Petang yang agak leteh kerana pagi bertugas mengambil darah dimakmal...ramai nya pesakit,149 orang yang saya dan seorang PPP mengambil darah mereka.Kematian disebabkan H1N1 semakin ramai...kes yang demam dan batuk semakin ramai...sebenarnya cuaca pun tak menentu,sebab cuaca jugak lah ramai yang tak sihat..tapi sebab panik dan takut,hospital dan klinik dipenuhi orang ramai ,harap2 biarlah semua nya berakhir dengan baik..
Petang memasak untuk anak2,Nain pun baru balik dari BTN,menggoreng cucur udang dan menggoreng bihun dibantu Nain.Makan dibelakang rumah ditemani angin petang yang agak panas.Berpeluh jugak walau matahari dah terbenam..
Malam membuat biskut London almond untuk dibawa ketempat kerja,sebenarnya projek berniaga dibulan puasa...suami saya pun bersemangat nak berniaga ...InsyaAllah harap diberi kesihatan yang baik untuk jayakan projek setahun sekali ni..
No comments:
Post a Comment