RENTETAN CATATAN HARIAN UNTUK RENUNGAN DAN KENANGAN

JAUH MANA PUN JARAK KITA....LAMA MANA PUN TAK JUMPA....KITA TETAP PANDANG LANGIT YANG SAMA..JADI KITA DEKAT SEBENARNYA, DEKAT DIHATI....

Sunday, August 23, 2009

Puasa kedua

Kat tepi kolam ikan kami ada bunga kantan yang cantik bewarna merah jambu...raya ni siap...semua bunga2 ni akan berada dalam periuk kuah laksa..he..he
Mangga muda kat tepi kolam ikan kami...gambar hiasan je..he..he

Kue cara manis untuk berbuka hari puasa kedua...


Mangga manis untuk berbuka....em..m...









Akhir nya ni la ikan keli yang tak puasa yang makan umpan cacing anak jiran saya




Santai memancing ditepi kolam sementara menunggu waktu berbuka...





Ahad-puasa kedua,bersahur jam 5 pagi,saperti biasa dah tak boleh tido, sementara menunggu azan subuh,sempat mengemas dapo dan menonton Nurkasih yang diulang tayang.6.30 terlena sekejap tapi masih sedar Shafeeq membuka pintu untuk keluar karena bertugas pagi.




Masa bertugas dihospital dulu selalu nya hari ahad kena kerja,cuti tak tentu hari.Sekarang bekerja diklinik,akan bercuti setiap sabtu dan ahad.Keadaan ini agak mudah untuk merancang kemana2.Boleh juga menghadirkan diri kalau ada kenduri kendara sedara mara.



Begitu juga hari raya akan bercuti dan kalau misalnya cuti raya Isnin -Selasa ,saya akan ambik cuti Rabu,Khamis dan Jumaat campur lagi sabtu ahad akan dapat kira2 9 hari cuti..Bertugas dihospital memang cuti tak menentu,bukan hari sabtu dan ahad saja.Hari raya akan kena kerja,cuti am lain pun kena keja,ramai yang tak faham..maklum lah hospital mana boleh tutup.Nak kawin dengan Doktor ke,Jururawat ke.atau Pembantu Perubatan atau lain2 jawatan yang bertugas dihospital kena la faham.Doktor misalnya akan ada tugas atas panggilan atau 'on call'..memang teruk rasa nya beban kerja Doktor ni,belajar dah lah teruk sampai 6-7 tahun..gaji pun tak setimpal berbanding dgn kerja..tapi mmg tabik habis la kan dgn semua yang bertugas dihospital...kerja shif tinggalkan anak,isteri atau suami bukan semua orang yang sanggup..lepas tu bertugas pulak dengan menghadapi pelbagai kerena pesakit dan keluarga pesakit..belum lagi berdepan dengan darah dan segala macam penyakit...macam penularan wabak H1N1 misalnya,kakitangan hospital lah orng paling hadapan dan paling berisiko,tapi kalau kerja dengan ikhlas,InsyaALLAH....Sama2 lah kita mendoakan semuga sentiasa dilindungi NYA...




Tengahari selepas mengemas itu ini,rihat sekejap sebelum mula masuk dapo..suami saya dan anak2 jiran sempat rileks 2 ditepi kolam kami sambil memancing..Petag ni buat kue paling simple,,kue cara manis..15 minit dah siap...lepas masak sejenis dua lauk,saya pun duk tepi kolam....hari ni ikan2 pun berpuasa,tak dapat seko pun..lepas setengah jam baru dapat seko ikan keli..mungkin yang ni tak puasa kut,he...he...





Anak saya Hilmie datang berbuka puasa ,Shafeeq pula keluar kepasar Ramadan dekat rumah kami dan membeli air soya .Cadang nak buat ait mangga tapi dh ada air soya,mangga tu dipotong2 dan makan macam tu saje.

No comments:

Post a Comment