RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, August 21, 2009

Ramadan datang lagi

Jumaat -21 Ogos,kemeriahan menyambut Ramadhan terasa waktu berada dipasar...ramai sekali yang membeli keperluan ...tempat parking penuh.Waktu balik kerumah,...jalan raya sesak,lebeh2 lagi berhampiran Medan Gopeng dibelakang rumah saya,cuti sekolah bermula,kebetulan sabtu umat Islam mula berpuasa,ramai yang ambik kesempatan balik kampung memulakan puasa dirumah ibubapa...

Bulan Ramadhan memang selalu dinantikan,bulan yang banyak kenangan lebeh2 lagi semasa kecil..
Waktu kecil,dikampung, seronok nya dibulan Ramadhan,kemeriahan terasa diwaktu petang dimana ramai sekali orang kampung keluar kederetan kedai yang menjual barangan runcit dan yang istimewa nya di tempat orang menjual ais batu.Pada masa saya berumur 9 atau 10 tahun,memang masa tu sesiapa pun tak ada petiais, jadi semua penduduk kg keluar membeli ais batu, ais batu nya pulak besar dan panjang, bukan macam sekarang dimana aisbatu nya dah dibuat ketulan kecil, beli 10 sen dah cukup.sementara nak tunggu waktu berbuka,kalau beli ais batu awal (memang beli awal pun sebab takut habis),ais batu tu akan dilumuri serbuk papan yang akan melambatkan ia cair.
Lepas berbuka lagi lah meriah dimana jalan kecil dikampung saya akan terang dengan cahaya lampu picit yang dibawa oleh penduduk yg keluar beramai menuju kemesjid untuk berteraweh.Ada jugak penduduk yang menyalakan daun kelapa kering untuk dijadikan cahaya menyuluh jalan.
Suasana jadi meriah dan bising,kanak2 la yang paling seronok..pegi mesjid pun bukan nak berteraweh sangat tapi yang lebeh nya nak makan more..more adalah makanan yang dihidangkan selepas sembahyang teraweh.Dulu hidangan yang paling sedap dan biasa dikampung saya ialah bubur kacang hijau,kadang bihun goreng dan kuih muih.Dibulan puasa,
Kanak2 bebas bermain diwaktu malam,kawalan oleh ibubapa pun tak ketat sangat,tak tau
kenapa....mungkin sebab semua hantu syaitan kena ikat kut dibulan puasa...atau yang rasional nya ,seharian dah leteh berpuasa dan terperap dirumah apa salah nya bergerak bebas pulak diwaktu malam?atau ibubapa dah leteh....he...he...
Kepada semua diucapkan selamat berpuasa.....esok kita tengok pulak gerai2 pasar Ramadan yang dikunjungi oleh orang ramai,diIpoh pasar Ramadan terbesar ada lah diMedan Gopeng berhampiran rumah saya.

No comments:

Post a Comment