RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Thursday, July 30, 2009

Bila berdiet

Bersama menyediakan bahan untuk memasak...rajin nya ..tapi students saya bukan ambik kursus masakan...mereka sedang menjalani latihan dan penempatan klinikal kesihatan mental dalam komuniti,ini adalah untk dapatkan pengelaman dan wajib dalam korikulum mereka untuk kursus diploma Penolong Pegawai Perubatan selama 3 tahun.
Sempat lagi gelak tu,apa la yang kelakar sangat,o..o..goreng cucur udang pakai name tag,tau la udang tu nama orang yang menggoreng dia...

Cucur udang hasil masakan students saya yang rajin kedapo,anak lelaki pun kalau dilatih dan diajar dari kecil InsyaAllah ...akan banyak membantu ibu dan isteri bila dah berumah tangga nanti.


29 Julai 2009-Bersama students saya dan pesakit menjalankan aktiviti diklinik.Aktiviti kat luar sekejap je..Cuaca panas...kami memasak untuk makan pagi dan tengahari bersama.


Pagi menggoreng cucur udang..bangga tengok students saya begitu berminat dan rajin memasak..Teringat waktu kecil dulu saya langsung tak berpeluang belajar memasak,tak tahu kenapa mungkin sebab semua dibuat olih mak saya lagi pun mungkin mak tak suka anak2 mengacau beliau memasak.


Sebab tu la agak nya saya tak pandai memasak.Tapi minat untuk belajar timbul bila anak2 dah besar,belajar dari buku dan majalah juga dari sekeliling...Alhamdulilah,minat yang timbul ni tak sia2...sekarang bolih la memasak untuk keluarga,kalau kenduri setakat jiran2 dan kawan2, saya akan memasak sendiri.Lepas menang pertandingan memasak peringkat negeri Perak saya menjadi salah seorang tenaga pengajar masakan di radio Perak FM.



30 Julai 20o9-menguruskan pesakit saya yang didera ahli keluarga..talipon sana sini,uruskan itu ini, sampai tengah hari...sedar2 tak makan dari pagi,,rasa nak pitam.Hampir 2 jam menunggu baru segala nya selesai..Balik dari Hospital Bahagia terus ke gerai di Tasik dan makan ..dah 2 petang..



4 petang majlis jamuan untuk pegawai dan staf yang bertukar keluar ..majlis penyampaian cendera hati dan jamuan makan,ramai staf yang datang walau pun dah lewat dan masing2 dah ingat nak balik..ya la,staf yang ada anak2 kecil tentu anak2 dah menunggu dirumah.Seharian ditempat kerja,rindu sungguh pada anak2...ada doktor yang bawak dua beg plastik durian...berbau durian satu klinik..makanan untuk jamuan pun berat2 belaka,soto,roti jala,kari ayam,ada kue cara berlauk dan tako lagi..he...he..yang nak jaga badan pun nampak makan jugak...kadang memang tak terkawal nafsu makan kalau pelbagai hidangan didepan mata...selalu kalau berdiet ,mesti cakap em..m.. esok la diet pulak..esok pulak cakap macam tu lagi...akhir nya diet entah kemana..

No comments:

Post a Comment