RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, March 8, 2013

Sepanjang minggu..

Banyak yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ni...paling ditunggu berita sepanjang minggu ni ialah berita2 tekini pencerobohan pengganas dari Filipina....salam takziah dan simpati untuk keluarga anggota polis yang terbunuh.....
Tentu lah mereka yang terkorban telah sedaya upaya menjalankan tugas yang diamanahkan..tapi mereka diserang hendap tanpa dapat mempertahankan diri.....gugur mereka sebagai wira negara...
Dulu masa suami bertugas sebagai tentera..setiap kali masuk hutan untuk bertugas,hanya doa yang mengiringi ...
Dan paling gempar bagi kami warga kesihatan negeri Perak awal minggu ni ialah peristiwa Dr.Mohd Yassim yang diserang dan ditetak oleh Juru x-ray hospital Taiping...
Dr Yassim ialah pengarah hospital Taiping...saya pernah la keja dengan beliau,dan memang la sedeh sebab beliau memang tidak begitu sihat pada masa kejadian berlaku dan terpaksa mempertahankan diri dari serangan kakitangan beliau yang sedang naik angin....guna parang panjang lagi..memang ngeri....Dr Yassim cedera parah dalam serangan ni..
Sedeh jugak lah baca bermacam komen  selepas perkara ni berlaku...yang pasti kami warga kesihatan Perak tahu apa sebenar nya terjadi dan tahu keadaan suspek yang telah melarikan diri itu...dengo cerita dah menyerah diri pun..
semuga Dr Yassim akan segera sembuh..yang lain2 biarlah polis yang jalankan tugas mereka...lepas ni mana2staf yang tunjukkan perangai atau kelakuan yang luarbiasa kena la dirujuk kepakar2 yang bersesuaian..
jangan dah berlaku sesuatu ,baru nak salahkan orang tu orang ni....

No comments:

Post a Comment