Hari yang redup..sunyi je kat pejabat,ada yang berkursus..ada yang pegi kes mahkamah..dan boss kami lapo diri diSelangor..lepas ni dapat boss baru pulak...harap2 semua nya ok....
Musim haji dah mula....penerbangan pertama dah berlepas....dan esok abang Moos dan Mazni jiran kami pulak akan berangkat....
Sebenar nya saya dan 2 orang kakak menyimpan banyak kenangan tentang musim haji ni....sebagai kanak2..rasa nya..apa yang berlaku masa berumo 7..8...tahun tentu maseh ingat...kalau lebeh muda dari tu memang tak ingat la.....
Mak memang orang memainkan peranan penting la dalam kehidupan kami,sebab mak bukan berbangsa melayu jadi dia agak kehadapan sikit dari wanita2 melayu dikampung kami pada masa tu....kalau wanita lain duduk dirumah memasak,menjaga anak dan hanya keluar kebendang,tapi mak selain dari menjaga anak2,memasak..dia jugak akan keluar membeli barang2 dikedai dipekan kecik diluar kampung kami..yang jarang dibuat oleh wanita lain masa tu...dan yang lebeh kehadapan...mak dengan berani membawak kami 3 beradik (masa tu saya belum ada dapat adik lagi )kepelabuhan Pulau Pinang pada masa musim haji ...yang ini saya tak ingat pegi naik apa...mesti la naik bas kan..jauh jugak la pada masa tu dizaman takde lebuhraya...
Bayangkan,dengan sesak nya orang ramai yang menghantar bakal jemaah menaiki kapal....kami diheret mak naik keatas kapal haji hanya semata2 untuk merasa dan tengok keaadaaan dan suasana dalam kapal yang besar tu...dan terima kasih mak.....kerana berani dan mengheret kami 3 beradik tu la...saya ada kenangan dan tahu macamana rupa nya keadaan dalam kapal tu....seingat saya,memang ada pengawal masa nak naik tangga kapal tu,tapi macamana kami boleh terlepas naik??dan selamat turun pulak...he..he..kalau la masa nak turun pintu dah tutup dan kapal dah mula belayo... rasa jugak la kami keMekah free....!!kelako bebeno kata orang Perak....ntah la samada 2 orang kakak saya maseh ingat peristiwa ni....
Apa yang maseh saya ingat dalam kapal tu ada surau yang beso....ada kedai kecik..dan lantai nya ditutupi karpet warna hijau......kami siap makan2 lagi bekalan yang dibawak dari rumah ditepi kapal tu sambil tengok air laut.....bekalan nya tentu la telo rebus dan kalau tak salah pulut jugak..
Itu kenangan naik kapal haji kalau tak kePulau Pinang, selalu nya orang balik dari haji iaitu jiran2 dari kampong kami,akan kami tunggu berjam2..selalu nya kat atas titi depan rumah ..ramai2....mata semua orang asyik tengok kat simpang hujung jalan..kalau ada kereta yang bawak diaorang balik ...kami masa tu yang kanak2 teruja tunggu sebab akan dapat la gelang Mekah yang warna merah dan hitam tu..melengkar dua tiga lengkaran kat tangan...dapat minum air zam zam yang rasa nikmat sungguh....seronok dan teruja..ialah barang2 dari Mekah..tapi sekarang barang2 dari Mekah kalau dibelek2 kebanyakan nya MADE IN CHINA..TAIWAN ATAU DARI MALAYSIA JUGAK...itu la antara kenangan masa musim haji masa kecik2 dulu....
No comments:
Post a Comment