RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, June 2, 2010

Mee Hailam..mee kicap?

Em..m...Lai Chee Kang sejuk......sedap nya.... Macam duk dalam keretapi dulu2....ni kat Gerai Juita Simpang Sungai Rokam..Ipoh

Chicken chop..murah je..rm6 satu set


Yang ni nasi lemak yang diorder oleh Ailia...




Pagi bertugas diChemor dengan Dr.Faiz...balik kepejabat dah tengahari...kemas meja dan laci yang dah ditinggalkan seminggu sebab berkursus...keluar sorang2 kerestoren belakang pejabat..dah 1 lebeh..lauk2 dah tinggal sikit..jadi mintak nasi goreng je..tak sedap...tapi makan jugak la..balik singgah kat surau dan kemudian kebangunan Tabung Haji..ada hal keja kat situ..

Petang makan kek secret resepi dibelanja oleh Dr.Z kerana kenaikan pangkat..Tahniah...!

sedap kek karet tu...berkongsi kek masing2 dengan kawan2 sepejabat (unit kami 7 orang je)jadi dapat rasa pelbagai kek..keju,karet dan lain2...Hampir jam 6.30 ke Hospital RPB melawat kawan Ailia Akma yang demam dan dah pun dibuat pembedahan kat belakang nya..jumpa mak Akma yang lama takjumpa,sembang2 dan jumpa jugak kawan2 lama yang maseh bertugas disitu...
Malam singgah digerai nasi ayam Juita...walau pun dekat je dengan rumah kami tapi tak pernah makan kat situ..best jugak,kerusi meja dia spesial sikit macam duk dalam keretapi zaman dulu2...sambil tunggu makanan sampai ralit menikmati kesibukan lalu lintas kat traficlight simpang Sungai Rokam...Ailia makan nasi lemak daging hitam,abah pulak makan chicken chop lada hitam..dan saya mee Hailam yang lambat jugak sampai...jenuh tunggu....tapi mee tu macam bukan rasa mee hailam je..macam mee kicap pun ada...perut lapo makan je...nanti tempek gambo...tertinggal kamera pulak

No comments:

Post a Comment