RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, February 28, 2013

Tunjukkan peribadi mulia

Bila penyakit M datang menyerang..susah la jadi nya...ni sampai peringkat serius atau teruk hinggakan nak bukak laptop pun malas!!ya..dunia berpusing..yang muda menjadi tua..yang tua dah tak larat pulak nak macam2 muda2....
Tapi petang ni gagah jugak bukak laptop dan nak catatkan sesuatu yang dialami minggu lepas..sebenar nya sepanjang minggu ni banyak jugak perkara berlaku,salah satu pulang nya keRahmatullah ayah sedara Aida iaitu Allahyarham cikgu Zamri..Aida sekeluarga balik tengahari isnin walaupun petang ahad sebelum nya baru balik keKL...

Kak Long Raja Mazian sekeluarga pun balik dan bermalam dirumah kami..riuh rendah Adam dan Zara serta sepupu2 yang semua nya perempuan...lepas balik dari kubur semua nya berkumpul dirumah...Umie Aida sekeluarga..ustaz dan isteri serta sedara dari KK...
Masa kat kubur..hujan lebat mencurah jadi semua basah dan balik rumah dah lapo....Alhamdulillah..masak mihun dan lain2 habis semua nya....goreng kropok...dan masak apa yang ada...kesian semua nya kesejukan dan lapo...
Budak2 MCKK pun datang...anak2 murid Allahyarham cikgu Zam...semuga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka2 yang soleh....amin...
ok...ni nak catatkan satu cerita masa team kami bertugas di Pulau Pangkor minggu lepas...masa kami balik ,kami naik feri pukul 1.45ptg kejeti Marina Island,penumpang tak la penuh macam kalau dihujung minggu..
Ada la beberapa orang pelancong,penduduk Pulau dan penumpang lain termasuk team kami 6 orang..sementara tunggu feri bertolak ada la sekumpulan penumpang yang duk rancak bersembang ..bukan main kuat dan meriah lagi .....dari gaya..dan buah butir percakapan tahu la kami yang mereka ni guru2 yang mengajar dipulau pangkor dan baru habis mengajar....ada 7..8 orang perempuan dan 3..4 ..orang lelaki...mula nya kami tak kesah la sangat dia orang bersembang biasa la tapi sebab terlampau kuat..satu feri boleh dengo kami pun tumpang la dengo sekaki..mak ai...yang perempuan tu memang la maseh muda.....dalam hujung 20 an dan awal 30 an kut..tapi terkejut jugak bila depa ni duk mengumpat kawan2 dan anak murid...
Anak murid pakai bedak sejuk kesekolah...dah macam orang dalam pantang....ni cerita hal murid
Si..(sebut nama) pakai krim muka bertompok2..sini coklat..sana putih..sah mengumpat kawan
dan macam cerita lagi sambil mempromosi krim kecantikan dalam kotak yang dipas dari sorang kesorang .....dan lepas tu gelak pulak kuat2 ramai2...yang lelaki pulak segak berbaju batik pun menyampuk jugak dari cara bercakap..emmm... (orang Kelantan kut..)

Pemandangan dijeti Pulau Pangkor



Wahai cikgu cikgi yang berada dalam feri 1.45 ptg 21/2/2013....tau la anda semua tiap hari naik feri pegi dan balik mengajar..tapi lain kali jangan sembang kuat2 ya..malu la satu feri boleh dengo...tunjuk kan la peribadi mulia ....anda semua wanita terpilih untuk jadi guru keada anak2 bangsa.....

2 comments:

  1. As Salam,

    salam ukhuwah dan salam kenal dari BUNDA...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal jugak Bunda.....terima kasih sudi singgah...blog yang tak seberapa

    ReplyDelete