RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Wednesday, August 5, 2009

Kenduri kecil bersama jiran

Ini kek hari jadi Aidil 2 Ogos dan Adam 3 Ogos...Kek secret resipi ditaja oleh Aiza..masa pegi beli,Shafeeq jadi driver dan Hilmie jadi bodyguard nya...


Bila sesekali bertemu dengan jiran2 banyak la cerita yang dibualkan


Adam memotong kek hari jadi bersama papa dan mama



Jiran2 saya sedang menikmati hidangan ,jiran2 lelaki menjamu selera didepan rumah




Seminggu tidak bukak laptop,seminggu yang penuh dengan aktiviti dan seminggu yang leteh...he...he..
Jumaat 31 Julai- cuti untuk siapkan barang2 untuk majlis doa selamat hari ulangtahun kelahiran Aidil dan Adam.Pagi bawa Ailia keklinik,demam,batuk selsema dan dia berisiko sebab keja kat hotel yang ramai pelancong asing.

Lepas beli barang di Tesco balik kerumah,rasa malas sangat nak keluar,kes H1N1 pun semakin meningkat...sebolih mungkin cuba hindari berada ditempat yang ramai orang..
Lewat petang masak puding untuk jamuan,dan kerumah jiran2 untuk menjemput kemajlis esok.Aiza balik dari KL menumpang Su yang balik kerumah nenek nya diRapat Setia.

Sabtu -1 Ogos, seawal jam 6 pagi dah mula memasak rendang ,mula2 rendang ayam Perak,lepas tu rendang daging,dan kemudian rendang Negeri 9. Mengukus pulut kuning sehingga tengahari dan hampir majlis bermula saya sempat goreng mee 10 kilo...lepas tu siap itu ini majlis pun bermula selepas asar...ramai jiran yang hadir semua nya dari kejiranan terdekat...dan semua heran saya memasak sorang2...setakat jiran2 dan keluarga terdekat saya memang suka masak sendiri,semua tu tak membebankan bagi saya.
Leteh tapi seronok berjumpa jiran2 yang susah nak jumpa sebab masing2 bekerja,sempat berkenalan dengan jiran baru kami Pegawai TUDM dan isteri.Lepas bacaan doa selamat ,kami makan beramai sambil bersembang.
Jiran2 saya kalau dah jumpa ,lama la bercerita itu ini...siap main teka teki lagi..he..he..he...yang lelaki entah cerita apa,kami yang perempuan seronok berteka teki,saje2 nak menceriakan suasana.Selalu nya teka teki yang lucu2 dan kelakar,contoh nya "Kenapa burung bangau kalau menunggu nak tangkap ikan ,satu kaki nya diangkat dan di tenggekkan kat satu lagi kaki?"teka teki ni ada dua jawapan... 1. kalau angkat dua2 kaki jatuh la burung bangau tu...
2. kaki dia,ikut suka dia la nak angkat satu ke ,dua ke ?keke....ke..ke..ke...gelak ramai2..hilang jugak stres...

Hampir senja baru anak saya Mohd. Aidil memotong kek bersama Adam yang disponsor olih Aiza..
Alhamdulillah,habis majlis,semua nya beres termasuk pinggan mangkok siap dilap dan disimpan dibantu olih suami dan anak2 saya ...Selesai semua nya baru lah dapat baring dan luruskan pinggang orang kata..em...m...nikmat nya dapat baring2 dan rileks2..

No comments:

Post a Comment