RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, August 9, 2012

Ambik ko...resipi nasi arab ni...

Ha..ha,,.ha...ada jugak yang teringin tiba2 nak makan nasi Arab bila tengok mama masak nasi tu 2 hari lepas..mengigau....tengok ayam panggang  berlemon tu...yang mintak resipi,ni resipi nasi Arab paling ringkas versi selera Melayu


Gunakan beras Basmathi ya.....sukatan beras ni senang...1 cawan beras mesti masak dengan 1 1/2 cawan air...Kalau guna susu ke..santan ke...air rebusan ayam atau daging ke....sukatan tetap sama....ok...lagi satu 1 cawan beras Basmathi ni boleh jadi nasi yang sedang2 elok dimakan oleh 2 orang dewasa....jadi kalau 4 orang nak makan..masak la 2 cawan beras Basmathi tu....tapi kalau yang nak makan tu gagah perkasa dan memang kuat makan..pandai2 la tambah sukatan beras tu ya....jangan tengah makan nasi tak cukup..mahu jadi incredible hulk pulak!!


                          NASI ARAB RINGKAS (UNTUK 4 ORANG)

BAHAN:
2   cawan beras Basmathi basuh bersih,toskan..air untuk nasi ni ialah 3 cawan air..
1   Labu bawang besar dimayang
3   ulas bawang putih dihiris
1   inci halia dihiris halus
1   batang kulit kayu manis
2   kuntum bunga lawang
4   biji buah pelaga
4   kuntum bunga cengkih

Minyak jagung atau minyak sapi atau minyak masak untuk menumis-3 sudu lebeh kurang


Panaskan minyak atau minyak sapi dalam periuk,tumis bawang besar,bawang putih dan halia serta kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih hingga naik bau.Masukkan air yang telah di sukat tadi ..bila mendidih tuang air  daklam rice cooker dan masukkan beras. Masukkan garam sedikit dan pewarna kuning (safron)atau pewarna lain yang disukai.Bila nasi masak kacau sikit untuk sekata kan warna nya.

AYAM PANGGANG

BAHAN:
Rempah ditumbuk kasar:
1 sudu rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu lada hitam
2 sudu rempah kari daging
Garam
pewarna kuning
1 biji lemon dihiris nipis
1 bawang besar dihiris bulat
aluminium foil untuk balut ayam.

1 ekor ayam yang sederhana besar-bersihkan,dikelar sedikit di kedua pehanya dan bahagian dada supaya rempah2 menyerap...perap bersama pewarna kuning,rempah yang ditumbuk,garam dan 2 sudu rempah kari lebeh kurang 30 minit atau lebeh.Bungkus ayam dengan aluminium foil bersama bawang dan lemon yang dihiris tadi dan panggang dalam oven lebeh kurang 1 jam dengan suhu 200' C.Dah masak boleh lah dipotong dan dimakan bersama nasi dan cili sos serta ulaman seperti timun,salad dan tomato...

CILI SOS

Cili merah atau cili hijau ikut selera-4-5 biji
tomato -1 biji dihiris2
air limau/lemon atau limau kasturi nipis -3 sudu
garam,gula -ikut rasa sendiri
sedikit daun ketumbar -jika suka

CARA:Blender semua bahan diatas.

 Ayam panggang sedang dipotong2...sabo ya...
 Nasi dah masak..meh makan...
Sumber resipi ni diambil dari Blogresipiaidah...cuma diubah suai mengikut selera sendiri

No comments:

Post a Comment