Sambal belacan kegemaran Ailia mesti ada tiap hari,buka puasa pun nak sambal belacan..he...he...
Lemak pucuk ubi dengan terung telunjuk dan ikan haruan kering..dimasak oleh suami saya.lauk kegemaran dia...
Air mangga yang manis dan segar...
Ha..a..kue tepung pelita saya yang senget sampan nya..daripada beli baik buat sendiri,boleh la kan..
Sepanjang hari puasa ketiga cuaca mendung dilangit Ipoh..sesekali hujan renyai dan waktu berebut punchcard jam 5 petang hujan lebat turun mencurah...waktu nak punchcard setiap hari waktu paling seronok...masa ni jumpa semua staf dan masa ni kami jadi budak2 kejap..berebut nak punch card masing2..tak kira Doktor ke,Pra ke.Jururawat ke,semua jadi budak2...he..he..hilang tension keja 8 jam...
Masuk hari ketiga puasa belum terbuka hati untuk kepasar Ramadan...walau pun pasar Ramadan terbesar diIpoh hanya beberapa meter dari rumah saya,kenang orang ramai..kenang susah parking..kenang H1N1...kenang lauk yang dibeli dah basi masa nak makan macam tahun2 sudah..memang tak ada hati nak pegi.
Balik dari keja sempat masak lauk sejenis dua,suami saya masak lauk kegemaran dia..teka ..mesti la lemak cili padi,orang negeri 9 kan..sempat la buat kue yang mudah dan simple macam kue buah melaka,cara,kosui,cucur udang ,tepung pelita dan lain2.Petang ni sempat la buat tepung pelita,tapi nak cepat sampan dia ada yang senget2..lagi pun daun pisang yang ada pun tak berapa elok..takpe la untuk makan sendiri..
Sebenar nya kue2 yang kita beli boleh dibuat sendiri,rasa nya tentu lebeh terjamin kebersihan nya,resipi boleh mintak dari kawan2,sedara mara dan dalam internet pun banyak sekali resipi yang boleh kita dapat.Pokok nya antara hendak dengan tak hendak saje..leteh memang la leteh bila balik keja tambah2 dibulan puasa tapi kalau kita pandai buat perancangan ,InsyaAllah memang boleh.Misal nya,nak buat kue tepung pelita,daun pisang dah boleh dibersihkan dan dibuat sampan nya pagi selepas bersahur.
Bahan nya saperti tepung dah boleh ditimbang,daun pandan siap dipotong dan letak dalam blender siap2,balik je masuk air dah preet...blender je..begitu juga kelapa dah boleh disediakan dan simpan dalam peti ais.malah pengukus pun dah boleh letak siap2 atas dapo,balik je rumah dah boleh panas kan pengukus,dan siapkan bahan,dalam masa 20-30 minit dah siap kue tepung pelita...he..he..itu cara saya la ,sebab nak cepat,lagi pun saya tak ada sape kacau sebab anak2 dah besar..yang ada baby tentu susah sikit,tapi kalau suami nak tolong jaga baby masa kita kat dapo semua boleh buat la...
Kalau nak masak ayam masak merah contoh nya,cili dah boleh blender dan simpan dalam peti ais,ayam dah boleh goreng masa kita bersahur,nak pegi keja pagi, luangkan masa 5 minit kupas la bawang 7-8 biji... .halia ..siap2,dan simpan.
Balik je rumah petang dah boleh panaskan kuali dan masak ayam masak merah..15 minit dah siap sebab bahan dah siapkan?Selalu nya kalau bahan dah siap awal2, saya boleh masak lauk pauk 3-4 jenis dalam masa 1 jam.
Jadi senja ni saya berbuka puasa bersama suami dan Ailia saja...kue tepung pelita,lauk pucuk ubi lemak dgn ikan kering haruan,juga paru masak cabai..Air pulak, mangga yang maseh ada diblender buat air mangga...blend dgn air batu...sejuk dan nyaman sekali....Ada kawan mintak resipi kue tepung pelita yang paling simple...nanti saya bagi,lagi pun nak tunjuk cara buat sampan dia sekali....kena tempek gambar sekali..
No comments:
Post a Comment