RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Saturday, January 22, 2011

Cuti Thaipusam diPutrajaya dan Bangi..

Tengok la aksi Adam dikolam renang bersama papa dan auntie Chu....wah..dah berani eh..


Isnin..bertugas di Tanjung Malim dan Bidor....Selasa..Rabu.....mengadap komputer kat pejabat ...membuat lapuran tugas.....dah selesai baru senang hati...
Petang Rabu habis keja terus ke KL...akan bercuti dirumah Aiza..4 hari...Dihantar Hafiz anak jiran keMedan Gopeng,perjalanan Ipoh kePutrajaya central mengambil masa 3 jam lebeh...terima kasih untuk pemandu bas Plusliner yang begitu berhemah dijalan raya...bawak bas tak laju...bukak radio pun sesedap telinga mendengar...bercakap ngan penumpang pun sopan...pemandu begini la yang paling layak menjadi pemandu bas ekspress...
sampai diPutrajaya dijemput oleh Ailia,Aidil dan Adam..dan ramai2 kami tido dirumah Aidil....pagi Khamis selepas masak dan makan dirumah Aiza,kami jalan2 diAlamanda...beli la sikit2 barang dapo..sebelum tu kePutrajaya central beli tiket bas untuk balik keIpoh..yang best bila mama memandu kereta main masuk je..last2 sesat sampai keCyberjaya..cari u-turn untuk patahbbalikke putrajaya tapi baru perasan kat Putrajaya takde u-turn la.... dan pagi Jumaat,menghantar Aiza keja ..lepas tu kerumah Ara di Sri Damansara...jumpa mak dan lepas tu jalan2 di Jalan TAR..dengan Ara yang tak jadi balik keJeddah,,,hujung bulan baru akan kesana..shopping la tudung dan saknika benda kat situ...beli kain jugak untuk dijahit tudung ..yang menjahit nya iala Ara...ha.a..sempat pegi belaja jahit tudung lagi masa cuti dan balik keMalaysia..harap2 akan berjaya dalam cita2 menjadi usahawan serbanika..boleh la bukak Arabella shoppe untuk tengok apa yang dia jual....
Pagi Sabtu bersama Aiza,keAmcorp Mall PJ...best sangat tengok macam2 barang lama dijual kat situ..penat berjalan ,kami makan di Restoren Selero Nogori...sedap gak ayam kampung goreng,tapi sambal tempotak pucuk kayu tak ori..tak sedap dan tak berselera..pucuk ubi kayu je dan diblender bukan dihiria halus macam orang Negeri 9 masak..eh..suami saya orang negeri 9 la..tahu la macamana yang ori...he..he...
petang Sabtu menghabiskan masa bersama Adam..dirumah Aiza bersama auntie Chu dan papa ..Adam seronok mandi kolam walau pun takut jugak mula2 tu..lepas tu dah seronok mandi sampai terketar bibir sebab sejuk...

No comments:

Post a Comment