RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, February 27, 2011

Sehari dua acara

Nyanyi lagu lama2 ramai2..yang paling gedik tu mama la....
Ini la orang yang kami raikan kerana kenaikan pangkat dan bertukar ke Putrajaya...Tahniah Matron Athnah!!!!
Kek cantik berbunga mawar jingga....dah potong makan ramai2..tapi ada satu kek yang besar lagi....
Dr. Nordin nampak leteh menyambut tetamu..tapi mesti gembira menerima menantu sulung.....
Antara lauk kenduri dirumah Dr Nordin...ikan masin,sambal tempoyak dan pecal....



Pagi Sabtu mengemas rumah dan macam biasa la memasak cucur bawang kegemaran suami....
Tenghari kemajlis perkahwinan Dr Mohd.Muhanna iaitu akan bekas bos saya Dr. Nordin....meriah dengan lagu2 rakyat dari kumpulan naynyian yang dibawa khas dari Bagan Datoh...lauk pauk pun klasik ngan sambal goreng orang2 Jawa ..ada suun,fucuk dan tempe..juga ada gulai daging ngan rebung dari Perlis....Dr Nordin adalah Pengarah Hospital Tengku Fauziah Kangar jadi ramai lah orang Perlis yang datang termasuk YTM Raja Perempuan Perlis....
Balik rumah rehat jap dan kemudian kemajlis perpisahan Ketua Penyelia Jururawat negeri Perak diExselsior ...pendek kata sehari ni pegi dua acara.....meriah sungguh ngan lagu2 perpisahan...jumpa ramai kawan2 lama kat situ...yang dah naik pangkat semua nya...yala..masing2 dah senior....lagu2 yang dinyanyikan pun lagu2 lama....

No comments:

Post a Comment