari kenduri dah tengahari,sebenar nya hati terasa rindu sangat pada permata hati kami sekeluarga...ya,rindu sangat pada Mohd Wira Adam yang kami panggil Adam (Pak Long Shakri nya sorang saja yang panggil Wira).





Selepas memasak untuk anak saya yang bekerja pagi dan akan balik pukul 2 petang,saya dan suami bertolak ke KL,suasana persekitaran tak begitu selesa,panas dan jerebu nampak semakin teruk dari Ipoh keTapah.Selepas Tapah hujan turun dengan begitu lebat,udara mejadi sejuk,tapi kenderaan bergerak perlahan , hujan lebat jugak membuat jarak pandangan menjadi terhad.








Selepas Lembah Beringin hujan berhenti,terasa lega sangat tengok persekitaran cerah dan bersih.Udara rasa sehat dan jerebu seakan lenyap dibasoh air hujan.





Singgah dibandar baru Bangi sekejap,menalipon anak2 menantu dan bersama anak sulung saya,menantu dan anak kedua saya kami makan2 dulu diBangi Kopitiam.Gelagat Adam yang semakin membesar menceriakan lagi pertemuan dengan anak menantu yang tinggal disini.








Adam nampak ceria berjumpa Wan nya yang saban hari menalipon dari Ipoh,dia dirindui oleh auntie chu dan ayah 2 sedara nya yang lain, keletah manja dan aksi2 lucu nya menjadikan kami semua sangat merindui dia...terasa Ipoh -KL begitu dekat untuk kami berulang alik untuk melepaskna rindu.

Bermalam dirumah anak kedua saya kakak..dan pagi2 dah kerumah anak sulung saya semula untuk bermain2 dengan Adam.Kakak terpaksa kepejabat sebab ada hal yang tak terduga berlaku,sehingga pukul 5 petang kakak maseh di Balai Polis menguruskan dan membuat lapuran kejadian yang berlaku.Saya dan suami balik keIpoh dan hujan sepanjang jalan...kenderaan banyak yang menuju keselatan, esok sekolah akan dibuka.


Anak saya yang berada di Kelantan menghantar mesej menanyakan resipi sambal terung,rindu masakan mama la tu...mesej nya segera saya balas,dan tentu la sambal terung nya sedap sebab terung yang dimasak hasil tanaman sendiri.




Thursday, June 11, 2009

Ninja oh ninja

Panas beberapa minggu,sekarang dah jerebu pulak.kalau tgk matahari,memang nampak tak terang dan tak merah sangat,warna nya jingga yang kelam..jarak pandangan mata pun tak macam biasa..suhu panas,persekitaran macam tak selesa je..ini lah keadaan dibandaraya Ipoh.Balik keja dah rasa tak mau kemana2..muka jiran pun dah tak nampak,masing2 duk dalam rumah...harapharap cuaca panas berjerebu ni akan berakhir,selalu nya cuaca begini yang sakit tekak,batuk atau sakit mata akan ramai datang keklinik untuk dapatkan rawatan,yang ada asthma pulak digalakkan berehat dalam rumah je.

Selalu kalau cuaca panas,badan akan terasa leteh macam buat keja teruk pada hal kat tempat keja rileks je,anak yang balik dari Kelantan menghantar ketupat sebelum pegi keja,ketupat daun palas yang manis dan berintikan serunding daging.Ingatkan ketupat tu kosong je,jadi saya bagi lah pesakit saya makan,yang India pun makan ,lepas tu teringat orang India tak boleh makan daging,macamana tu? jangan pengsan atau jadi pe2 sudah lah,bukan saya sengaja pun.

Malam masa menaip catatan ni,teringat esok ada staf dari PKD Manjung akan melawat ketempat kerja saya.Powerpoint taklimat dah saya sediakan,tapi Dr pakar saya pulak ada tugas ditempat lain,jadi saya la yg akan kena bagi taklimat serba sedikit.Em....m...rileks je ...

Ni kucing saya Ninja tengah gesel2kan badan kat belakang saya, meow...meow mintak makan,malas nya nak pegi dapo.tapi kesian pulak,Ninja ni kucing anak kedua saya yang dibela sejak 9 tahun lalu,cerdik sangat.......kalau ada anak kedua saya yang kami panggil kakak,tentu la akan diajak nya Ninja ni bersembang.Kucing tu pulak macam faham je,siap jawap lagi...he...he..kadang kalau saya malas nak bagi makan ditunggu nya suami saya balik keja,nampak je muka suami saya mula dia mengadu..meow..meow...mesti mengadu saya tak bagi makan.

Masa kakak mula pegi belajar di London dulu,Ninja nampak tak ceria dan menanggung rindu.ditunggu nya kakak depan pintu bilik.Penat jugak la saya bagitau kakak tak ada..lepas beberapa hari Ninja macam faham dan tak tunggu depan pintu bilik lagi.
Mujur lah anak saya Shafeeq rajin melayan kucing kakak, dia rajin pegi kedai beli whiskas.Dulu Ninja pernah menggigit shafeeq ,berdarah jugak la jari dan kena pegi klinik cucuk ATT.Tapi masih tak serik lagi dia,selalu diusik2 nya Ninja dan diangkat2 nya kucing tu.mungkin tak sakit kut masa kena gigit dulu jadi dia tak serik.

Saya pulak ada cerita lucu dengan Ninja ni,masa tu baru lepas pilihan raya.Satu pagi saya nak pegi pasar,dengan tergesa2 nya saya masuk dalam kereta ,start injin dan reverse keluar pagar dan terus memandu hala kebandar,dah dekat bandar ada seorang penunggang motorsikal menghon saya berulang kali dan memintas kereta saya dan bagi isyarat tangan suruh saya ketepi dan berhenti .Masa nak berhenti tu saya tengok lelaki tu menunjuk2 keatas kereta saya,dalam hati saya tertanya2 eh...ada bendera BN keatas keta aku?atau bendera PAS?bila pulak ada pasang bendera ni?sebaik je aku melangkah keluar dari keta lelaki tu terus berkata...ape he kucing mike tu?dalam loghat Perak.Rupa nya Ninja duk ada atas bumbung kereta saya .Ya Allah,kalau jatuh memang padam...saya pun dengan susah payah nya memanjat tayar kereta(masa tu saya memandu van toyota ) dan mengambil ninja dan letakkan dalam kereta.Yang kelakar nya ninja rileks je,siap jilat2 bulu dia yang lawa tu ,macam tak ada pe2 berlaku,pada hal saya dah kecut perut teringat macamana dia duk atas bumbung kereta tu,sedang kan saya memandu boleh lah kena saman laju nya....

Tuesday, June 9, 2009

Kesihatan anugerah ALLAH tak ternilai



Tengahari waktu makan sempat melawat seorang kawan diHospital Pantai Puteri,kena serangan jantung.Waktu Lela isteri beliau mesej saya ,saya baru balik dr makan kenduri.Tak sempat nak pegi malam tu,ramai yang melawat termasuk kakitangan Perak FM,walau pun beliau dirawat dalam ICU tapi yang melawat dibenarkan masuk bergilir2 ....
Sewaktu berbual dengan seorang Doktor yang pernah bekerja dgn saya diMelaka dulu,beliau mengatakan kawan saya tu sebenarnya dah lama sakit,dah kronik,dan perkara sama diberitahu olih Lela kepada saya..Omar ni degil la kak,batuk da dekat nak sebulan,mengadu penat dan leteh dah lama,tapi suruh jumpa Dr langsung tak nak..alasan dia sikit je...dan dia memang pentingkan keja.Keadaan dia nampak teruk lepas balik dari pilihan raya diBukit Gantang hari tu..adu lela pada saya.


Tak pe la Lela, Dr cuba rawatdan bagi rawatan yang terbaik,sama2 lah kita doakan semuga cepat sembuh dan semua nya akan ok..pujuk saya.


Memang la kadang2 kalau sakit apa2,kita kata sikit je,nanti la dulu,tak payah jumpa Dr lagi dan macam2 alasan kerana banyak perkara yang kita pikir dan kena dulukan.Pada hal kalau dah sakit memang semua akan susah dan bimbang..dan kadang mungkin dah terlambat.
Perkara ni bukan nak kata orang lain,kakitangan kesihatan sendiri pun begitu..Nama je keja kat klinik dan hospital..tapi masih xsempat nak jumpa Dr. atau tak ada masa nak pegi periksa kalau sakit. Memang badan yang sihat anugerah tak ternilai dari Allah,ada duit berjuta pun tapi badan tak sihat memang tak boleh buat apa pun...


Apa2 pun doa dari saya sekeluarga semuga Che Omar cepat sembuh dan bertugas semula.Sunyi lah radio Perak FM kalau tak dengar celoteh OBA...Kepada Lela bersabar lah dan doakan semuga semua nya akan ok.


Monday, June 8, 2009

Daulat Tuanku

Pagi Isnin...orang kata Isnin hari paling takde mood nak keja,betul ke?Entah kenapa pagi ni rasa kenderaan di Jalan Sultan Azlan Shah banyak sangat.Sampai dilampu isyarat Kelab Golf Diraja Perak,kenderaan berbaris panjang..lama rasa nya lampu merah menyala...kereta saya betul2 berhenti didepan istana Raja Muda Perak,sempat mengintai kalau ada kenderaan Raja Muda keluar,atau kalau ada Baginda dan anakanda Baginda kat halaman istana ...angan2 sungguh saya ni,sebenar nya saya teringin sangat nak tengok anakanda Raja Muda Perak..tak pernah tengok live pun,cuma tgk dalam gambar je..comel sungguh putera YM Raja Muda tu,ya le,ayahanda dan bonda tampan dan jelita...tentu lah putera nya comel juga.

Masa YM Raja Muda melangsungkan perkahwinan dulu,saya dan seluruh rakyat Perak berbangga sungguh...Tepat sungguh pilihan Baginda..sama cantik dan sama padan,majlis perkahwinan pun ringkas dan penuh adat tak ada cacat cela.Memang sebagai seorang rakyat negeri Perak,saya berbangga dengan keluarga DYMM Sultan Azlan Shah yang tidak sombong dan merendah diri ,semuanya berpendidikan tinggi dan baik budi perkerti.
Raja Muda ,Raja Nazrin begitu sporting sewaktu merasmikan satu konvensyen dihotel Casuarina beberapa tahun lalu.Baginda sentiasa tersenyum sewaktu kami mengambil gambar Baginda untuk kenangan.

DYMM Sultan Azlan selalu saya jumpa morning walk dan berjoging bersama warga Ipoh diTmn Rekreasi Sultan Abd Aziz ( warga Ipoh panggil padang polo) diujung minggu,kalau diberi salam dan ditegur dengan cepat Baginda akan membalas salam sambil tersenyum dan mengangkat tangan.

Daulat Tuanku!Saya berbangga menjadi rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Selamat pengantin baru


Ahad pagi,masak sarapan je,lepas tu rileks2 baca kosmo ngan metro,,tengahari cadang nak makan kenduri.tak perlu masak untuk trngahari.semua yang ada kena ikut mama makan kenduri..ha...ha...anak2 yang tak suka ikut saya makan kenduri tak jawap pe2 pun..mungkin dalam hati berkata2 mama ni paksa orang pulak!Bukan mama paksa sayang, tapi mama nak anak2 mama bercampur dengan masyarakat keliling dan berkenalan dengan kawan2 mama.


Ni gambar sepasang pengantin baru yang sama cantik sama padan..kedua nya anggota polis Bukit Aman,pengantin perempuan dr Batu Kawan,yang lelaki Sabahan.
Kenduri...kenduri....sepanjang jalan ada saja bunga manggar dan nama pasangan pengantin dipacak ditepi jalan dan simpang.Ramai sungguh yang melangsungkan perkahwinan musim cuti sekolah ni...cikgu kawin ngan cikgu,polis ngan polis...pandai diaorang cari pasangan.sama cantik sama padan...semuga semua nya berkekalan keanak cucu...dan kehujung nyawa.Untuk Mazuardi dan pasangan diKulim selamat pengantin baru,jaga lah rumah tangga baik2.
Yang akan kawin Julai ni pun ada,kad jemputan dah dapat,InsyaAllah kalau tak ada halangan saya dan suami serta anak2 akan memenuhi undangan nanti..buat Risman dan Shida bersabar lah menanti hari bahagia..

Saturday, June 6, 2009

Balik kampung

Ini lorong kecil kerumah saya dikampung



Hampir jam 12 tghmlm terima berita seorang sedara sebelah aruah ayah saya meninggal dunia..masa pegi mkn kenduri kt Sungai Petani minggu lepas baru saja jumpa aruah dan sempat berbual.Pagi pagi sabtu bertolak keParit Buntar,sempat lah goreng mihun untuk anak saya Shafeeq yang akan masuk kerja shif ptg pukul 2,sementara anak bungsu saya adik sudah pun bertolak ketempat kerja jam 7 pagi.


Selalu nya kalau ada sedara meninggal,atau ada kenduri kawin dan hanya pada hari raya saja lah akan dapat berjumpa sedara mara yang jarang dapat berjumpa kerana kesibukan dan tinggal berjauhan.jadi pagi ni ramai lah sedara mara yang dapat saya jumpa.


Balik ke kampung mmg akan timbul nostalgia dan kenangan lama.Bayangan kenangan waktu kecil memenuhi minda..dua sungai yang merentangi kampung saya masih ujud ..walau pun pada pandangan mata saya sungai tu nampak bertambah sempit. Sawah padi masih menghijau,cantik saujana mata memandang..tapi jalan kecil kampung saya kini telah dilebarkan..


Dulu waktu kecil sampai saje dirumah dari sekolah tentulah perkara pertama yang dilakukan ialah mencari nasi didapur.Kemudian samada bersendirian atau bersama kakak2 saya tempat yang akan kami tuju ialah sungai yang kami panggil parit itu,disungai selalu nya dah sedia menunggu anak2 jiran atau sepupu2 saya lelaki dan perempuan.selalu nya kami mandi disungai tu(Kami panggil berkubang) berjam2 sampai lah ibu saya atau ibu ibu sedara saya datang memarahi kami dan meminta kami naik segera kalau tak mahu kena libas dengan seludang kelapa.Ditepi sungai tu seludang kelapa lah yang paling senang dicapai sebab ada banyak pokok kelapa ditanam disitu.


Kalau kami tak mandi disungai tu selalu nya kegiatan kami mengikut musim tanaman padi.kalau musim baru nak menanam padi dan air banyak dalam sawah kegiatan kami ialah menangguk ikan menggunakan tangguk yang dibuat dari buluh.masa saya kecil dulu,ikan banyak sangat dalam sawah dan sungai,tapi masa tu ikan tak berharga sangat,tak jual pun.Semua nya dimasak untuk makan atau kalau banyak dikeringkan atau dibuat pekasam..em.. sedap nya pekasam.mana nak cari sekarang ya pekasam yang sedap macam yang saya makan masa kecil dulu?Masih ingat lagi pekasam paling sedap yang saya makan ialah yang dibuat oleh seorang ibu sedara jauh saya,yang saya panggil Mak Lang ,beliau ialah ibu kepada Dato Zainal Abidin Osman bekas salah seoarang Timbalan Menteri dalam kabinet kita. Sedap nya pekasam yang dibungkus dalam daun pisang dan disimpan dalam tempayan kecil.Ikan2 pekasam tu disaluti dgn beras goreng yang ditumbuk halus yang berbau sungguh wangi..

Masa tu saya kecil lagi.tak teringat pun nak tengok dan belajar macamana nak buat pekasam tu.Sekarang pegi mana pun istimewa kalau ke Kedah atau Perlis,saya mesti beli pekasam,tapi rasa nya tak sama dan tak sesedap pekasam yang saya makan masa saya kecil dulu.


Kalau ke rumah nenek saya diSg Setar Kecil, saya selalu mengikut nenek kesawah padi yang terletak dibelakang rumah,tapi sebab disawah tu ada pacat,selalu nya masa saya dihabiskan diatas pokok jambu batu dipinggir sawah ditepi telaga,habis lah buah2 jambu tu jadi makanan saya sementara menunggu nenek membuat kerja disawah,putik jambu pun sedap dan habis...masa tu bukan ada banyak kudapan atau junkfood macam sekarang,.kalau dapat beli cendol yang dijual mamak setiap petang tu pun dah kira mewah sangat..

Balik dari kampung ada jemputan kenduri kawin lagi,tapi leteh sangat...sempat jenguk muka sekejap sebab hari pun dah petang.....

Friday, June 5, 2009

Kek coklat kukus mama

Students saya sedang menyediakan kek coklat kukus untuk dimakan sendiri..ha...ha,...ha...
Kek coklat kukus mama......


Ada kawan yang telepon mintak resipi kek coklat kukus yang paling simple..paling senang dan cepat...ni semua kes takada masa ...wanita berkerjaya lah katakan.kesian ,anak2 minta mak masakkan macam2 tapi mak tak ada masa,balik dah leteh dan kena masak untuk makan malam pulak.Resipi kek coklat yang saya bagi ni paling simple,Setengah jam dah boleh makan.Selamat mencuba ..Kebanyakkan students saya dari group 21 KPPUK pandai masak kek coklat ni,sebab bila datang ketempat saya diaorang akan request saya masakkan kek ni,kalau tak masak ada yang merajuk..dia orang panggil kek coklat mama..kadang2 kena buat 2 bancuhan,sebab tak cukup.Students saya semua lelaki,kebanyakkan nya berusia 21- 25 tahun(kecuali students yang ditaja oleh Angkatan Tentera Malaysia) tentu lah tengah berselera bagus semua nya.


RESIPI KEK COKLAT KUKUS MAMA



BAHAN:



2 biji telur

1 1/2 cawan gula pasir


2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 sudu makan baking powder

1 sudu makan soda bikarbonat


1 cawan minyak masak -apa2 brand pun boleh(Kalau ada minyak jagung lagi baik)

1 cawan susu pekat manis

1 cawan air panas mendidih



CARA:

Panaskan kukusan.

Pukul gula dengan telur hingga kembang.Blender pun boleh.

Ayak tepung,serbuk koko ,soda dan baking powder kedalam adunan telur dan gula tadi.Gaul rata.

Masukkan minyak,susu dan akhir sekali air panas.

Gaul rata.

Tuang adunan dalam cawan kertas dan letak dalam tray muffin .Kukus 15 minit.

Kalau tak gunakan cawan kertas tapi guna loyang atau tray ,kukus 45 minit.

Api kukusan mesti kuat.


Kek ini bahagian bawah nya akan lembab dan basah,sebab dikukus.kalau kita bakar ,tekstur nya akan agak kering,jadi lebeh sesuai dikukus.

Thursday, June 4, 2009

Sepi dan rindu

Satu pemandangan indah dipinggir Bandaraya Ipoh tempat tinggal kami
Balik dari kerja rasa leteh yang amat sangat,sebenarnya kerja tak la teruk mana tapi cuaca panas buat kan badan leteh.Sampai dirumah terasa sepi dan sunyi..teringat pada anak yang kembali kepangkuan keluarga tercinta diKelantan..ingatkan anak,airmata mengalir perlahan...walaupun anak bukan saya yang lahirkan tapi kasih sayang tak berbeza dengan anak sendiri.

Walau pun 3 orang anak kandung dan seorang menantu telah membahagiakan saya dan suami tapi kehadiran anak2 angkat saya telah menceriakan lagi rumah kami.Saya bersyukur kerana anak2 angkat saya semua nya anak2 yang baik dan rajin,menghormati saya dan suami saperti ibubapa sendiri.Ibubapa kandung mereka kami kenal dengan baik jadi tak ada masalah mereka berada dirumah saya bila2 pun .

Sunyi sangat...leteh dan rasa tak ada mood nak buat apa pun..pegi dapur lagi teringat kat anak yang rajin menolong saya memasak..buat apa la dia kat kelantan tu...Teringat jugak pada anak diKajang yang rajin sangat bekerja,dan yang jarang sangat dapat berjumpa..kalau sunyi begini memang terasa rindu sangat pada anak2.. Terasa sepi dan rindu...

Hampir pukul 6 petang keBatu Gajah dgn suami,pegi tengok rumah kami dan lepas tu masukkan gas tayar kereta..balik melalui jalan Taman Botani dipinggir BandarayaIpoh yg dalam pembangunan,suasana senja terasa nyaman dgn angin yang bertiup perlahan.Ramai yg melepak2 sambil tengok kapal terbang kecil yang terbang laju digerakkan oleh remote control..pokok2 kelapa sawit yang sengaja ditanam sepanjang jalan menambah indah lagi suasana senja yang semakin kelam.

Wednesday, June 3, 2009

Makan kenduri dan ABC

Jeti Batu kawan,yang nampak tu Pulau Aman...damai dan nyaman...

Anak bungsu saya (bertudung pink)di gerai ABC Pulau Aman..tengok ABC ni yang meriah dengan pelbagai warna



Hujung minggu ni bermula kenduri kawin,sekolah pun mula bercuti.2 jemputan kawin dari utara,diterima.Anak2 sepupu yang sesekali je dapat berjumpa dah melangkah kealam rumahtangga.Pagi ahad bertolak ke Sungai Petani..sampai awal ,tapi kenduri diutara selalu mula makan awal,nasi minyak dengan kurma daging..sedap, lepas tu ada air asam ,tp suami dgn anak2 tertanya2 nak makan air asam tu ngan apa?kalau keluarga saya air asam buat pencicah ikan bakar atau daging bakar..ya la tempat lain,lain la cara nya..lepas makan dan berjumpa sedara mara yang mmg lama tak jumpa,kami bertolak ke Batu Kawan,kenduri lagi.tapi sekarang kenduri kt utara bukan dijamu dgn nasi dan lauk2 je tapi dah ada mcm2 makanan sampingan lain.kalau dah kenyang mkn nasi kt rumah kenduri lain ,pegi rumah lagi satu mkn je makanan lain..kat rumah sepupu saya siap ada teh tarik dgn goreng pisang lagi.laksa pun ada..Anak kedua saya tak ikut,kalau tak mahu dimintak nya tapau laksa tu,pernah disedut nya kuah laksa dengan straw..kat tempat tinggal kami diIpoh ,laksa kedai mana yg sedap dan tak sedap semua dia tahu..dulu pernah ada dengar orang bercerita,penjual laksa campur kertas tisu dlm kuah laksa untuk memekatkan lagi kuah tu,anak kedua saya selamba je kata tu yang buat sedap tu...sabo je la..


Lepas tengok pengantin berarak, kami beredar dari rumah kenduri.bukan balik keIpoh,tapi kePulau Aman .Dari jeti Batu Kawan tambang pegi balik 6 ringgit seorang.Perjalanan merentas laut hanya ambik masa 7 minit saja...ptg tu ramai pelancong yang bersama kami membawa anak2 mencari siput.masing2 bawak baldi dan penyodok tanah.tapi ramai yang kePulau Aman untuk bersantai sambil menikmati mee udang yang terkenal sedap .Dulu masa dtg bersama kakak sulung saya ,kami dah makan mee udang tu,memang sedap,sebab udang yang digunakan udang lipan yang baru dibawa balik oleh nelayan ,segar dan manis.tapi petang ni kami tak makan ,sebab perut dah penuh dgn nasi minyak kenduri.Lepas jalan2 terasa dahaga ,berhenti dekat gerai ABC,anak2 order ABC dengan rojak buah..boleh tahan la ABC Pulau Aman,meriah dengan warna warni,yang best makcik gerai tu peramah sangat..mesra pelanggan...lain kali kami dtg makan ABC makcik lagi. ha...ha...Anak2 saya nampak leteh kerana seharian makan kenduri dan keliling pulau berjalan kaki.Tak apalah pujuk saya,lain kali kita datang bermalam disini boleh memancing dan berkayak.Anak2 lain pun boleh ikut sama,lagi ramai lagi seronok.