Jumaat 17 Jun mula bertugas semula setelah bercuti seminggu..leteh ..tapi banyak tugas yang perlu disiapkan...Isnin 20 Jun hingga Khamis 23 Jun ada konvensyen diPulau Pinang..konvensyen peringkat kebangsaan ini akan dianjurkan oleh unit kami bersama zon utara..iaitu Kedah..P.Pinang dan Perlis...banyak benda yang nak dibuat...celaru juga fikiran bila tengok ada nama saya dah pun dicalonkan untuk keTrengganu 3 hingga 6 Julai ini..berkursus..lepas tu 19 Julai ke Melaka..berkursus jugak...dan berita terkini lepas balik dari Pulau Pinang..24 Jun..jadi urusetia kursus kat Belum...harap2 semua yang diamanahkan dapat di buat dengan sempurna....Kat Lembah Belum memang teruja nak pegi tapi larat ke kalau ada aktiviti lasak?....harap2 urusetia dikecualikan...
Pagi Sabtu ni...mengukus apam ..hantar ke biras saya diHospital Ipoh yang sedang menunggu anak di wad ICU disitu...anak sedara kami yang kemalangan jalanraya maseh koma...dah jalani pembedahan..hanya doa untuk kesejahteraan nya...lepas tu hantar apam jugak untuk Pembantu tadbir kat unit saya yang dimasukkan kewad sebab asthma...kena tahn kat wad sebab beliau sedang mengandong..takut jejaskan kesihatan baby..semuga cepat sembuh ya Eila...
Lepas kat hospital hampir sejam kepasar tani kat sebelah stadium..beli ikan ..ayam dan sayuran...balik rumah masak mee soto..Ailia yang request nak makan mee soto mama...dah selesai semua nya...baru la boleh santai2...bukak laptop....
No comments:
Post a Comment