RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN
JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Puasa ke 17 dan 18..sibuk2 dgn biskut raya
Biskut raya dah siap...ni kawan2 punya,sendiri punya tak buat lagi.
Gebu2 nya tart nenas ni...mesti sedap!
Ha..a..tekun nya Nain buat tart nenas...anak sape la yang rajin sangat ni...
Bila da masuk puasa ke 17 dan 18 terasa masa begitu cepat berlalu...balik dari kerja sibuk dengan biskut raya yang ditempah oleh kawan2..leteh jugak ,ditempat kerja aktiviti dengan students lagi.Nasib baik ada Nain yang tekun membantu saya,tapi hari selasa bila da dapat tau tempat posting dia terpaksa balik keKelantan untuk buat medical checkup..hu..hu..habis la projek kue raya saya..Tak pe2...tiap2 tahun pun buat sorang2 je,cuma tahun ni ada Nain yang rajin membantu,ringan la beban..
Biskut London Almond cuma tinggal proses menyalut coklat je..tart nenas da siap setengah,tinggal setengah lagi,cuma perlu buat biskut makmor je, harap semua nya akan siap hujung minggu ni.Mula minggu depan da kena buat biskut untuk sendiri pulak.Jangan tak ada biskut sendiri udah la...
Untuk semua students saya grup 19..Kolej Pembantu Perubatan,Ulu Kinta,mama ucapkan selamat memulakan tugas minggu depan, semuga berbakti kepada masyarakat dengan penuh tanggung jawap dan berdedikasi.Jangan sombong dengan pesakit...Dapat posting mana2 pun sama je..sesuaikan diri dengan tugas dan persekitaran..InsyaALLAH, semua nya akan berjalan sempurna.Dah kerja,jangan lupakan jasa mak dan ayah dikampung..he..he...mama dah mula dah...mula berleter la tu...
Labels:
Macam2
Monday, September 7, 2009
hari jadi dan puasa ke15
Kad hari jadi...tengok ape diaorang tulis..CHAT SOKMO? ha...ha...
Tudung pink hadiah hari jadi dari anak2 tersayang..timekasihdaun keladi...
Ha...ha..ha..ni dia kue kedekut yang dihidangkan kat kami..tapi tak habis pun...
Adam sedang mencuba kasut baru bersama uncle Nain
Adam didukung oleh uncle Nain ...jalan2 kat Stesyen 18...
Ni kad harijadi saya dari anak2 tersayang..banyak nya hadiah ..tapi melekat kat kad tu,tak boleh bukak..
5 Sept-hari ulang tahun kelahiran saya ..muda lagi...30 tahun 21 tahun yang lalu..he..he..saje buat lawak.
2 hari sebelum ni dah terima ucapan selamat hari jadi.Hari ni terima ucapan dari suami dan anak2 tersayang...dari Aiza,adik,Nain yang kebetulan berada dirumah juga dari Hilmie diKelantan.Malam waktu Shafeeq datang dia kata tak beli hadiah lagi untuk mama..
Dapat kad dari anak2 dan hadiah yang cantik dan suka sangat..tudung Ariani bewarna pink..Terima kasih diatas ingatan dan ucapan..terima kasih kerana hadiah yang cantik tu...
Tengahari Aidil,Aida dan Adam balik dari KL,petang bersama suami dan Nain bawak Adam jalan2 diStesyen 18.
Petang ni berbuka diluar..Aidil belanja di Catererbest,jenuh la mengikut Adam naik tangga turun tangga,lasak betul dia...menangis bila diletak atas kerusi..
Best jugak sesekali berbuka diluar,kat sini masakan dia boleh la tahan,tapi kue yang dihidangkan macam orang kedekut je..he..he..tapi itu pun tak habis makan...tamak sebenar nya.
Balik kerumah,sempat la membuat kue raya lagi dengan Nain..anak saya ni rajin betul,rasa nya raya tahun depan dah boleh ambik tempahan dari kawan2..
Labels:
Macam2
Saturday, September 5, 2009
Puasa ke13 ronda2 diKK
Puasa2 pun boleh melakukan aktiviti luar lagi
Jadi model diblog sendiri..he..he...
Meriam lama didepan Istana Kenangan
Ni gambar depan Istana Iskandariah....
Gambar didepan Istana Kenangan...kenapa gambar ni tak terang macam gambar lain ya...
Khamis, puasa ke 13 membawa kliens dan students saya keKuala Kangsar untuk aktiviti "outing'.Pergi dengan kenderaan Jabatan,perjalanan hanya 40 minit dari Ipoh keKK. Bandar KK lebeh dikenali dengan gelaran Bandar Di Raja.Mula2 kami melawat persekitaran Bukit Chandan,sempat bergambar kenangan .
Kemudian keIstana kenangan atau Istana Kuning.Masa mengatur langkah menaiki tangga ,tiba2 bulu roma tegak dan terasa seram..dulu masa datang kesini,keadaan sama saya rasakan,entah kenapa ya...atau orang lain juga merasakan apa yang saya rasakan?He...he...takut nak tanya...
Beberapa tahun dulu saya pernah bersama jiran2 pergi keIstana Raja Bilah diPapan,memang la istana tu istana lama,masa masuk dalam istana tu,memang meremang bulu roma...rasa seram pun ada..Istana Raja Bilah ni,menurut cerita masa peristiwa 13 Mei dulu pernah hilang dari pandangan masa kaum cina dan melayu berbunuhan...Pekan kecil Papan memang majoriti penduduk nya kaum cina hanya kat Istana tu saja orang melayu tinggal beberapa keluarga..kebanyakan nya waris Raja Bilah..bayangkan beberapa orang melayu berada dalam komuniti kaum cina yang tengah bersengketa..apa yang bakal terjadi?Kalau bercerita pasal istana memang kadang2 ada cerita misteri ..
Istana Kuning ni memang cantik ,dibina menggunakan kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun.Antara yang menarik dalam Istana ni ialah koleksi gambar2 lama ,termasuk gambar Almarhum Sultan Idris Shah sedang bermain shaksefon..shaksefon tu pun ada dipamerkan...maseh cantik dan berkilat.
Petang sempat membakar biskut tart nenas,buah tangan untuk students saya yang akan bercuti hujung minggu dan balik ke negeri masing2.
Labels:
Istana
Thursday, September 3, 2009
Puasa ke12
Rajin nya abah dan anak2 mama tolong buat biskut raya
Abah menghantar Shafeeq kat kereta...sedeh nak berpisah ngan anak...
Selasa mula bekerja selepas cuti 3 hari diujung minggu.Mulai hari ini hingga 3 minggu saya ada students posbasik,tak boleh lah nak cuti lagi dalam 3 minggu ni.Students saya ni datang dari serata hospital diseluruh negara, ramai yang dah berumah tangga dan tinggalkan anak2 ,hujung minggu baru diaorang balik kerumah masing2.
Petang Nain sampai dari Kelantan,nak berpuasa dengan mama dan tolong mama buat biskut raya...terima kasih sebab datang dan tolong mama.Ringan la sikit kerja mama..Lewat petang Shafeeq sampai dari Perlis..
Sedeh tengok Shafeeq kemas barang2 dia untuk berpindah dan tinggal dengan kawan2.Walau pun dia menyewa rumah tak jauh dari rumah saya tapi rasa sangat ketiadaan dia dirumah.Tak ada lagi orang yang abah nak usik...Niat Shafeeq nak hidup berdikari dengan kawan2 mama restui..Mama doakan yang terbaik untuk Shafeeq...Pandai2 la bawak diri ditempat orang..
Sementara menanti waktu berbuka,sempat la anak2 bujang saya ni menolong membuat biskut London almond bersama abah diaorang.Lepas berbuka Shafeeq bali kerumah sewa dia.
Malam ni terasa leteh sangat untuk kemesjid,jadi duduk saje dirumah.Dan malam ni ada jiran yang berseliseh faham sesama jiran.Terjadi lah sedikit pergaduhan,sebagai jiran yang dapat dibuat hanya meminta mereka banyak2 bersabar.Buangkan yang keruh,ambik yang jerneh..
Labels:
Macam2
Puasa dihujung minggu
Anak2 sedara yang seronok melayari internet..
Berbuka beramai dirumah mak...
Barangan dapo yang dibeli di Tesco,setengah troli je...
Ni bunga api yang Shafeeq beli diIpoh dan bawak balik kePerlis...Besaq2 pun ada hati nak main bunga api...he..he..
Lama tak mencatat -banyak sekali yang perlu dibuat ujung minggu bersambung cuti hari ulang tahun kemerdekaan.Aiza balik dari Kajang, dan cuti ujung minggu banyak diisi dengan memasak makanan kegemaran anak2.Shafeeq balik ke Perlis selepas bertugas malam.Terkejut tengok ada bunga api dalam keta, ada hati jugak nak main bunga api...
Petang sabtu berbuka dirumah mak bersama keluarga adik saya Azhar yang balik untuk menghantar anak nya keasrama MCKK.
Seronok berbuka beramai2.Hilmie pun berbuka dirumah tok yang selalu bertanya kan dia.Bukan selalu dapat berbuka beramai macam ni.Riuh rendah la dengan telatah anak2 sedara saya yang nakal2.
Malam beramai2 pula anak2 sedara bermalam dirumah saya.Semua nya tak mau balik,seronok nak tido dirumah saya.Seronok nak melayari internet..
Ahad ke Tesco,beli ikan dan barangan dapo,petang nanti keluarga Azhar akan berbuka dirumah saya.Selesai memasak, bersantai beramai dikolam ikan kami,yang kaki memancing apa lagi,dapat juga la ikan keli beberapa eko.Goreng garing2 dan makan dengan airasam.
Pagi Isnin Aiza balik keKL,Selesai mengemas rumah,menghantar anak sedara saya keasrama MCKK.Sempat pusing2 kat Lembah tapi tak ramai orng sebab hari masih awal pagi.Kedai2 masih tutup,mungkin sebab cuti Hari Kebangsaan.
Balik kerumah terus berihat sampai petang,baring2 dan tido sekejap.Memasak simple2 untuk berbuka ,Malam menggosok baju,esok dah nak keja...malas nya..
Labels:
Macam2
Friday, August 28, 2009
puasa ke7
Puasa ke7-Jumaat yang redup.Langit gelap dan hujan renyai dari pagi.Ambik cuti lagi hari ni..Pagi ke GreenTown Mall,mencari baju raya kut ada yang berkenan.Pusing2 dua tiga kali tapi tak ada yang berkenan.Singgah diAriani, hari pembukaan hari ni,beli 2-3 helai tudung yang ada potongan harga dan terus balik .
Tido sekejap dan kemudian menemankan Shafeeq kekedai perabut...Petang sewaktu Shafeeq pegi membersihkan rumah yang akan disewa nya bersama kawan sekerja sempat la saya memasak juadah untuk berbuka.Sunyi la nanti bila Shafeeq dah duduk dengan kawan2 dia.tak ada la orang yang nak suami saya usik nanti.
Masak yang simple2 dan apa yang ada saje.Malas nya nak kemana2,nak kepasaraya beli barang dapo pun rasa nya malas sangat.Pada hal pasaraya terdekat hanya kira2 1 kilometer je dari rumah.Billion ada,Econsave ada,The Store ada,Jusco dan Tesco pun ada..tapi kalau dah malas..
Bulan puasa, leteh2 macam ni,seronok lagi baring2 kat rumah dari pegi shopping.Em..m..nikmat nya dapat rileks2.. baring2..cukup bulan ambik duit kat bank..
Petang ni teringin sangat nak makan maggi goreng..lama nya tak makan maggi..jadi puasa ke7 ,berbuka dengan maggi goreng..dua kali Shafeeq tambah..sedap la kut..
Tido sekejap dan kemudian menemankan Shafeeq kekedai perabut...Petang sewaktu Shafeeq pegi membersihkan rumah yang akan disewa nya bersama kawan sekerja sempat la saya memasak juadah untuk berbuka.Sunyi la nanti bila Shafeeq dah duduk dengan kawan2 dia.tak ada la orang yang nak suami saya usik nanti.
Masak yang simple2 dan apa yang ada saje.Malas nya nak kemana2,nak kepasaraya beli barang dapo pun rasa nya malas sangat.Pada hal pasaraya terdekat hanya kira2 1 kilometer je dari rumah.Billion ada,Econsave ada,The Store ada,Jusco dan Tesco pun ada..tapi kalau dah malas..
Bulan puasa, leteh2 macam ni,seronok lagi baring2 kat rumah dari pegi shopping.Em..m..nikmat nya dapat rileks2.. baring2..cukup bulan ambik duit kat bank..
Petang ni teringin sangat nak makan maggi goreng..lama nya tak makan maggi..jadi puasa ke7 ,berbuka dengan maggi goreng..dua kali Shafeeq tambah..sedap la kut..
Subscribe to:
Posts (Atom)