RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, August 27, 2012

Sepanjang raya...

Sebenar nya masa nak sambut raya dan lepas raya hari tu banyak la yang terlupa nak dicatatkan disini...apa yang ditulis sebeno nya hanya untuk kenangan dan rujukan..ada kala nya terlupa pulak sekian2 haribulan buat apa...sekurang2 nya bila bukak balik blog ni boleh la tahu kemana dan buat apa...
Selepas membako lemang dan memasak rendang dirumah mak ....ditolong oleh anak menantu dan cucu....kami berbuka puasa beramai2....saya masak nasi arab dan memanggang 3 eko ayam yang gemok2 dan montok2....licin ....Alhamdulillah...dan lepas tu kami dapat call dari Ara yang baru sampai diKLIA dari Dhakka yang akan balik kerumah mak dengan ETS....Jadi kami beramai2 pun berkonvoi la kestesyen keretapi Batu Gajah...riuh rendah dan kecoh la dengan anak2 sedara yang kecik2 tu berlari sana sini macam la stesyen tu Tokwan depa yang punya!!
Nak jadikan cerita...kelako ni..masa ETS sampai kebetulan koc yang Ara duduk berenti betul2 depan kami yang menunggu distesyen tu....apa lagi..berkelip2 la kamera mengambil gambo Ara yang mengheret beg beso...penumpang  dan pekerja ETS pun tercengang2 tengok kami menyambut Ara....macam artis la pulak! he..he...kecoh betul la...memang la teruja sambut Ara  yang dulu tinggal kat Jeddah dan sekarang diDhakka pulak..nasib heret beg je..tak bawak Mat Bangla balik sorang...
Sampai kat rumah mak..acara mengeluarkan barang2 dari beg pulak..amek ko..tak sangka benda tu murah sangat diBangla Desh!!!berpuluh2 helai la dibeli Ara ..dan kami pun memilih la mana yang berkenan!!kah..kah..macam2 warna ..cantik2 jugak...terima kasih ya Ara....
Pagi2 raya  macam biasa saya akan masak rendang negeri 9..ayam kampong...dan lepas sembahyang,sarapan pagi..goreng mihun gitu disamping lemang dan rendang..lepas bermaafan kami sekeluarga kerumah mak...sarapan lagi sekali dirumah mak lontong yang dimasak oleh kakak yang tinggal diJohor dan nasi lemak dimasak oleh adik ipo saya Bibah....lepas tu ramai2 kami menziarahi kubo aruah abah...Raya kedua ...tetamu ada beberapa keluarga yang datang kerumah kami..
Makan tengahari ialah keluarga Kak Long Raja Mazian..Keluarga Umie Aida...petang pulak Kakak sulung saya yang datang dari Shah Alam bersama anak menantu dan cucu...lepas tu keluarga besan saya pulak dari Taiping....dan ada lagi...sepupu saya suami isteri pun datang beraya dan menghantar kad jemputan kawen!
Raya ketiga jiran2 pulak datang beraya..bersama anak2 menantu dan cucu....dan raya ketiga jugak anak bujang kami  balik dari Kuala Pilah..malam bawak Adam makan sotong kangkung dan ronda2 diGerbang Malam....Raya keempat masak2 untuk bekalan anak2 yang akan balik .....dah habis cuti raya...Lupa pulak...Salam takziah untuk adik ipo saya Bibah dan keluarga di Muar Johor...ayahanda tersayang telah meninggal dunia seminggu lepas raya ..AL-FATEHAH...

No comments:

Post a Comment