RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, October 17, 2012

Jalan kemana?

Kat pejabat sehari dua ni agak sibuk dengan pelbagai tugas tak diduga...ada aduan yang perlu disiasat dan dibuat lapuran....
Pembantu Tadbir kami Mazila pulak kena bertukar keluar dan diganti ngan yang baru..dipejabat ,setiap unit ada seorang PT ni untuk membantu tugas kami dalam urusan penyimpanan fail ,surat menyurat dan lain2 yang perlu...semuga Eila akan bertambah majujaya dalam menjalankan tugas ditempat baru nanti...

Petang selasa Suhaida yang habis periksa semester datang bermalam dirumah,esok akan balik keGurun dengan kawan..memang seronok la kalau ada orang datang rumah..tak sunyi sangat...

Anak bujang kami diKuala Pialh pulak mesej nak kusyen macam yang dijahit untuk Zara....tak pe jahit kusyen tu kejap je..10 minit dah siap satu sarung kusyen..esok kena pegi cari kain yang sesuai sebab malam Aiza pulak call nak jugak kusyen macam tu...tapi dia nak yang kreatif sikit.....sarung tanpa corak ditampal bunga dan dijahit butang ditengah nya....he..he...banyak tempahan ni...semua nya sebab tengok gambo kusyen Zara..

Hujung minggu...banyak benda yang nak dibuat...suami pulak dah janji nak pegi menjala bersama2 kawan2 pejabat di Teluk Senangin...saya pulak rasa  macam nak pegi jalan mana2.....Kedah ke...balik kampung ke....atau kemana ya....susah sangat ikut je menjala diTeluk Senangin!InsyaALLAH ada rezeki dapat ikan boleh lah dibako atau dipanggang kat tepi laut tu...

Teringat la beberapa tahun lepas,kami suami isteri bersama sepupu sekeluarga dan adik angkat kami sekeluarga menjala ikan di laut dekat Pulau Sayak Kedah...nak jadi cerita dan sebab teruja sangat.....yang lelaki masuk laut menjala,kami yang pompuan ni hidupkan api dan siap tumis rempah untuk dimasak gulai ikan yang sedang dijala...itu la...orang tua2 dah marah pun......belum apa2 dah siap menumis rempah..ikan nya maseh dalam laut...he..he....berjam2 tunggu seko ikan pun tak dapat..padan muka..
start keta pegi beli ikan sardin dalam tin..buat gulai.....ikan fresh nya tetap maseh dalam laut!!

No comments:

Post a Comment