RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, October 11, 2011

Jalan2 cari makan...

Habis konferen..konvensyen pulak....jadi penjaga masa..tak boleh bergerak kemana...jadi bergambo pun kat meja tempat bertugas je..
Salah satu pemandangan cantik di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta..

Konvensyen lagi...
Dah macam majlis kawen je...


Isnin....perhimpunan pagi...walau pun rasa demam tapi pegi jugak meramaikan perhimpunan bulanan jabatan kami..petang pulak keKolej Sains Kesihatan Bersekutu diUlu Kinta untuk raptai Konvensyen Inovasi dan QA yang akan belangsung 3 hari mulai esok..kami semua terlibat sebagai jawatan kuasa dan semua kena berada disitu selama 3 hari..balik kestesyen keretapi berjumpa 2 orang mak sedara yang datang keIpoh sebab ada hal dan balik dengan keretapi pukul 6 petang,..sempat la jumpa sekejap saja....
Selasa..Pagi2 lagi memandu sendirian keUlu Kinta....Dato' Pengarah resmikan Konvensyen Inovasi peringkat negeri Perak..meriah jugak lah....jumpa la ramai kawan2 lama...sampai awal pagi sempat la jalan2 dipersekitaran kolej yang besar dan cantik...bercadang nak jumpa beberapa orang kawan yang jadi pengajar disitu tapi takut mengganggu pulak....
Balik dah petang....keSungai Rokam dengan Ailia,makan mee kari kat gerai diJalan Tampoi..sedap la jugak tapi mee nya banyak sangat sampai tak habis dan ABC pulak manis sungguh!!
Memang la kami sekeluarga suka mencuba makan dimana2 yang orang kata sedap....saje je seronok2 jalan2 cari makan...

No comments:

Post a Comment