RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Monday, July 6, 2009

Sedapnya tempoyak

Rutin kehidupan harian bermula ...tapi hari ini saya bercuti sehari.penat balik bertugas dikem PLKN masih terasa..mungkin kerana lama tidak bertugas malam dan kena pulak on call..seawal 6 pagi memasak kue seri muka untuk dibawa balik Kelantan olih anak saya Nain yang datang Jumaat lepas.


DiIpoh dan diPerak sekarang musim durian dah bermusim..berlonggok2 durian dapat dilihat dijual ditepi jalan dan dipasar2 malam.Kalau pandai pilih dapat la durian yang elok,manis dan sedap . Kadang tengok gelagat orang membeli durian pun ada kelakar nya jugak..ada yang goncang2 buah durian tu,jentik2 dengan jari dan cium2 kulit nya ...
Saya rasa yang praktikal beli buah durian ialah belah dan rasa isi dia,,kalau keras dan tawar jangan beli.,atau bawa bekas ,belah buah durian tu dan yang elok je beli,nak senang masok je dalam nekas,tak susah nak buang kulit dia lagi.
Kalau beli sebiji2 bawak balik rumah nak buka buah durian ni bukan senang, tambah kalau tak ada parang yang sesuai...

DiIpoh,dipasar malam Rapat Setia paling ramai yang menjual durian,kalau nak buat tempoyak boleh beli banyak2 semasa pasar malam nak habis...bercakap pasal tempoyak,anak kedua saya paling suka,yang pelik nya dia tak mkan durian tapi suka sagat tempoyak..selalu nya tempoyak saya masak rampai sayuran stail Negeri Sembilan..anak2 saya suka sangat,selalu diaorang tak makan dengat nasi tapi sedap dimakan begitu saja....masakan ni tahan dua tiga hari,lagi dipanaskan lagi sedap....nak buat pun mudah je..

MASAK TEMPOYAK RAMPAI SAYURAN

Bahan;

1 cawan tempoyak

3 cawan santan dari sebijik kelapa

sedikit kunyit hidup

cili api ikut selera kepedasan nya-ditumbuk dengan kunyit

segenggam ikan bilis dibelah dan bersihkan

Sayur yang disukai dihiris halus saperti pucuk ubi.pucuk labu.daun kaduk.daun kunyit.serai dan

petai dibelah dua isi nya.

CARA MEMASAK

Semua bahan dimasukkan dalam kuali dan dikacau2 atas api sederhana hingga agak pekat kuah nya ,masuklah garam.kalau tempoyak lama dan masam ,masuk lah gula sikit.
Senang je kan....kalau banyak simpan dalam bekas,nak makan boleh panaskan.

No comments:

Post a Comment