Gambo dari Tourism Australia.....
Kehidupan berjalan macam biasa...sabtu dan ahad banyak sekali aktiviti...yang kawen paling ramai..anak2 jiran dua orang kawen hujung minggu ni...
Pagi ahad ada aktiviti my beutiful Malaysia dipadang Polo..sebab suami tak sihat dan badan pun dah rasa nak demam ...jadi duduk dirumah saja...masak2 sikit untuk Aiza dan Aidil sekeluarga yang balik tengok abah diaorang..
Alhamdulilah keadaan suami dah beransur sihat....dengan izin ALLAH...ubat yang diambik nampak nya sesuai.....
Dipejabat kerja macam biasa..hari ni bertugas diTeluk Intan..pegi sekejap je...petang ada mesyuarat pulak...masa balik hujan turun renyai2..
Malam selalu nya tak kemana...baca buku atau blogwalking...dan sekarang tengah sibuk cari sebanyak mungkin info tentang Sydney dan bandar2 berhampiran yang dekat dan cara untuk kesana..InsyaALLAH...April ni akan kesana...bulan April musim gugur...suhu pun agak sejuk 16 hingga 22 darjah Centigrade....
Visa pun dah dapat...cuma lesen memandu disana (surat dari JPJ dalam bahasa Inggeris ) belum ambik lagi..kalau sekejap memandu disana bayaran 10 ringgit je...Insya ALLAH dengan izin ALLAH akan sampai dan dapat la berjumpa dengan adik bongsu kami dan anak2 sedara disana....
No comments:
Post a Comment