RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, June 26, 2011

Kenangan di Tasek Temenggor...

Pemandangan pagi ditasek Temenggor Banding..
Sessi ice breaking...
Antara peserta kem kecergasan...
Minum petang dihidangkan pengat pisang...makan dengan biskut krimkraker...
Pemandangan tasek dari celah2 pokok didepan chalet kami..
Peserta wanita di asrama...
Dah selamat sampai dipulau....
Rakam kan gambo ni masa bot mula bergerak tinggalkan jeti....



Leteh sangat sempat tido sambil berjalan..he..he..he...





Petang Jumaat 24 Jun dengan kenderaan jabatan kami menuju ke Hulu Perak...singgah diPKD Hulu Perak diGerik...dah ada 11 buah kenderaan dari seluruh Perak yang membawa peserta kem kecergasan yang akan berlangsung di Pulau Pendidikan berhampiran empangan Temenggor dan Tasek Banding...
sempat solat Asar disitu sebelum kami semua berkonvoi ke jeti tasek..teruja sungguh kerana ini pertama kali akan menjadi uruseti kem kecergasan yang dibuat dipulau yang begitu jauh dari Ipoh....dijeti ada kem tentera yang kecil disitu...kami menaiki bot hampir dua puluh minit untuk sampai dipulau Pendidikan...bila empangan Temenggor dibuat pada tahun 1975,terbentuk lah tasek dan beberapa buah pulau...puncak2 bukit dan gunung menjadi pulau kerana bahagian tanah rendah nya menjadi tasek...dalam tasek banyak terdapat pokok2 balak dan kayu yang maseh tegak berdiri dalam tasek..cantik sangat....yang takut nya tasek ni dalam..air nya pun bewarna hijau..Pulau 2 yang berjumlah beberapa buah ini telah diagih2kan kepada beberapa kementerian dan jabatan...ada jabatan yang memajukan pulau ni..ada yang tinggal kosong begitu saja...termasuk la kementerian kami yang tak buat pe2..tak majukan ....tapi kementerian pelajaran atau kementerian pendidikan memajukan pulau mereka dengan membina chalet2 dan kem kecergasan...begitu juga dengan jabatan perhutan yang bina chalet untuk disewakan serta beberapa kementerian dan jabatan lain.....jadi kem kecergasan pulau pendidikan yang kami sewa ini adalah milik kementerian pendidikan...Samapi dipulau semua peserta ditempatkan diasrama yang agak selesa dan cantik....kami urusetia dichalet berhampiran..minum petang yang disediakan pun sedap iaitu pengat pisang dengan biskut krimkraker...sebelah malam aktiviti ice breaking dijalankan...semua peserta seramai 50 orang dari seluruh Perak...dan esok sabtu aktiviti berkumpulan serta aktiviti jungle trek akan dijalankan...yang best walau pun kat pulau...kami tak tengok tv macam kat rumah..di sini kami tengok rancangan tv diskrin besar di dewan maka,,,semua nya gunakan generator..best nya bilik pun ada aircond tapi tepat pukul 1 pagi generator dimatikan..jadi panas la dalam bilik....apa yang kami buat ialah buka tingkap dan nikmati kesejukan angin tasek.....



Pemandangan dijeti...

No comments:

Post a Comment