Seawal 7.30 pagi ni,saya catat kan sedikit catatan khas untuk HAFLIDA di UUM Sintok...mungkin catatan ini Haflida tak baca,tapi mama percaya satu hari mungkin akan berkesempatan membaca nya...
Kita tak pernah bersua,tapi mama pernah tengok Haflida dalam gamba,pernah dengar la serba sikit tentang Haflida...cerita yang baik2 je....
Tapi semalam ...mama diberitahu bahawa tali percintaan selama lebehkurang 5....6 tahun telah pun berakhir..putus ditengah jalan dan musnah lah segala angan..terlerai lah segala sumpah dan janji...
Mama menulis ini tidak mewakili sesiapa..tidak jugak memihak pada sesiapa...sebagai seorang ibu ini lah pesan mama pada Haflida....
Tenangkan hati,lapangkan fikiran...terima lah segala ketentuan dengan hati yg terbuka..mama tahu bukan mudah untuk melupakan kenangan...memang sebak dada..merana jiwa putus cinta yang dah disemai sekian lama...tapi Haflida perlu bersyukur jugak,mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku...mama percaya satu hari Haflida akan temui cinta sejati dari seorang lelaki yang lebeh baik dan sesuai untuk Haflida...Biarkan dia bahagia dengan jalan yang dipilih...doakan yang baik2 untuk dia...
Mama tahu dia juga sedeh dengan perpisahan ini...tapi ini lah jalan terbaik bukan?kalau cinta telah beralih arah,hubungan akan terputus bila2 saja....Jangan berdendam...tumpukan perhatian pada pelajaran,semuga berjaya dan menjadi insan yang cemerlang...mama tahu Haflida seorang gadis yang baik...dan seorang gadis yang baik untuk seorang lelaki yang baik jugak...
Maafkan mama dan maafkan dia jugak....
No comments:
Post a Comment