RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, July 30, 2009

Bila berdiet

Bersama menyediakan bahan untuk memasak...rajin nya ..tapi students saya bukan ambik kursus masakan...mereka sedang menjalani latihan dan penempatan klinikal kesihatan mental dalam komuniti,ini adalah untk dapatkan pengelaman dan wajib dalam korikulum mereka untuk kursus diploma Penolong Pegawai Perubatan selama 3 tahun.
Sempat lagi gelak tu,apa la yang kelakar sangat,o..o..goreng cucur udang pakai name tag,tau la udang tu nama orang yang menggoreng dia...

Cucur udang hasil masakan students saya yang rajin kedapo,anak lelaki pun kalau dilatih dan diajar dari kecil InsyaAllah ...akan banyak membantu ibu dan isteri bila dah berumah tangga nanti.


29 Julai 2009-Bersama students saya dan pesakit menjalankan aktiviti diklinik.Aktiviti kat luar sekejap je..Cuaca panas...kami memasak untuk makan pagi dan tengahari bersama.


Pagi menggoreng cucur udang..bangga tengok students saya begitu berminat dan rajin memasak..Teringat waktu kecil dulu saya langsung tak berpeluang belajar memasak,tak tahu kenapa mungkin sebab semua dibuat olih mak saya lagi pun mungkin mak tak suka anak2 mengacau beliau memasak.


Sebab tu la agak nya saya tak pandai memasak.Tapi minat untuk belajar timbul bila anak2 dah besar,belajar dari buku dan majalah juga dari sekeliling...Alhamdulilah,minat yang timbul ni tak sia2...sekarang bolih la memasak untuk keluarga,kalau kenduri setakat jiran2 dan kawan2, saya akan memasak sendiri.Lepas menang pertandingan memasak peringkat negeri Perak saya menjadi salah seorang tenaga pengajar masakan di radio Perak FM.



30 Julai 20o9-menguruskan pesakit saya yang didera ahli keluarga..talipon sana sini,uruskan itu ini, sampai tengah hari...sedar2 tak makan dari pagi,,rasa nak pitam.Hampir 2 jam menunggu baru segala nya selesai..Balik dari Hospital Bahagia terus ke gerai di Tasik dan makan ..dah 2 petang..



4 petang majlis jamuan untuk pegawai dan staf yang bertukar keluar ..majlis penyampaian cendera hati dan jamuan makan,ramai staf yang datang walau pun dah lewat dan masing2 dah ingat nak balik..ya la,staf yang ada anak2 kecil tentu anak2 dah menunggu dirumah.Seharian ditempat kerja,rindu sungguh pada anak2...ada doktor yang bawak dua beg plastik durian...berbau durian satu klinik..makanan untuk jamuan pun berat2 belaka,soto,roti jala,kari ayam,ada kue cara berlauk dan tako lagi..he...he..yang nak jaga badan pun nampak makan jugak...kadang memang tak terkawal nafsu makan kalau pelbagai hidangan didepan mata...selalu kalau berdiet ,mesti cakap em..m.. esok la diet pulak..esok pulak cakap macam tu lagi...akhir nya diet entah kemana..

Monday, July 27, 2009

Hilangkan stres

Ini kad Hari Jadi untuk Nain tahun ni..
28 Julai 2009..bertugas saperti biasa.

Tengahari mesej ank saya Nain untuk ucapkan selamat hari jadi..sebenar nya dah terlewat 2 hari,bukan lupa tapi,saje nak surprise bila dia balik Ipoh..tapi takut dia merajuk...mesti ingat mama dgn abah lupa hari jadi dia..

Petang cuaca mendung,menunggu waktu untuk pulang sempat mendengar lagu2 lama dari radio klasik nasional..sayup2 suara penyanyi Ernie Djohan mendendangkan lagu Kau Selalu Di Hati Ku yang memang menjadi lagu kegemaran saya...dan lagu Bila Rindu nyanyian Datin Rafeah Buang...

Lepas punch card,terus balik kerumah ,dalam perjalanan sekali lagi dapat mendengar lagu kegemaran saya Kelahiran Cinta nyanyian Hasliza.Penyanyi ni tak terkenal sangat sebab lepas rakam lagu,terlibat dalam kemalangan dan cedera parah,kalau tak salah kehilangan sebelah kaki.
Info ni saya dapat dari Juruhebah radio waktu saya kendalikan rancangan masak2 bersama beliau.Rasa nya ramai yang suka suara penyanyi ni yang lembut dan manja.Senikata lagu ni banyak perkataan 'Yang'....Yang kupanggil hanya nama mu...itu antara sebaris senikata dalam lagu tu...ramai yang kata nama lagu tu Yang...

Masa sampai dirumah sayup sayup pulak lagu Broery Marantika keudara..lagu Hati Yang Terluka juga ada senikata yang puitis.....Kau yang telah membuat janji2 palsu..kau yang selama ini aku sayangi...kau yang telah merubah cinta ku jadi benci....Memang best sangat dengar lagu2 dari radio klasik nasional,lagu2 lama yang penuh nostalgia.Saya dengan suami memang suka lagu2 lama,sesuai la dengan umur kami..he...he...kalau kat rumah tak buat ape2,selalu la kami berkaraoke,nyanyian Broery,Hetty Koes Endang,M.Bakri, P.Ramlie,D'Llyod,Mercys dan lain2 lagi.
Menyanyi ni rasa nya boleh hilangkan stres jugak...kalau ada ape2 keramaian ,saya dan suami secara sukarela akan berkaraoke...tak kira la suara kelaut ke...sumbang ke..janji nyanyi..
Dulu masa saya kecil,banyak la senikata lagu yang saya salin dalam buku latihan sekolah dan simpan.Lepas tu saya suka tulis sajak pulak dan cerita2 pendek,saja suka2.Apa yang saya tengok dan alami memang saya catit dan simpan..lagi satu saya suka membaca ,seawal umur 7 atau 8 tahun saya dah suka membaca novel yang dibawa balik olih kakak sulung saya.Novel Desa Pingitan,Tenggelam nya kapal Van De Wick,Badai Semalam ,Ia kah Salmah?dan banyak lagi telah mula saya baca sewaktu saya berusia 9 atau 10 tahun...sampai sekarang rasa nya saya dah baca beratus buah novel...

Tempoyak...o..tempoyak

Tempoyak dijual dimana2 saje di Ipoh sekarang,tapi kalau beli durian kat pasar malam rm 10,boleh buat tempoyak sendiri..dapat sampai 3 botol nescafee yang besar..bersih dan sedap...
Leteh hari keluarga belum hilang...pagi ahad hujan renyai2...Ipoh nampak kelabu,sejuk dan rasa malas untuk kemana2..sarapan pagi di Green Town Mall,makan bakso tapi bebola daging nya yang dibeli siap,tak sedap sangat.


Terus kepadang Polo,tengok Shafeeq yang kena bertugas sebab ada pertandingan sukan tradisional ...hujan masih turun ,tak keluar pun dari kereta.Balik kerumah sempat pegi memancing dikolam ikan keli kami...dapat 2 eko je...Jiran depan rumah pulak sedekah 5 eko ikan talapia merah yang dibela dikolam ikan nya..


Lepas memasak yang ringkas2 ,tido lagi..O..o...leteh sungguh....petang kerumah mak saya menziarah beliau yang tinggal seorang dikampung,tak ingin tinggal dgn anak2..fenomena biasa bagi warga emas,suka tinggal dirumah sendiri sedangkan anak2 risau keselamatan mereka..entah la,bila saya seusia beliau nanati entah macamana ya...risau nanti susahkan anak2..

Malam ke Giant bersama suami dan Shafeeq,beli barang dapo,tapi masa berbaris untuk membayar mengambil masa hampir 30 minit,juruwang tak ada pembantu,dia yang kira.dia yang masukkan barang dalam beg plastik..lain kali tak pegi Giant lagi beli barang,kesian yang bawak anak kecik terpaksa tunggu lama..

Balik rumah,tak makan pe2,kenyang makan buah2 yang banyak di bagi olih jiran dan yang dibeli..manggis..rambutan.dokong..durian...

Anak saya Shafeeq pun dapat durian sebekas besar..isi saje....dari peminat..ha...ha,..tak habis nanti mama buat tempoyak..sedap sungguh tempoyak baru digaul dengan sambal.atau tumbuk ikan bilis dengan cili api,lepas tu gaul dengan tempoyak...mak mertua lalu kat belakang memang tak nampak..he...he...
Anak sulung saya Mohd. Aidil saje yang suka durian,yang lain2 tak de pun tak pe.
Anak2 dah jadi terbalik,durian tak makan tapi kalau tempoyak..hari2 pun tak pe..ada anak kawan saya sapu tempoyak atas roti..kelakar la..

Saturday, July 25, 2009

Jadi toke

Laut tak nampak biru tapi memutih dik jerebu..pemandangan diTeluk Rubiah....
Bancuhan cucur udang...mari lah cuba cucur udang saya..cucur udang ni dipanggil bakwan kat Indonesia

Sedang melayan pelanggan digerai...siap bawak pokok aloevera lagi


Satu landrover penuh dgn barang ..siap dgn tong gas kat atas bumbung..



Buat banner ni, teringat zaman sekolah dulu...




Tolong...tolong jangan tengok je..ni jejaka hensemkat KK Simee





Nasib baik ada kawan2 tolong...sedang mengambil jeli aloevera






Nak potong daun2 aloevera ni pun satu hal..meh la tolong







Pokok aloevera yang da berusia 5 tahun keatas saje yang boleh diambil jeli nya dan dimasak untuk dibuat minuman..
Madam Goon sedang menerangkan tentang aloevera,halaman rumah nya yang kecil dipenuhi dengan pokok2 herba kecil dan besar,leka lah kami mendengar penerangan nya.












Khamis ,Jumaat...sibuk dan leteh sangat.Pegi mintak beli daun aloevera,dapat la percuma pulak,baik betul tuan punya rumah yang tanam aloevera tu,saya pulak dapat kenalan baru. Madam Goonn nama nya...banyak la dibagi nya daun aloevera tu,Pertama kali jumpa dan kenal dan mesra macam lama kenal.

Habis satu perkara ,nak masak pulak satu pekara lagi...Talipon kepejabat minta bantuan ,pagi Jumaat,kawan2 dari pejabat datang dan ringan la sikit beban...tapi banner terlupa nak tempah,terpaksa buat sendiri dengan bantuan kawan2...ya Allah...teruk jugak,mana nak lukis,tulis dan sembur cat lagi.Tak teringat langsung nak mintak tolong ngan students saya..tapi hari Jumaat diaorang ada kelas pulak.



Petang bertolak keManjung,penuh satu landrover dengan barang2 dan satu van dengan kami...Kesian ngan students saya yang mesej nak ikut tapi tak de transport,tak pe kami pegi ngan moto pujuk diaorang,Saya pulak melarang..jangan la, bahaya ...Risau sungguh dengan students saya yang kehulu kehilir dengan motorsikal..
Kami tido diSitiawan,dua family room 5 orang,tapi tak sempat nak bersembang,mata dah tak boleh nak bukak...Dia orang yang masih segar mata pergi jalan2 dan sempat shopping lagi..

Seawal jam 6 pagi bertolak keTeluk Rubiah beach resort,dan ha..a...2 tong gas yang dibawa untuk memasak cucur udang kosong!...Terpaksa la pemandu kami yang baik hati keluar kepekan Sitiawan untuk membeli gas pulak.

Semua berjalan lancar,gerai2 riuh rendah dgn suara berjualan ,pertandingan memancing dan jogathon telah dimulakan awal pagi lagi..tapi sayang bukan semua staf dapat datang,tempat jauh dari daerah lain,tak ada istimewa ape2,cuma tepi laut je...hari tak panas sangat tapi jerebu buat sesak nafas...pemandangan terhad,laut tak nampak biru tapi memutih dik jerebu..ada jugak la staf yang bawak keluarga berkelah ditepi pantai..

Pukul 2 petang selesai semua nya bertolak balik ke Ipoh,leteh nya..lepas mandi ,sempat tido sekejap.

Wednesday, July 22, 2009

Pening2 pun sempat jugak posing ngan students saya ...
Ni agar2 oren...semua yang makan akan Tipah tertipu...he..he...ingatkan oren tapi bila makan agar2 pulak..sedap nya masam2 manis

Agar2 oren ,takut terbalik,kena letak atas mug sementara agar2 keras


Ni masa belum bakar lagi...



Ha..a..ini dia mufin durian saya...harum semerbak satu rumah dan satu taman masa membakar nya...




Isnin malam selasa,saya tak dapat tido hingga kepagi,suhu panas,badan berpeluh2..pusing kiri kanan tup2 jam dah 6 pagi, jadi pegi keja dengan kepala berat dan pening.rasa lemah sangat dan balik kerumah ambik cuti.cuba tido tapi tak boleh...petang hampir malam saya cuba buat diri jadi leteh supaya dapat tido..nak joging kepala pening,jadi apa lagi kedapo keluarkan apa yang ada dalam kabinet dan peti ais...


Ditolong olih anak saya Shafeeq,saya memasak mufin durian...harum semerbak satu rumah..sedap..lepas tu buat agar2 oren...agar2 oren dalam buah oren yang dah dikeluarkan isi nya...sape2 yang makan mesti akan Tipah tertipu....saje je seronok2 nak penatkan badan.Tapi malam masih tak bolih tido...jadi pegi jugak keja,cakap kat students saya pandai2 la bawak diri..saya tak sihat..nasib baik diaoarang ok je malah suruh saya berihat,tapi buku log dia orang kena sain jugak..nanti tak dapat ambik exam kalau buku log tak penuh..
Petang kepejabat,ada meeting sikit,bawak agar2 dan kek,ramai layang Tipah tertipu lagi...ha..ha..seronok nak kenakan kawan2..

Monday, July 20, 2009

Wage2...

Ayam goreng wage2..atau ayam goreng berempah...wage2 tu erti nya mari2..bahasa mamak la kut.Kat Ipoh ada kedai nasi kandar wage2..Atau nasi lambai, mamak tu siap lambai suh makan kat kedai dia..ramai yang ketageh termasuk dibulan puasa walau pun disiang hari.he..he...
Seminggu dua ni macam2 peristiwa yang berlaku yang dapat kita baca dalam akhbar,peritiwa bom meletup di Jakarta buat kita takut nak kemana2...hari ni yang terbaharu Manohara dan ibu nya kena saman 105 juta!..ha..a..ambik kau...cerita ni jadi pengajaran, jangan la anak semuda 16 tahun disuruh kawin sebab nak kejar kemewahan...patut nya 16 tahun masih dibangku sekolah lagi..apa yang jadi?kalau baca komen2 cerita Manohara ni,hati jadi marah,pada hal ini cerita peribadi dan rumah tangga ,tak ada kena mengena dengan negara..tapi kata mengata antara rakyat Malaysia dan Indonesia buat hati kita jadi panas.


Ibu2...jadikan cerita ini pengajaran...kekayaan dan ternama bukan jaminan kebahagiaan..jangan gadai kan anak demi mengejar kemewahan yang belum pasti..anak remaja semuda 16 tahun mana mahu duduk dalam rumah yang dikawal tanpa kebebasan...

Balik dari keja,masak yang simple2 je...goreng ayam wage2....atau goreng ayam berempah ,bubuh daun kari banyak2..em..m..wangi nya..Makan dgn nasi panas2 ..tak payah lauk lain dah,tau2 habis sepinggan nasi.

Jumaat kena masak jus aloevera pulak,mana nak cari daun aloevera yang besar2 dan lebar2 tu...pagi2 sabtu dah kena berada di Teluk Rubiah beach resort. Baru teringat selalu balik dari beli barang di The Store dekat rumah kami ada sebuah rumah dua tingkat yang tanam banyak sangat pokok2 aloevera...harap2 tuan rumah tu sudi nak jual pada saya...


Cuaca panas...terasa macam berada dibulan puasa..panas terik sangat,minum air banyak pun rasa tak cukup.Tekak terasa kering,sesekali batuk terasa perit.Kalau dapat air ais yang sejuk tu tekak akan terasa nyaman,tapi batuk pulak akan bertambah...

Ini saya catatkan resipi ayam goreng berempah...


AYAM GORENG BEREMPAH(WAGE2)

BAHAN:


Ayam dipotong dan dibersihkan-setengah ekor

10 ulas Bawang merah

3 ulas bawang putih

sedikit halia

sedikit kunyit

3-4 sudu serbuk rempah kari daging

garam

daun kari-banyak

CARA:


Tumbuk kasar bawang ,halia dan kunyit.Gaul semua bahan dengan ayam.

Perap 2-3 jam baru digoreng isi ayam.selepas angkat ayam, goreng pula serbuk2 bawang tadi,agak garing letak atas ayam goreng tadi.

Keluarga tercinta

Dan ini lah Mohd Wira Adam...buahati kami sekeluarga..3 Ogos ni Adam akan sambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama...
Aiza anak kedua saya yang kami panggil kakak...kakak tak makan durian tau..tapi suka makan tempoyak..macamana tu?orang Perak la katakan..he..he...




Anak saya Mohd Zulkarnain...selalu buat lawak dengan mengejutkan saya didapo dengan kehadiran nya yang tiba2 dan senyap2 je...tapi anak ni suka menolong saya memasak dan ada buku resipi sendiri...caya lah..



Anak saya Mohd Zulkarnain sedang memegang Adam...uncle Nain selalu merindui Adam,dan akan balik keIpoh cepat2 kalau tau Adam nak balik Ipoh..




Ha...a...ni anak saya Mohd Hilmie sedang mandikan Mohd Wira Adam masa berusia beberapa hari...ala..la..la... bucuk nya dia...saya pun takut nak mandikan baby yang kecik macam ni tapi Cik Mie selamba je mandikan Adam...tq ya Cik Mie..





Suami saya yang dikasihi...nampak garang semacam je...bekas tentera la katakan..tapi ada hari kelakar jugak...sekarang ni suka menyakat anak nya Shafeeq...ada saje benda nak diusik nya anak tu..tak pernah mis pegi stadium Perak tengok lawan bola...kecuali hari hujan...suka makan masak lemak cili api.lagi pedas lagi sedaaaap...orang negeri 9 la katakan...




Kenangan dihari persandingan...anak sulung dan menantu saya yang dikasihi...semuga bahagia hingga keakhir hayat...Mohd Aidil dan Aida Mazreena berjumpa masa dimatrikulasi,sama2 belajar di UPM dan kebetulan ya ....tinggal satu taman...he..he...hari raya tak payah gaduh2..pukul 7 pagi kat rumah mama Aidil...pukul 8 pagi dah kat rumah mama Aida..








Ini gambar dua orang anak saya yang tinggal bersama saya sekarang..Ailia atau adik bekerja di Hotel Regency Ipoh selepas habis belajar di Shah Alam,dan Muhammad Shafeeqbertugas diunit kecemasan Hosp.Raja Permaisuri Bainun Ipoh..dua anak ini lah yang menceriakan saya dan suami dirumah sekarang...kadang2 bergaduh jugak..tapi keceriaan tentu berganda kalau anak2 lain balik...Mohd Aidil anak sulung saya besama menantu kami yang dikasihi Aida Mazreena,anak kedua saya Aiza atau kakak dan dua lagi anak saya Wan Mohd Hilmie dan Mohd Zulkarnain..dan permata hati kami Mohd Wira Adam...


Walau pun rumah ni kecil dan ada 3 bilik tido je tapi kami sekeluarga rasa selesa dan seronok tinggal di rumah ni...tapi sekarang cuma saya ,suami dan dua orang anak yang tinggal..anak2 lain tinggal dirumah sendiri diKL.

Dapo pun comel je...tapi didapo yang comel tu la tempat yang paling saya banyak habiskan masa....he..he...memasak la...hobi utama saya...kat dapo saya ada radio yang tentu nya akan berkumandang lagu2 kegemaran saya dari stesyen radio kalsik nasional..tak ada sape pun yang berhak tukar stesyen radio tu...






Ini rumah saya diIpoh yang kecil dan comel (sendiri puji la pulak)...dulu kami sewa rumah ni tapi Allhamdulillah,akhir nya jadi rumah sendiri...terima kasih kakak...sebenar nya dulu kami tinggal dirumah sendiri di Batu Gajah dimana anak2 membesar,tapi kami rasa seronok tinggal dirumah ni yang selesa persekitaran nya dan dikelilingi jiran2 yang baik2 belaka.
Rumah ni terletak dibelakang stesyen bas ekspres Medan Gopeng dan hanya 500 km dari lapangan terbang Sultan Azlan Ipoh..nak kebandar Ipoh pun cuma 5 minit dan berhampiran tempat kerja saya. Pendekata ada kemudahan dan selesa.InsyaAllah...saya dan suami akan menetap disini...anak2 nak balik dari KL pun mudah,begitu juga jika sedara mara atau kawan2 datang,mudah sangat nak cari rumah ni....

Sunday, July 19, 2009

Setengah hari di KK

Tengok..ni Afiq anak sedara saya yang kelakar tu bersama ibu nya dalam bot menyusuri sungai Perak..
Jam antik diasrama MC KK,masih berfungsi dan cantik

Dah puas menyusuri sungai Perak...makan cendol pulak...


Istana Iskandariah dari kejauhan....



Kubah mesjid Ubudiah nampak kejauhan dari bot kami




Bot yang membawa kami menyusuri Sungai Perak





Laksa KK, yang istimewa sudu dia...panjang kan tangkai dia...






Kelakar nya....kepala lembu dipasar pagi lembah,KK




Sabtu pagi,rumah terasa sunyi,suami saya kena bertugas diKL,anak2 saya pulak kena shif pagi,seawal 6.45 pagi dah tinggalkan rumah.Lepas kemas rumah dan masak serba sedikit saya diajak olih adik ipar yang baru sampai dari KL untuk keKuala kangsar untuk melawat anak sedara saya yang belajar diKolej Melayu .

Dari rumah saya diIpoh untuk ke KK,hanya 40 minit perjalanan saje.Selepas mengambil anak sedara saya ,kami ke dataran lembah ditepi sungai Perak yang kebetulan ada pasar pagi. Macam2 jualan yang ada termasuk sayur kampung dan ikan sungai.Meriah sungguh dengan buah durian yang berlonggok2 dan buah rambutan merah kuning...Adik dan adik ipar saya tak toleh kiri kanan terus oder laksa KK yang terkenal tu...Saya pulak tak suka sangat laksa KK sebab dibuat dari tepung gandum bukan tepung beras,jadi laksa nya macam melekat dan berat sikit...pada orang lain mungkin ok..lain orang lain selera...




Yang kelakar anak sedara saya yang berumur 3 tahun menjerit 2 tengok kepala lembu yang dijual bersama daging lembu segar..mula2 ingatkan dia takut rupa2 nya dia rasa kelakar tengok kepala lembu tu...he...he...orang ramai yang lalu lalang pun berenti tengok budak nakal tu..


Lepas puas tengok jualan dipasar pagi kami berpeluang menyusuri sungai Perak, dengan menaiki bot yang mengenakan tambang rm 8 dan rm 4 untuk kanak2.Mula2 takut jugak,ya le tengok air sungai ,dan kelebaran sungai Perak tu ,cuak jugak kata orang Perak.Tapi,bila bot tu dah mula bergerak seronok pulak,terasa sejuk dan nyaman ditambah pemandangan tepi sungai yang cantik.Kampung2 ditepi sungai masih nampak asli dengan rumah papan dikelilingi pokok buah2an...nampak kanak2 riang bermain dan mandi ditepi sungai...sempat jugak ambik gambar mesjid Ubudiah yang cantik tu yang nampai kubah nya dicelah2 pohon kayu.Begitu jugak Istana Iskandariah yang tesergam atas Bukit Candan.....pendek kata memang best la menyusuri sungai Perak pagi tu...



Lepas menaiki bot,dan berada ditebing sungai sempat la makan cendol pulak...em..m..nyaman nya tekak,ditambah angin sepoi bahasa yang bertiup...mata pun layu layuan jugak..he..he

Sos cili mama


Daun2 aloevera dibuang kulit nya

Dibasuh bersih sebelum diambil jeli nya



Khamis dan Jumaat 2 hari sibuk dengan meeting dipejabat...meeting untuk hari keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Perak 25 julai ini di Teluk Rubiah beach resort.Kupun2 dah terjual..semua unit dan peringkat kena berjualan untuk kutip duit tabung sukan..saya dan kawan2 dari unit kejururawatan pkd Kinta akan bukak gerai jualan air aloevera dan bakwan.sape lagi ketua nya,kalau bukan saya...takpe nanti sabtu depan saya cerita pasal sambutan hari keluarga ni..



Sebenar nya mula2 diaorang minta saya tolong bancuh bakwan je,tapi bila meeting diaorang lantik saya pulak jadi ketua...pandai betul...sabo je....bukan senang nak kumpulkan daun2 aloevera untuk diambil jeli nya tu..pokok aloevera yang berumur 5 tahun saje yang boleh,iaitu yang dah besar lengan kita daun nya...masak dengan gula tebu warna coklat yang wangi tu memang sedap....ramai yang kata macam nata de coco tapi jeli nya lebih lembut.sebelum ni memang saya pernah jual dan dapat sambutan tapi susah jugak nak cari daun yang besar...tapi ramai staf yang nak sponsor sebab ramai yang tanam aloevera ni tapi tak tau nak buat pe2...he..he..Rehan mesti teringin ni....tak pe datang Ipoh, kita buat atau kalau ada kat Kajang pun boleh masak...sedaaaap...gua cakap lu..lagi pun banyak khasiat..


Macam bakwan iaitu cucur udang Indonesia tu ok la...bancuh tepung dan campur sayuran yang dipotong kecil macam karet.kubis,kucai dan tauge...campur 2 3 bahan lagi dah boleh goreng.cili sos pulak buat sendiri,memang best...ramai kawan2 selalu tanya macamana nak buat cili sos sendiri yang paling simple untuk dimakan dengan cucur udang,popia dan lain2..ni saya catitkan resipi sos cili paling simple.boleh masak tak sampai 5 minit.
SOS CILI MAMA
BAHAN:
7-8 sudu cili kering blender
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu cuka
4 sudu gula
sedikit air ikut kepekatan yang dikehendaki
sedikit garam
CARA:
Masak diatas api perlahan hingga mendidih dan pekat sedikit.Boleh lah dimakan dengan cucur udang atau popia dan lain2..

Wednesday, July 15, 2009

Birthday adik


Kek hari jadi adik (Ailia)...HAPPY BIRTHDAY ADIK
Ni antara students perempuan saya,comel kan....


Petang Rabu,balik dari kerja terasa malas sangat nak memasak.Sempat rebus ikan kembong untuk kucing saya Ninja je,lepas tu mengadap laptop...seronok nya ya kalau dapat bermalas2..tak buat keja,tak payah memasak..tak payah buat pe2...tapi cukup bulan dah ada duit dalam bank..he..he..angan2 kejap.
Semalam 14 Julai hari jad anak bongsu saya Ailia yang ke21, kek nya comel dan kecil je,cukup la untuk kami 4 beranak makan kat umah dan adik hantar kat abang Hilmie nya 2 potong.Tak beli hadiah pe 2 cuma bagi duit je..tak tau nak beli pe,bagi duit boleh la anak2 beli sendiri barang apa yang diaorang hendak.
Pagi tadi saya menerima students perempuan, ini adalah pengambilan pertama students perempuan sebagai Penolong Pegawai Perubatan Pelatih diKolej PPP Ulu Kinta(pengambilan Januari 2008)dan sekarang mereka berada dalam sem 4 tahun 2. Sebelum ni,Penolong Pegawai Perubatan hanya dibuka untuk lelaki sahaja.

Sementara Jururawat pelatih pula sudah ada pengambilan lelaki.kadang2 keliru jugak dengan students ni...yang lelaki jadi Jururawat,yang perempuan jadi PPP.
Tapi Diploma Jururawat diiktiraf seluruh dunia, kira profesional la..sebab tu ramai Jururawat kita bekerja diseluruh dunia dan paling ramai dinegara Arab Saudi,Oman dan lain2.Sayang nya diploma PPP,tak diiktiraf,kalau tak tentu dah ramai lari bekerja keluar negara,gaji yang dapat lumayan,macam kat Arab atau Oman,gaji Jururawat dibayar antara rm 7 ribu hingga rm 10 ribu sebulan. Tapi masih ramai yang setia bertugas di Malaysia tercinta...

Orang Perak la katakan....

Petai pun tengah banyak kat Ipoh...
Durian...durian...meh le ke Perak makan durian


Minggu ni agak sibuk dengan macam2 aktiviti ditempat kerja.cuaca pulak tak menentu,panas, hujan ...panas tu panas sangat..ramai yang batuk dan demam.staf pun ramai yang sakit tekak. Ahad keSg.Siput ada kenduri kawin kawan suami saya, balik singgah sekejap di Airport dekat rumah saya,tengok ada karnival usahawan,sebenar nya nak cari durian untuk dibuat tempoyak ,tapidurian yang tinggal dah tak berapa elok...sempat tengok Jururawat dan staf horpital Pakar Ipoh masak popia dan diatur panjang diatas meja untuk dijual...hasil jualan didermakan kepada rumah anak2 yatim sekitar Ipoh.
Petang keGunung Rapat,beberapa gerai menjual durian dipenuhi pelanggan..beli beberapa biji dan balik kerumah dibantu anak saya ,kami mengasingkan isi dan biji durian untuk dibuat tempoyak.dapat lah 3 botol dan rasa nya seronok lah anak2 yang suka sangat dengan tempoyak ni.Orang Perak la katakan....

DiPerak,tempoyak boleh kita tengok dijual dipasar sepanjang tahun.tapi kena pandai jugak nak beli tempoyak yang asli..tau tak,tempoyak ada orang buat campur isi durian dengan pisang yang sudah dilenyek,,jadi yang menjual untung,yang beli tertipu...lagu doroan (durian)dah berbunga nyanyian Os,memang betul la senikata dalam lagu tu,Kalau musim doroan...deme mula bengkeng...mana tak bengkeng, durian memang mahal, jadi yang ada pokok durian yang berbuah lebat tu tau jela,poket penuh duit...bengkeng dan berlagak la...he..he....

Saturday, July 11, 2009

Mohd Wira Adam

Mohd.Wira Adam....yang sentiasa dirindui oleh kami di Ipoh
Mohd.Wira Adam ..penghibur hati kami sekeluarga



Minggu ni semua nya berjalan saperti biasa ,cuti semester students saya dah habis, semua dah balik kekolej semula...students semester 5 dan 6 masing2 ditempatkan dihospital dan klinik seluruh Perak dan ada juga dihospital diKelantan.
Students sem 4 yang akan ketempat saya bermula minggu ini adalah batch pertama yang ada students perempuan...sebelum ni semua students saya lelaki..harap semua nya akan berjalan dengan baik...InsyaALLAH...
Petang Jumaat selepas sampai dari Cameron Hihgland, suami saya mengajak ke KualaLumpur ,kerana rindu pada permata hati kami sekeluarga Mohd. Wira Adam. Bertolak ke KL jam hampir 7 petang,dalam remang senja hujan turun renyai2...sampai diKajang hampir jam 10 malam.Terus kerumah kakak,sempat memasak sayur rampai tempoyak yang dibeli dipasar malam Simpang Pulai dan kemudian terus tidor kerana leteh .Pagi kerumah anak sulung saya Mohd. Aidil,disambut menantu saya Aida dengan mee goreng...dan puas lah bermain dengan Adam...tengahari mereka sekeluarga bertolak ke Ulu Langat untuk aktiviti reunion bersama teman2 seuniversiti.

Saya dan suami singgah di butik Ariani dibandarbaru Bangi dan kemudian berehat sebentar dirumah kakak sebelum bertolak balik ke Ipoh.Sampai diipoh jam 8 malam dan sempat pula ke karnival usahawan sempena pendaratan sulung FireFly di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
yang hanya beberapa meter dari rumah kami.sempat singgah kegerai2 yang ada ,sayang nya hujan pulak turun...hujan rahmat barangkali..kesian para peserta ,terpaksa tutup gerai awal,esok akan sambung lagi sebab karnival ni akan berakhir esok.

Thursday, July 9, 2009

Ni bukan lelong majalah tapi jemur majalah....sehari selepas banjir
Ha...a....ni beg2 jiran saya yang basah dibawah katil...sehari selepas banjir

Dua dalam satu...jemur majalah dengan tilam....sehari selepas banjir






Jemur novel atas pagar...sehari selepas banjir




Lama tak buka laptop dan mencatat apa2, demam yang disebabkan keletehan,tapi telan panadol 2 biji dan tido tak juga kebah...lama2 buat taktau je,pegi keja macam biasa dan buat kerja macam biasa...rasa ok...
Pagi ada presentation dan meeting diklinik Gunung Rapat,balik tengahari berihat sekejap kemudian ke tempat kerja semula. Anak saya Shafeeq dan Hilmie baru balik makan nasi wage wage kat belakang mesjid negeri..ketagih la tu....
Cuaca panas tapi beransur mendung sebelah petang.,dekat pukul 4 petang dah nampak gelap sangat dan terdengar guruh sayup2 dikaki langit...takut juga hujan lebat dan air naik..

Kawasan rumah saya diTaman Maju Rapat dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah memang agak rendah dan pernah banjir Disember tahun lepas...selalu tengok dalam tv atau surat khabar je,tapi bila terkena sendiri memang banyak masaalah...Ingatkan hujan macam biasa tapi bila air mula naik ,panik dan kelam kabut jugak.Mujur suami dan anak saya Hilmie ada dirumah masa tu.
Tapi bila air masuk dalam rumah memang taktau nak selamatkan apa...fail2 yang mengandungi surat2 mustaha, buku2, majalah, novel, buku resipi kesayangan saya..eh...memang panik...sofa lagi....tv,barang lektrik....tau2 air dah separas lutut....itu pengelaman pertama dilanda banjir....Alhamdulilah , itu banjir kilat je..hanya beberapa jam. Lepas tu nak cuci rumah pulak....nak basuh dan jemur pakaian, barang2, buku2 dan macam2.... Masa tu pulak saya lagi 3 hari akan keJakarta...punya la penat dan bimbang...
Teringat pada mereka yang selalu kena banjir sampai tenggelam rumah,kesian dan simpati sangat...
Jiran saya yang balik kampung dan tak ada kat rumah masa tu lagi teruk...habis laptop,tv,petiais,sofa dan lain2 ..kereta pun air masok sampai kekusyen...apa pun pengelaman ini beri pengajaran supaya sentiasa berhati2 dan menyimpan barang2 mustahak dengan selamat.Contoh surat2 yang mustahak saperti surat2 kereta ,surat rumah,sijil kelahiran anak2 dan lain2.
Simpan lah dalam fail dan senang dicapai jika berlaku perkara yang tak diingini.Harap2 banjir ini tak berulang lagi...amin...