RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Friday, August 28, 2009

Puasa ke 6


Kuih Seri Muka untuk berbuka puasa ke 6.

Khamis....cuaca masih redup ,mendung dan akhir nya seawal jam 2 petang hujan turun mencurah diBandaraya Ipoh....




Keadaan sekeliling rasa nya dah macam biasa..pesakit yang datang keklinik dah berkurang.Alhamdulillah...semuga semua nya akan berakhir..Penularan wabak Influenza A benar2 membimbangkan.




Untuk berbuka ptg ni,sempat memasak kue seri muka dan sejenis dua lauk sahaja.Itu pun tak habis dimakan kami bertiga,Ailia berbuka ditempat kerja,jadi kue serimuka dihantar kerumah jiran2,kalau tak, tak ada sape nak makan...




Mengirim kue dan sedikit lauk untuk anak saya Hilmie dan TokAyah Adam yang masuk hospital kemarin.Kesian...mesti teringat nak makan apa2...lagi pun malam2 dan hujan pulak mesti lapar.




Malam meneruskan projek saya..membuat biskut raya..habis membakar biskut hampir jam 12,oh..leteh dan mengantuk sangat..sebelum tido masak nasi dulu untuk bersahur..takut terbangun lambat.

No comments:

Post a Comment