RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, June 25, 2010

Ramai2 buat landskap..?

Ni dia cili api cantik yang dibuat pokok hiasan...
Pagi sabtu bersama suami keluar membayar bil2 dan terus keKamdar...beli kain..dan anta ke taylor..(tempah baju raya weh...)

lepas tu shopping2 jap kat GreenTown Suria...apa lagi beli tudung kat Ariani..2 helai je...beli baju pun 2 helai je...

balik dah tengahari dan makan je kat Foodcourt Megoplex..senang nya hidup tak payah masak kalau leteh..

terjumpa kawan masa sekolah dulu..dah 30 tahun tak jumpa..."awak maseh macam dulu...tak berubah..."ya ka?tanya saya ..takkan lah setelah 30 tahun tak berubah...(dalam hati bangga jugak...)ki..ki..ki...

Balik rumah tak masak pe2...beli nasi tomato ayam panggang untuk Ailia...dan berihat la sampai petang..cadang nak kekebun belakang rumah..nak semai cili api yang diambil beneh nya dari Cameron Highland kemarin...sebenar nya cili api tu untuk hiasan sebab buah dia yang cantik...Kalau digantung pasu cili api tu pun cantik sebab batang2 dia yang kecil dan lembut akan berjuntai kebawah dengan buah dia yang merah dan comel2...cantik tu...
Sebenar nya menanam pokok untuk hiasan depan rumah memang memerlukan masa...memerlukan kesabaran..tapi hasil nya cantik..kalau kat kawasan perumahan..tengok la kalau rumah takde tanam apa2 pokok bunga atau hiasan..tak berseri je nampaknya...berbanding dengan rumah yang ada tanaman hiasan...
Kat rumah kami ada la sikit2 pokok hiasan...sebenar nya balik keja dah leteh,ujung minggu pulak ada je hal lain..tapi daripada takde...jadi la untuk sejukkan mata memandang...nak buat landskap macam orang tu memang tak berdaya..Apa lagi untuk upah orang..sayang pulak duit yang ada sikit2 tu..takpe..tunggu je anak2 bercuti,boleh ramai2 buat landskap..

No comments:

Post a Comment