RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Tuesday, September 2, 2014

Kenduri diPasir Mas..

Akhirnya 23 Ogos 2014..anak angkat kami Mohamad Zulkarnain selamat bernikah...saya dan suami kePasir Mas 22 Ogos..Jumaat..ambik cuti sehari sambung weekend...
sampai Pasir Mas dah tengahari...terus kerumah Nain..tak sesat kali ni sebab dah ingat2 sikit jalan kekampong tu...
Sebelum sampai suami bersolat Jumaat diBukit Bunga...singgah makan dan beli dokong yang tengah musim..manis2 dokong nya..sekilo 50 sen..mana anak dapat??dalam perjalanan kat lebuhraya timur barat jumpa kem,alangan konvoi motosikal berkuasa tinggi...harap yang terbaring tepi jalan tu ok..jauh jugak nak tunggu ambulan datang...

Dirumah Nain..sempat le tolong apa2 yang patut...masak pulut semanagt dan telur warna warni...petang dalam pukul 6 bertolak keMachang untuk upacara akad nikah..jauh jugak ya ..sejam lebeh sampai..maghrib dirumah kawan Nain..lepas tu kemesjid bandar Machang...tak sangka jumpa encik Nordin dan cikgu Nik disitu..suami isteri ni adalah jiran kami diBatu Gajah dulu..cikgu Aiza jugak...janji akan kerumah diaorang esok lepas  makan kenduri..

acara akad nikah ringkas je...tahniah ya...semuga kekal bahagia keakhir nyawa..lepas tu kerumah pengantin perempuan pulak..makan2 dan yang pasti tetamu dijamu buah dokong..berbakul2.....antara menu yang menarik ialah kerabu kaki ayam..rasa nya boleh lah ..rupa nya ayah pengantin perempuan bawak 60 orang tukang masak dari Thailand untuk masak lauk pauk kenduri..ramai nya..masa kami balik diaorang ramai2 tengah melapah daging lembu..2 ekor tumbang lembu nya
Lepas makan balik kePasir Mas..sebab leteh..leboh dalam sekelip mata..tapi tengah malam terjaga jugak..sebenar nya kami tidur dalam bilik pengantin..ialah pengantin nya lagi 5 hari baru datang bertandang...

Esok nya..pagi2 siapkan goodies bag untuk sedara mara yang akan bersama kekenduri....orang Kelantan kata berlarak...lepas tu Nain bawak jalan2 kekebun Mek kutip buah salak yang bnayk dan dah masak dipokok....jalan2 kat bendang Mek jugak..
Pukul 9 lebeh dah bertolak keMachang..janji pukul 11 dengan pehak pengantein perempuan...semua nya berjalan dengan lancar...lauk kenduri yang spesial ialah solok lada...lepas tengok pengantin bersanding kami kerumah Cikgu Nik...suami dia ambik kami kat depan hospital Machang...rumah dia pun belakang hospital je..sembang2 jap dan kami balik kerumah pengantin ..ambik  mak Nain yang tumpang kereta kami..terus balik Pasir Mas...
petang pegi rumah adik saya di Pengkalan Chepa..tapi sebelum tu jalan2 diSabak..beli otak2 yang dijual disitu...santai2 kejap tepi laut...
Lepas tu kepasar malam Pengkalan Chepa tengok Mail adik lelaki saya berniaga..dah berpuluh tahun dia berniaga dipasar malam...seronok pul;ak lepak2 dipasar malam tu...

Tidur dirumah Mail dan esok nya sebelum balik singgah beli buahtangan sikit....dan sempat singgah kat nurseri diRantau Panjang beli pokok bunga.....

sampai rumah dah petang..santai dan kemas2 rumah....esok dah keja...

No comments:

Post a Comment