RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, October 18, 2011

Cepatnya masa berlalu...

Wan...Tokma...Jaja..T Chu..A'en..meh la mandi ngan Adam....


Jumaat,habis je 3 hari berkonvensyen,bertugas dalam pejabat je..tapi dapat tau Zara tak sihat..jadi petang JUmaat bersama suami dan Ailia kami keKL..Mula2 singgah diShah Alam jumpa Ida dan anak2 yang akan balik keSydney Jumaat ni.
tido diSA..Ingat nak jumpa Zara dan Adam dirumah abang Long diBukit Jelutung...tapi pagi2 Aida call kata Zara tak sihat dan ingin kehospital,jadi kami ke rumah Aidil..dan tengok Zara...Alhamdulillah nampak Zara agak tenang walau pun maseh batuk ...sebab Aidil bertugas diBintulu,kami kemudian kerumah Azhar diBandar Tasik Permaisuri..best nya nasi ayam yang dimasak oleh jiran Bib...makan sampai bertambah 2 kali...he..he..he..dan petang kami ramai2 kerumah Aiza pulak sebab budak2 nak mandi kat kolam renang..kesian.. mandi kejap dah hujan....lepas tu menjelang malam ramai2 ke Nilai pulak makan2 di AUNTY ANI'S..Aiza yang belanja..
Balik dari makan lepak sambil sembang2 dirumah Aiza...pagi Ahad,Nain pun datang dan main2 ngan anak2 sedara yang tengah nakal dan lasak..nampak Zara batuk agak teruk..jadi bawak dia keklinik jumpa Doktor..dapat rawatan disitu dan balik makan tengahari dirumah Aiza..petang hantar Adam dan Zara..dan lepas tu balik Ipoh..hujan lebat sampai basah baju...
Singgah diR&R kat Tapah dan makan nasi ayam halia...balik rumah apa lagi..basuh baju,kemas2 rumah sikit dan rihat sebab esok dah nak keja....
Minggu ni...bertugas dalam pejabat je..siapkan tugas yang perlu sebab Ahad 23 Oktober ni akan berada diSungai Petani selama 3 hari....berkursus disana...balik nanti selepas bercuti Deepavali...akan berkursus 3 hari diPulau Pangkor pulak..yang ni anjuran Jabatan kami....dan balik dari Pangkor petang 30 Oktober..pagi2 31 Oktober akan berangkat keAlor Setar pulak...berkursus dan ada tugas menanti disana selama 4 hari.....balik dari Alor Setar ..oh...dah nak raya Aidiladha..!!cepatnya masa berlalu...rasa maseh baru je buat korban tahun lepas...
Alhamdulilah.......raya Aidiladha tahun ni jatuh pada hari ahad..jadi dapat la cuti 3 hari....harap2 Adam,Zara mama dan papa balik raya dirumah Tokma ya....

No comments:

Post a Comment